Ustazah Ain

Assalamualaikum 

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT  kerana dengan izinnya dapatlah saya Noor Aini Binti Samsusah bertemu dengan para pembaca blog untuk berkenalan, bertukar malah berkongsi ilmu pengetahuan malah menjangkaui untuk bersilaturrahim walau kita tidak bersua muka.

Saya lebih selesa menggelar diri Ustazah kerana kebetulan saya adalah guru Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Al-Quran dan Sejarah. Kini saya bertugas di SAM Tengku Ampuan Jemaah Sg.Besar Selangor.

Saya mempunyai 4 orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki. Farah Fathehah 10 tahun, Hafsah Hafizah 9 tahun, Mumtazah 7 tahun dan Ahmad Hamka Hakeem 5 tahun.

Suami? Suami saya telah meninggal dunia pada 7 Febuari 2010 dan kini telah hampir 4 tahun beliau meninggalkan kami sekeluarga. Rasa bersyukur diuji, menjaga anak- anak yang bergelar anak yatim. 

Berbekalkan Al-Quran dan As-sunnah saya  sekeluarga memandu kehidupan dan merasai ujian hidup yang berbagai. Menjadikan blog sebagai salah satu medium saya menyebarkan dan berkongsi ilmu pengetahuan. 

3 ulasan:

  1. Ustazah perisian blog sangat best..... Ustazah Kunjungilah blog saye http://proffaiq.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. In sha Allah ustazah akan berkunjung ke blog kamu faiq

    BalasPadam
  3. ouhh okayhh terima kasih ustazah...

    BalasPadam

Follow Us @soratemplates