Assalamualaikum
Alhamdulillah kali ini bepeluang berbuka puasa di De Palma Hotel Kuala Selangor yang berkonsepkan Muhibbah untuk pelbagai bangsa dan agama. Apa salahnya jika ada rezeki lebih atau ingin meraikan insan tersayang tahun ini kita ajak berbuka di sini. Ustazah kali ini bawa semua anak dan betapa seronoknya mereka apabila melihat hidangan yang menyelerakan dan dekorasi yang menarik.
Tentu anda mahu tahu keistimewaan berbuka puasa di De Palma Kuala Selangor. Jom kita baca info di bawah.
Berkaitan dengan harga buffet di sini ialah ;
Untuk Dewasa : RM49.90
Untuk Kanak-kanak ( 6 -12 tahun ) : RM25.00
5 tahun ke bawah adalah Percuma ( bestkan )
lagi? Untuk mendapatkan diskaun 10% sila nyatakan yang anda refer pada blog Ainsweetkitchen.com untuk Buffet Ramadan kali ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 03-32897070 atau layari
http://www.depalmahotelonline.com
Merujuk kepada gambar di bawah anda pasti berasa puas hati dengan nilaian yang anda belanjakan untuk berbuka di sini. Hidangan ini terletak di luar dewan sebelum masuk ke dewan utama.
 |
Kambing Bakar ( Roasted Whole Lamb ) |
 |
Char Kuey Teow Panas |
 |
Ayam Bakar Wak Menong |
 |
Pelbagai dessert |
 |
Aneka Buah-buahan |
 |
Aneka Puding dan kuih muih |
 |
Tepung Pelita...sedap |
Ketika anda masuk ke dalam dewan pasti terpegun dengan dekorasi yang selesa dan cantik. Banyak stall di sebelah kiri dan kanan dengan juadah tradisonal dan barat.
 |
Yong Tau Foo |
 |
Pasta Bolognese dan Cabonara |
 |
Roti John |
 |
ABC dan ice cream |
 |
Roti Jala |
 |
Nasi Ayam
Ketika saat menanti berbuka puasa kita akan diperdengarkan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh qari jemputan dan selawat ke atas Nabi selain alunan zikurllah.
Menu diruangan tengah dewan adalah tertumpu kepada makanan nasi berlauk dan makanan tradisional. Sungguh enak, pelbagai dan pasti membuka selera apatah lagi seharian kita berpuasa. Ustazah suka mengambil nasi time last nanti di sebabkan tidak mahu terlalu kenyang dek kerana kalau boleh nak rasa semua makanan yang ada. Untuk hidangan nasi terdapat nasi putih dan nasi tomato yang sesuai dengan lauk pauk yang disediakan di bawah
Ayam masak merah
Ikan Pari masak nyonya
Kambing varuval
Sayur Campur
Masak Lemak Meranti
Makanan bergoreng
Acar Mentimun
Tempe
Pecal
Jeruk-jeruk
Masih ada lagi iaitu di sebelah kiri dewan disediakan pelbagai jenis air yang menyengarkan dan pelbagai sama ada sejuk atau panas selain roti cadar dan makanan India.
Air Cendol
Setelah selesai berbuka, Ustazah dan anak-anak kepuasan bersyukur atas segala nikmat juadah hari ini dan perlu solat maghrib. Ruangan solat disediakan dengan selesa yang terletak di luar dewan . Usai daripada solat maghrib masih ada masa lagi untuk menjamu selera hingga jam 9.00 malam. Jadi tak perlu risau jika semasa berbuka tidak dapat menikmati hidangan pilihan.
Semasa kami menyambung menikmati juadah, kami dihiburkan dengan nayian nasyid dan selawat daripada saudara Halim Ahmad dan kumpulan Ghazal.
Rakan blogger
|
Alhamdulillah kami sudah kenyang dan perlu pulang segera untuk berterawih pula. Jom! jangan lupa jika nak berbuka di sini nyatakan anda maklum daripada blog Ain Sweet Kitchen untuk mendapatkan 10% diskaun.
Tiada ulasan:
Catat Komen