Isnin, 8 Mei 2017

 9:27 PG         No comments
Subhanallah Allahu Akbar...seronok rupanya dapat menghasilkan kuih talam yang pelbagai. Enak pula tu dengan menggunakan santan original, terasa lemak² gitu. Kali ini Puan Zaiton menempah untuk jirannya yang sedang mengadakan majlis kenduri kahwin sebagai buah tangan. Ustazah buatkan Talam Delima Kastad yang berasaskan pulut dan sagu serta tepung kastad dan Talam Labu Manis. Kedua-duanya inshaAllah sedap dan jarang sebenarnya orang di daerah ini menikmati kuih ini memandangkan memang tidak dijual di pasaran atas faktor harga kos yang tinggi.

Itu dia kelihatan labu manis

Keratan rentas Talam Labu Manis
Alhamdulillah Puan Zaiton kata ramai yang meminati talam Labu ini siap koyakkan stiker dekat kotak lagi..he he lain kali ambil pic stiker pun ok kak atau save nombor phone.

Talam Delima Kastad

Alhamdulillah selain itu.  tempahan kek untuk murid Madrasah Tahfiz Ummul Qura' melalui kak Azlinda..terima kasih kak Lin sudi menguruskan tempahan. Beliau menempah 2 biji kek dan 2 kotak crem puff. Untuk Ana dan kak Salmiah juga cream puff. Cream puff ni lembut sangat disamping intinya seperti rasa aiskrim. Puas makan inshaAllah.

Kek Blueberi

Kek Kiwi


Cream Puff..yummy


Untuk Puan Rabunah pula kek Khas untuk pertunangan anaknya pada 7/5/2017.Beliau mahukan 2 biji kek, satu bertemakan merah kuning dan bertulisan jawi serta sebijj kek Oren yang simple untuk makan bersama keluarga. Semoga majlis Puan Rabunah selesai dengan jayanya dan dirahmati Allah SWT hendaknya.


Kek Red Velvet

Kek Oren Fresh Cream

Setelah selesai semua tempahan pada pagi Ahad, ustazah syukur sangat Allah beri kekuatan dan mahu tumpu pula pada aktiviti mengemas rumah, melawat anak di asrama di samping jalinan silaturrahmi bersama saudara mara. Jumpa lagi!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim