Jumaat, 5 Mei 2017

 8:38 PTG         No comments
Alhamdulillah..bernikah sudah adik kenalan Ustazah,adik Norshahida dan Faiz pada 5.5.2017. Cantik tarikh apatah lagi di hari Jumaat.


Jazakillahu khaira kerana sudi menempah Brownies dan Cheese Tart sebagai tanda hati kepada pihak lelaki. Bersungguh Ustazah buatkan walau dalam masa yang sama kena siapkan 9 biji kek.


Cumanya, sekarang ini memang kita tak boleh elak dengan kenaikan harga barang. Beli hiasan sedikit pun sudah terasa mahalnya..tapi dek kerana nak segak kita telan je la ye bab harga ni.


Ustazah doakan semoga Allah rahmati majlis, rumahtangga bahagia hingga ke syurga.Maaf tadi tidak tunggu hingga selesai majlis akad nikah kerana perlu jumpa adik daripada PD N9 yang menempah Cheese tart juga.

Ok terima kasih belanja satu pic selepas akad Nikah
Barakallahulakuma!!


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim