Alhamdulillah pada Isnin ...panjangnya tajuk entri kali ini. Maklum majlis yang diadakan adalah sempena kesyukuran Pak Sahro dan Mak Banon yang telah selamat kembali ke tanah air setelah sebulan di Mekah menziarahi anaknya yang bertugas di sana.Beruntung mereka kerana dapat mengerjakan umrah sekali. Jelas terbayang wajah kepuasan mereka ketika bercerita detik² manis ketika di sana. Haish!! Subhanallah semoga giliran kita akan tiba juga suatu hari nanti untuk ke sana.
 |
Alhamdulillah selamat mendarat |
Selain itu, majljs ini juga ingin meraikan hari lahir Amar , Naufal dan Farhana. Mereka adalah cucu² Mak Banon. Ustazah doakan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, taat Allah SWT dan menjadi penyejuk mata ayah ibu.
 |
Asyik merengek tak sabar nak potong kek ye Naufal |
 |
Sanah Helwa Farhan n Ammar..belakang tu orang kuat majlis Puan Rozita |
Ketika Ustazah diundang sudah jam 6.30 petang dan majlis selepas isyak.Dimaklumkan untuk majlis hari jadi, tak kan tak bawa hadiah. Fikir punya fikir buatkan kek Red Velvet lah. Alhamdulillah siap sebelum waktu isyak.
 |
khusyuk makan |
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran. Lepas itu makan. Ya Allah banyaknya hidangan yang pelbagai. Kerahuman aroma nasi lemak memang menggoda dengan sambal udang. Ada Mee Kari, nugget,kentang senyum, pulut kuning dan kuih muih.
 |
mee kari |
 |
Pulut Kuning berhias sentuhan wani |
 |
semuanya sedap |
 |
semangat depa ni |
 |
kek red velvet from ustazahainsweetkitchen |
Di majlis begini yang seronoknya dapat berjumpa dengan jiran tetangga dan bersembang bertukar-tukar cerita. Setelah selesai majlis pun kami minta izin untuk pulang lagi pun esok sekolah. Terima kasih Puan Yah sekeluarga yang menjemput kami.
Tiada ulasan:
Catat Komen