Rabu, 3 Mei 2017

 3:35 PTG         No comments
Assalamualaikum

  Alhamdulillah pada Sabtu 29 April 2017 sempat Ustazah menyantuni permintaan anak sulong Farah Fathehah yang teringin sangat untuk ke PBAKL 2017 setelah 2 tahun tidak ke sana. Kali ini kami berempat sahaja dengan anak kedua Hafsah Hafizah dan Mumtazah. Hamka tidak dapat ikut serta dek kerana menemankan neneknya yang tiada teman di rumah.





  Sampai di sana sudah agak tengahari terus mencari group Blink Ain Maisarah untuk Mumtazah. Amboi...kali ini ada beg comel la, terus sahaja merengek Mumtaz agar dibelikan beg tersebut beserta set buku.


  Untuk Farah, dia berharap untuk ke PTS Publications..wah! di sana ada buku nilaian serendah RM3, bestlah kami mengutip. Banyak jualah buku yang kami beli. Bagi yang ingin ke sana masih ada masa lagi sehingga 7 Mei ini.

  Sejurus kami keluar daripada PWTC hujan turun dengan lebatnya. Sebenarnya ustazah telah dihantar oleh anak saudara dan ustazah berehat sebentar di rumah kakak sehingga hujan reda. Akhirnya kami sampai ke rumah pada jam 1.00 pagi. Allahu Akbar penatnya..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim