Rabu, 3 Mei 2017

 10:40 PG      No comments
Assalamualaikum..

     Alhamdulillah..Allah masih beri kekuatan untuk menulis. Tiba-tiba terasa rindu pada halaman blog yang telah lama ditinggalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.Apa khabar semua? Semasa menulis ini Ustazah kurang sihat selsema dan batuk. Maklum usia semakin bertambah dan stamina untuk berpanas dan berhujan tidak seperti dulu tetapi sudah mendapat arahan bertugas di padang kena akur jugalah.

Dari kiri: Kak Su, Shida, Kak Izan dan Ustazah


     Pada 25-28 April 2017 sekolah Ustazah telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sofbal MSSD Sabak Bernam 2017. Pertama kali menyaksikan perlawanan Sofbol ini memang tidak faham tetapi setelah melihat dan bertanya pada jurulatih tahulah sedikit teknik permainan. Bagi Ustazah permainan ini memerlukan kos peralatan yang tinggi. Bayangkan jika harga pemukul bolanya sahaja boleh mencecah hingga 3k ke atas. 

     Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Fasiah bin Fakeh selaku Ahli Parlimen Malaysia kawasan Sabak Bernam. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini.

     Ustazah kongsikan sedikit gambar sepanjang kejohanan.
















Permainan ini nampaknya banyak diungguli oleh Sek Menengah kebangsaan Dato Mustafa dan tahniah pada SAM Pasir Panjang yang berjaya menjadi wakil tunggal Sekolah Agama.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim