Sabtu, 13 Mei 2017

Cheese Tart Flower

3:37 PTG 0 Comments
Alhamdulillah..Cheese tart Flower kali ini adalah tempahan daripada adik Zulaikha yang menetap di Klang.

Flower Pink Awesome..

Pada awalnya Zulaikha ini, singgah ziarah ustazah dengan kakaknya Siti Khadeejah Basharah yang merupakan sahabat baik semasa belajar dulu..emm sekali rasa dia berpuas hati dan tempahan kali ini adalah kali kedua terus nak 2 kotak.

Shellnya rangup 

Lepas ini tak tahulah bila lagi kita nak bersua sebab jauh dah tempat Zulaikha bekerja. Kakaknya lagi jauh di Melaka.

Harga Cheese Tart ini ustazah masih kekalkan juga harganya RM30 untuk 25 biji walau kenaikan harga cheese memang melambung tinggi. Ingat lagi daripada harga rm39.00 sekarang mencecah RM46.00. Doakan semoga Ustazah murah rezeki ye. Harga Cheese tart juga bergantung kepada hiasan dan tulisan yang digunakan. Untuk hiasan selalunya masa yang di ambil agak lama untuk menyiapkannya. 

Berminat untuk menempah sila wassap 01132195044

Rabu, 10 Mei 2017

Selamat Hari Lahir Amar, Naufal,Farhana dan Selamat Pulang Pak Sahro dan Mak Banon

8:54 PG 0 Comments

Alhamdulillah pada Isnin ...panjangnya tajuk entri kali ini. Maklum majlis yang diadakan adalah sempena kesyukuran Pak Sahro dan Mak Banon yang telah selamat kembali ke tanah air setelah sebulan di Mekah menziarahi anaknya yang bertugas di sana.Beruntung mereka kerana dapat mengerjakan umrah sekali. Jelas terbayang wajah kepuasan mereka ketika bercerita detik² manis ketika di sana. Haish!! Subhanallah semoga giliran kita akan tiba juga suatu hari nanti untuk ke sana.

Alhamdulillah selamat mendarat


Selain itu, majljs ini juga ingin meraikan hari lahir Amar , Naufal dan Farhana. Mereka adalah cucu² Mak Banon. Ustazah doakan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, taat Allah SWT dan menjadi penyejuk mata ayah ibu.

Asyik merengek tak sabar nak potong kek ye Naufal
Sanah Helwa Farhan n Ammar..belakang tu orang kuat majlis Puan Rozita


Ketika Ustazah diundang sudah jam 6.30 petang dan majlis selepas isyak.Dimaklumkan untuk majlis hari jadi, tak kan tak bawa hadiah. Fikir punya fikir buatkan kek Red Velvet lah. Alhamdulillah siap sebelum waktu isyak.

khusyuk makan

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran. Lepas itu makan. Ya Allah banyaknya hidangan yang pelbagai. Kerahuman aroma nasi lemak memang menggoda dengan sambal udang. Ada Mee Kari, nugget,kentang senyum, pulut kuning dan kuih muih.

mee kari

Pulut Kuning berhias sentuhan wani

semuanya sedap

semangat depa ni

kek red velvet from ustazahainsweetkitchen

Di majlis begini yang seronoknya dapat berjumpa dengan jiran tetangga dan bersembang bertukar-tukar cerita. Setelah selesai majlis pun kami minta izin untuk pulang lagi pun esok sekolah. Terima kasih Puan Yah sekeluarga yang menjemput kami. 

Isnin, 8 Mei 2017

Tempahan 7/5/2017

9:27 PG 0 Comments
Subhanallah Allahu Akbar...seronok rupanya dapat menghasilkan kuih talam yang pelbagai. Enak pula tu dengan menggunakan santan original, terasa lemak² gitu. Kali ini Puan Zaiton menempah untuk jirannya yang sedang mengadakan majlis kenduri kahwin sebagai buah tangan. Ustazah buatkan Talam Delima Kastad yang berasaskan pulut dan sagu serta tepung kastad dan Talam Labu Manis. Kedua-duanya inshaAllah sedap dan jarang sebenarnya orang di daerah ini menikmati kuih ini memandangkan memang tidak dijual di pasaran atas faktor harga kos yang tinggi.

Itu dia kelihatan labu manis

Keratan rentas Talam Labu Manis
Alhamdulillah Puan Zaiton kata ramai yang meminati talam Labu ini siap koyakkan stiker dekat kotak lagi..he he lain kali ambil pic stiker pun ok kak atau save nombor phone.

Talam Delima Kastad

Alhamdulillah selain itu.  tempahan kek untuk murid Madrasah Tahfiz Ummul Qura' melalui kak Azlinda..terima kasih kak Lin sudi menguruskan tempahan. Beliau menempah 2 biji kek dan 2 kotak crem puff. Untuk Ana dan kak Salmiah juga cream puff. Cream puff ni lembut sangat disamping intinya seperti rasa aiskrim. Puas makan inshaAllah.

Kek Blueberi

Kek Kiwi


Cream Puff..yummy


Untuk Puan Rabunah pula kek Khas untuk pertunangan anaknya pada 7/5/2017.Beliau mahukan 2 biji kek, satu bertemakan merah kuning dan bertulisan jawi serta sebijj kek Oren yang simple untuk makan bersama keluarga. Semoga majlis Puan Rabunah selesai dengan jayanya dan dirahmati Allah SWT hendaknya.


Kek Red Velvet

Kek Oren Fresh Cream

Setelah selesai semua tempahan pada pagi Ahad, ustazah syukur sangat Allah beri kekuatan dan mahu tumpu pula pada aktiviti mengemas rumah, melawat anak di asrama di samping jalinan silaturrahmi bersama saudara mara. Jumpa lagi!

Tempahan Ibu Zahin Untuk SK Simpang 4 -7 biji Kek

8:42 PG 0 Comments
Alhamdulillah..jazakillahu khir Ibu Zahin kerana menjadi wakil di sekolah SK Simpang 4 BNO untuk menempah kek. Asalnya 3 biji sahaja hingga akhirnya meleret hingga ke 7 biji kek pelbagai flavour.

Semoga semuanya dimurahkan rezeki

Semuanya sedang sabar menanti


Apabila melihat gambar tersebut betaoa meriah dan beruntungnya murid zaman ini. Hari lahir mereka diraikan dalam satu Program Amalan Guru Penyayang. Kalau di sekolah Ustazah sambutan birthday ini akan disambut dalam 3 fasa iaitu antara Jan- April, Mei - Ogos dan September -Disember.

Semoga anak murid menghargai segala apa yang dilakukan oleh guru untuk kebahagiaan dan masa depan anak murid.

Pelbagai jenis flavour dengan harga mampu milik RM30 Sebiji 

Jumaat, 5 Mei 2017

Tahniah dan Barakallahu Lakuma Shahida dan Faiz

8:38 PTG 0 Comments
Alhamdulillah..bernikah sudah adik kenalan Ustazah,adik Norshahida dan Faiz pada 5.5.2017. Cantik tarikh apatah lagi di hari Jumaat.


Jazakillahu khaira kerana sudi menempah Brownies dan Cheese Tart sebagai tanda hati kepada pihak lelaki. Bersungguh Ustazah buatkan walau dalam masa yang sama kena siapkan 9 biji kek.


Cumanya, sekarang ini memang kita tak boleh elak dengan kenaikan harga barang. Beli hiasan sedikit pun sudah terasa mahalnya..tapi dek kerana nak segak kita telan je la ye bab harga ni.


Ustazah doakan semoga Allah rahmati majlis, rumahtangga bahagia hingga ke syurga.Maaf tadi tidak tunggu hingga selesai majlis akad nikah kerana perlu jumpa adik daripada PD N9 yang menempah Cheese tart juga.

Ok terima kasih belanja satu pic selepas akad Nikah
Barakallahulakuma!!


Khamis, 4 Mei 2017

Sedapnya Roti Canai Telur

6:38 PTG 2 Comments
                                   السلام عليكم

Allahu Akbar sepagian memikir apa yang sedap untuk dijamah memandangkan selera makan seperti tiada gara² kurang sihat ditambah dengan mata yang agak sakit, gatal dan asyik mengeluarkan air mata sahaja. Jelas kelihatan kelopak mata sebelah atas agak bengkak..semoga Allah ampuni dosa.


Tiba² teringat akan kesedapan roti canai telur yang ditambah bawang dan cili...wah! Alhamdulilah selera Ustazah makan walau sorang² sejurus bertemu dengan doktor untuk rawatan mata. Roti canai ini mengingatkan pada ibu Ustazah yang rajin buat canai bila kami pulang ke kampung. Selain itu, arwah atok pun suka roti canai mak. Semoga Allah rahmati ibubapa dan atok nenek kita.

Sekejap je Ustazah minum mengenangkan nanti cuaca makin panas dan mata pun tidak tahan menahan keterikan nanti.



Kek Coklat Fresh Cream

8:00 PG 0 Comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah kali ini tempahan daripada seorang suami untuk isteri yang dikasihi. Amat berharap Ustazah dapat buatkan walau terasa lewat menempah. Senang sahaja beliau tetapkan bajet,jenis kek dan terangkan serba sedikit hiasan yang penting ada angka 50.

Rm100


Ok la Ustazah pun setuju memandangkan memang suka sangat buatkan kek untuk mereka yang suka menghargai dan mengingati tarikh lahir isteri. Inilah hasil kek Coklat Fresh Cream berfrosting coklat ganache.



Ustazah doakan semoga pasangan suami isteri ini makin bertambah kasih dan sayangnya serta berbahagia mereka bersama keluarga hingga ke syurga.

Rabu, 3 Mei 2017

Program Master Chef di Eksplorasi Pendidikan SAMTAJ 2017

4:00 PTG 0 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah dan tahniah Ustazah ucapkan pada Cikgu Siti Atikah yangq berjaya menganjurkan Program Master Chef di Eksplorasi Pendidikan SAMTAJ pada 26 April 2017. Peserta perlu menyediakan hidangan kuih tradisional yang mudah iaitu kuih ketayap.

Peserta perlu memasak inti dan mengadun dalam tempoh sejam. Terdapat 8 kumpulan yang disertai dengan 2 orang ahli. Pelbagai ragam dan teknik yang boleh disaksikan ketika sesi penyediaan. Lucu dan menyeronokkan di mana ada yang terlalu teruja terutamanya peserta lelaki. Mereka siap tutorial dahulu di rumah bersama ibu mereka tidak kurang juga ada yang google resepi. 

Ustazah selaku juri perlu merasa dan menilai hidangan yang disediakan. Alhamdulillah ada rasa hasil tangan mereka. Ada yang memang enak inti dan kulit ketayapnya disamping ada jua rasa inti seperti kurang masak. Nampak seperti mudahkan? Bolehlah Cikgu dan sekolah lain ambil contoh aktiviti ini dalam program sekolah.

Sedap katayap ini...

katayap rainbow katanya..

sedap sedap!!

Ustazah , Cikgu Nani dan Cikgu Atikah

Terima kasih sudi datang ex-student

Sedang berlangsung

kenapa tu?

Inilah yang paling poyo

Cepat siapkan

kacau jangan tak kacau


Macamana nak gulong tu ?

jangan terlebih garam ye

Ok siapa nak calon isteri...boleh

belasahlah asal jadi


Tahniah untuk semua peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan dengan baik!!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

3:35 PTG 0 Comments
Assalamualaikum

  Alhamdulillah pada Sabtu 29 April 2017 sempat Ustazah menyantuni permintaan anak sulong Farah Fathehah yang teringin sangat untuk ke PBAKL 2017 setelah 2 tahun tidak ke sana. Kali ini kami berempat sahaja dengan anak kedua Hafsah Hafizah dan Mumtazah. Hamka tidak dapat ikut serta dek kerana menemankan neneknya yang tiada teman di rumah.





  Sampai di sana sudah agak tengahari terus mencari group Blink Ain Maisarah untuk Mumtazah. Amboi...kali ini ada beg comel la, terus sahaja merengek Mumtaz agar dibelikan beg tersebut beserta set buku.


  Untuk Farah, dia berharap untuk ke PTS Publications..wah! di sana ada buku nilaian serendah RM3, bestlah kami mengutip. Banyak jualah buku yang kami beli. Bagi yang ingin ke sana masih ada masa lagi sehingga 7 Mei ini.

  Sejurus kami keluar daripada PWTC hujan turun dengan lebatnya. Sebenarnya ustazah telah dihantar oleh anak saudara dan ustazah berehat sebentar di rumah kakak sehingga hujan reda. Akhirnya kami sampai ke rumah pada jam 1.00 pagi. Allahu Akbar penatnya..

Tempahan Pelbagai Kek, Cheese Tart, Roti, Brownies dan Bingka Ubi

11:59 PG 0 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah tempahan kek, kudapan dan kuih talam berjalan seperti biasa sesuai dengan masa Ustazah sebagai seorang guru yang tidak menentu waktu tugasan.

Tempahan kek kali daripada pihak Koperasi Sekolah untuk Program Amalan Guru Penyayang , Puan Maslina untuk hari jadi dan anniversary, Akmal, Faizah,Cikgu Azlina tempahan roti dan cheese tart untuk peserta rombongan, Puan Erni untuk sambutan hari jadi ibunya , Puan Azlinda untuk hari jadi anaknya dan Puan Sufiyah untuk mereka yang berjaya 100% dalam pembayaran Amanah Ikhtiar.

Kek Red Velvet RM60

Kek Bluebery RM60

Kek Coklat Indulgence RM100

Kek Oren RM60

Kek Kiwi RM60

Kek Lemon RM60

Kek Blueberry RM60

Roti Sosej RM1.50/RM2.50

Bun kacang RM1.50/RM2.50

Cheese tart Blueberry RM30 /25pcs

Cheese tart Coklat RM30/25pcs

Brownies walnut RM60

Bingka Ubi RM40 perbox

Semoga mereka gembira menikmati tempahan melalui Ustazah. Terima kasih pada anak² yang membantu Ustazah untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Untuk sebarang tempahan boleh wassap 01132195044 untuk daerah Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Follow Us @soratemplates