Alhamdulillah pada 11 Oktober 2015 yang lepas, Ustazah bersama 2 orang rakan Wani dan kak Nasibah telah menghadiri kelas pembuatan kek bersama Dapur Kak Zu di Bandar Bukit Mahkota Bangi. Seawal 6.30 pagi kami sudah bertolak.
Hehe setelah 6 tahun menerima tempahan kek, inilah kali pertama Ustazah mengikuti kelas buat kek. Ada sekali ikuti kelas deco di Sungai Haji Dorani dan dua kali kelas menghasilkan roti. Kali ini tekad walau jauh di bandar dengan kos RM250 untuk 4 jenis kek. Siapa yang mahu ikuti kelas kek bersama Kak Zu ini boleh rujuk di blog beliau ini http://kakzusemanisgula.blogspot.my/
Jom layan picture sepanjang Ustazah menuntut di sana :