Isnin, 14 September 2015

Bismillah dan assalamualaikum

Alhamdulillah hari Sabtu lepas rasa santai sahaja di rumah. Tiada sebarang tempaahan dan aktiviti sekadar menyiapkan kerja rumah dan anak-anak pula banyak membantu. Seronok anak dah besar ni ye.. Ye lah dulu kecik memanglah perlukan tumpuan sepenuhnya berbanding sekarang mandi,makan, solat semuanya boleh diurus sendiri. Kita tinggal memantau dan memperingatkan sahaja.

Tiba-tiba dapat satu mesej sahaabt mahu berziarah, rindu katanya nak jumpa. He he untungnya ada orang rindu ni sampai sanggup datang rumah. Sepantasnya memikirkan apakah juada yang simple tapi sedap dan mudah untuk disediakan. Ustazah pun ada bahan untuk buat sagu merah so apa lagi jom kita buat berdasarkan resepi yang in sha Allah sedap.

Bahan Sagu Merah

600gm sagu ( direndam 10 min )
800ml air
2 helai daun pandan
400gm gula pasir
Sedikit pewarna merah

1biji kelapa parut dan sedikit garam

Caranya.

1. Rendamkan sagu selama 10 minit paling mudah gunakan besen yg berlubang kecil dan letakkan air di besen lain. Kiranya kita tindan lah secara berlapis. So bila nak angkat tu senang sebab sagukan kecil.

2. Sambil merendam sagu bolehlah panaskan air dan daun pandan serta pewarna.

3. Setelah mendidih air masukkan sagu dan kacau. Setelah pekat adikitasukkan gula pula. Masak hingga sagu kelihatan jernih.



4. Anggaran dalam 15 min, buangkan daun pandan dan bolehlah di angkat dan diletakkan di loyang yang dilapik plastik kalau  mahu senang ketika memotong dan tidak melekat.

5. Setelah sejuk, potong dan golekkan atas kelapa parut yang diletakkan sedikit garam. Kalau mahu tahan kelapa parut tersebut sila kukus dalam 15 minit.

6. Siap! Selamat menjamu selera

Rabu, 9 September 2015

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dalam kesibukan sempat juga menyiapkan tempahan donut untuk Cikgu Dewi. Beliau mahu membelanja minum murid tahun enam selepas selepas kelas tambahan malam pecutan akhir calon UPSR 2015.

Donat ini memang amat lembut dan kelembutannya mampu bertahan lama, jadi dengan bahan yang simple ini apa kata kita kongsi bersama. Mana tahu boleh buat bisnes selepas ini, dapat juga ustazah menumpang sahamnya ye. He he.

Donut Gebu

Bahan A

500gm tepung roti
11gm yis
2 biji kuning telur
100gm gula halus
100gm ais batu
100gm air

Satukan kesemua bahan di atas dan uli dengan mixer hingga sebati. Nak uli guna tangan pun boleh tapi lenguh la ye untuk dapatkan adunan yang halus..

Kemudian masukkan

100gm marjerin 
Sedikit garam


Uli hingga benar-benar lembut. Bolehlah dibentukkan mengikut kesukaan dan rehatkan sehingga kembang. Kemudian goreng dengan api yang perlahan.


Siap! Bolehkan digolekkan dengan gula custer atau coklat.


Jumaat, 4 September 2015


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai menyiapakan tempahan biskut hantaran untuk anak saudara kepada sahabat Ustazah iaitu Cikgu Norizan.

Beliau mengharapkan Ustazah dapat menyediakan 2 jenis biskut untuk dijadikan hadiah kepada anak saudaranya yang akan bertunang minggu ini.

Tadaaa..





Terhasillah biskut German dan Biskut Famous Amos. Simple tetapi in sha Allah rasanya mereka akan berpuas hati apabila menikmatinya.

Oklah Ustazah pun sudah letih ni mahu berehat dahulu.

Khamis, 3 September 2015

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan untuk murid ke tingkatan 1 Sekolah Kawalan Menengah 2016. Oleh yang demikian, jika di Selangor sebelum ini untuk kemasukan murid Tingkatan 1 ke SABK atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah melalui tawaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pejabat Agama Daerah masing-masing kini telah berubah dengan perlu memohon di laman web  Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ibu bapa perlu ambil tahu supaya cita-cita untuk menghantar anak ke sekolah agama tercapai. Pada web ini ada pilihan untuk ke sekolah SMKA, KAA, Sekolah Kawalan dan SABK atau sekolah agama.Oleh yang demikian ibu bapa atau penjaga perlu ke laman web berikut   :


kemudian pilih iklan PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2016 


Untuk mengetahui bagaimana mengisi permohonan ke Sekolah Kawalan ini, sila klik di sini 


Alhamdulillah bagi anak Ustazah pihak sekolahnya ada menguruskan permohonan ini. Ustazah doakan semoga semua urusan ibu bapa dipermudahkan dan anak-anak UPSR & PSRA memperolehi kejayaan yang cemerlang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim