Rabu, 22 April 2015

 12:27 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada cuti Mac yang lepas Ustazah satu keluarga sempat berziarah ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara. 


He he time kenduri berlangsung,time tu juga ustazah pergi berjalan- jalan ke pantai Batu Buruk, Masjid Terapung dsn Masjid Kristal.






               

             


            




Setelah selesai melawat, segera ke kenduri anak saudara. Sungguh ringkas majlis di sini. Sekadar pasang 2 khemah dan susun kerusi rapat-rapat tanpa meja. Itulah lain tempat lain caranya. Agak susah juga melihat tetamu makan tanpa meja.

          

Pada waktu petang setelah selesai majlis dengan cabutan bertuah untuk ahli keluarga kami sibuk pula nak ke pasar payang. Tidak sah kalau tak singgah ke situ untuk membeli keropok atau pun baju batik.

Sebelah malam pula ustazah dah letih tetapi anak-anak di bawa oleh sepupunya ke Dataran Shah Bandar..
            

Rasa tidak puas pula pergi sekadar 3 hari 2 malam.. Mahu menempuh perjalanan pulang terasa jauhnya..inilah pengalaman.

Seronok dan bahagia dapat bersama keluarga..

4 ulasan:

  1. seronok je tgk jalan2 kt terengganu ni ye... teringin nak makan keropok lekor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. he2 alhamdulillah diberi peluang untuk ziarah

      Padam
  2. memang best... tapi sy terikat dengan kerja tak tahu bila boleh bawak anak2 bercuti :'(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim