Khamis, 15 Oktober 2015


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada 11 Oktober 2015 yang lepas, Ustazah bersama 2 orang rakan Wani dan kak Nasibah telah menghadiri kelas pembuatan kek bersama Dapur Kak Zu di Bandar Bukit Mahkota Bangi. Seawal 6.30 pagi kami sudah bertolak.

Hehe setelah 6 tahun menerima tempahan kek, inilah kali pertama Ustazah mengikuti kelas buat kek. Ada sekali ikuti kelas deco di Sungai Haji Dorani dan dua kali kelas menghasilkan roti. Kali ini tekad walau jauh di bandar dengan kos RM250 untuk 4 jenis kek. Siapa yang mahu ikuti kelas kek bersama Kak Zu ini boleh rujuk di blog beliau ini http://kakzusemanisgula.blogspot.my/ 

Jom layan picture sepanjang Ustazah menuntut di sana :

 


     
   


   

                       
               
      
            
Kelas yang ustazah sertai ini adalah untuk mempelajari penghasilan kek Coklat Indulgent, Red Velvet, Walnut carrot dan Rainbow Roses. In sha Allah akan dipraktikkan ilmu yang diperolehi daripada kelas ini..



Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah permohonan Sekolah Berasrama Penuh SBP 2016 Ke Ting 1 Secara Atas Talian telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Tarikh tutup pemohonan adalah pada 15 November 2015.

Oleh yang demikian diharap ibubapa atau guru dapat mengambil perhatian untuk mengisi permohonan dengan selengkapnya melalui link berikut :



Ustazah pun perlu bersegera megisi permohonan untuk anak sulong dan perlu memilih  aliran  Saims atau Agama. Setelah meneliti kemugkinan besar akan memilih alira agama. Sila baca dengan teliti PANDUAN PERMOHONAN sebelum melengkapkan permohonan.

JENIS ALIRAN (SEKOLAH BERASRAMA PENUH)  
Jenis aliran adalah mengikut SBP pilihan pemohon berkaitan, berdasarkan kod keterangan di bawah:
Aliran
Pakej Mata Pelajaran
Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral,
Bahasa Antarabangsa (Arab/Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)
Agama
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Bahasa Arab,
Bahasa Antarabangsa (Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Semoga permohonan kita dipermudahkan dan layak diterima di SBP untuk tahun 2016.

Isnin, 14 September 2015

Bismillah dan assalamualaikum

Alhamdulillah hari Sabtu lepas rasa santai sahaja di rumah. Tiada sebarang tempaahan dan aktiviti sekadar menyiapkan kerja rumah dan anak-anak pula banyak membantu. Seronok anak dah besar ni ye.. Ye lah dulu kecik memanglah perlukan tumpuan sepenuhnya berbanding sekarang mandi,makan, solat semuanya boleh diurus sendiri. Kita tinggal memantau dan memperingatkan sahaja.

Tiba-tiba dapat satu mesej sahaabt mahu berziarah, rindu katanya nak jumpa. He he untungnya ada orang rindu ni sampai sanggup datang rumah. Sepantasnya memikirkan apakah juada yang simple tapi sedap dan mudah untuk disediakan. Ustazah pun ada bahan untuk buat sagu merah so apa lagi jom kita buat berdasarkan resepi yang in sha Allah sedap.

Bahan Sagu Merah

600gm sagu ( direndam 10 min )
800ml air
2 helai daun pandan
400gm gula pasir
Sedikit pewarna merah

1biji kelapa parut dan sedikit garam

Caranya.

1. Rendamkan sagu selama 10 minit paling mudah gunakan besen yg berlubang kecil dan letakkan air di besen lain. Kiranya kita tindan lah secara berlapis. So bila nak angkat tu senang sebab sagukan kecil.

2. Sambil merendam sagu bolehlah panaskan air dan daun pandan serta pewarna.

3. Setelah mendidih air masukkan sagu dan kacau. Setelah pekat adikitasukkan gula pula. Masak hingga sagu kelihatan jernih.



4. Anggaran dalam 15 min, buangkan daun pandan dan bolehlah di angkat dan diletakkan di loyang yang dilapik plastik kalau  mahu senang ketika memotong dan tidak melekat.

5. Setelah sejuk, potong dan golekkan atas kelapa parut yang diletakkan sedikit garam. Kalau mahu tahan kelapa parut tersebut sila kukus dalam 15 minit.

6. Siap! Selamat menjamu selera

Rabu, 9 September 2015

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dalam kesibukan sempat juga menyiapkan tempahan donut untuk Cikgu Dewi. Beliau mahu membelanja minum murid tahun enam selepas selepas kelas tambahan malam pecutan akhir calon UPSR 2015.

Donat ini memang amat lembut dan kelembutannya mampu bertahan lama, jadi dengan bahan yang simple ini apa kata kita kongsi bersama. Mana tahu boleh buat bisnes selepas ini, dapat juga ustazah menumpang sahamnya ye. He he.

Donut Gebu

Bahan A

500gm tepung roti
11gm yis
2 biji kuning telur
100gm gula halus
100gm ais batu
100gm air

Satukan kesemua bahan di atas dan uli dengan mixer hingga sebati. Nak uli guna tangan pun boleh tapi lenguh la ye untuk dapatkan adunan yang halus..

Kemudian masukkan

100gm marjerin 
Sedikit garam


Uli hingga benar-benar lembut. Bolehlah dibentukkan mengikut kesukaan dan rehatkan sehingga kembang. Kemudian goreng dengan api yang perlahan.


Siap! Bolehkan digolekkan dengan gula custer atau coklat.


Jumaat, 4 September 2015


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai menyiapakan tempahan biskut hantaran untuk anak saudara kepada sahabat Ustazah iaitu Cikgu Norizan.

Beliau mengharapkan Ustazah dapat menyediakan 2 jenis biskut untuk dijadikan hadiah kepada anak saudaranya yang akan bertunang minggu ini.

Tadaaa..





Terhasillah biskut German dan Biskut Famous Amos. Simple tetapi in sha Allah rasanya mereka akan berpuas hati apabila menikmatinya.

Oklah Ustazah pun sudah letih ni mahu berehat dahulu.

Khamis, 3 September 2015

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan untuk murid ke tingkatan 1 Sekolah Kawalan Menengah 2016. Oleh yang demikian, jika di Selangor sebelum ini untuk kemasukan murid Tingkatan 1 ke SABK atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah melalui tawaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pejabat Agama Daerah masing-masing kini telah berubah dengan perlu memohon di laman web  Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ibu bapa perlu ambil tahu supaya cita-cita untuk menghantar anak ke sekolah agama tercapai. Pada web ini ada pilihan untuk ke sekolah SMKA, KAA, Sekolah Kawalan dan SABK atau sekolah agama.Oleh yang demikian ibu bapa atau penjaga perlu ke laman web berikut   :


kemudian pilih iklan PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2016 


Untuk mengetahui bagaimana mengisi permohonan ke Sekolah Kawalan ini, sila klik di sini 


Alhamdulillah bagi anak Ustazah pihak sekolahnya ada menguruskan permohonan ini. Ustazah doakan semoga semua urusan ibu bapa dipermudahkan dan anak-anak UPSR & PSRA memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Isnin, 31 Ogos 2015


Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah lamanya tidak update blog.. He he gara-gara sibuk la ni. Kali ini mahu cerita sikit bab kena masak beradab di rumah Pengetua Ustazah sempena perkahwinan 2 orang anak beliau.

Seawal pagi sudah ke rumahnya dan bila sampai terus tanya mana ikan siakap yang mahu di masak 3 rasa dan buah tembikai yang ingin digubah.
         

Alhamdulillah ikan sudah disiang dan tinggal sediakan cili, bawang , nanas dan lain-lain. Nak resepinya google je, Ustazah pun masak ikut skill sendiri je jadi ikan siakap 5 rasa kot..yang penting sedapkan?

Sambil goreng ikan 4 ekor kita buat kuah or sambalnya.. Kalau nak sedap bawang merah dan bawang putih serta halia ditumbuk dengan lesung.Pum pam Pum pam siap!


Sudah siap tu pandai-pandailah hias dengan daun salad, cili dan timun sambil taburkan daun sup dan bawang goreng.  

Jam dah pukul 10, nak gubah tembikai pula. Buat bakul sudahlah senang sikit. Potong dan bentuk2 sikit siap bakulnya. Lepas tu potongkan buah limau , epal dan buah anggur.. Susunkan sahaja ikut kreativiti..

 
Ha kira oklah tu kan.. Ustazah bukan pakar dalam hal ini, tapi dah Puan Boss minta bantu juga so kita buat juga dengan penuh keihklasan ikut pandai kita la kan..


Alhamdulillah jam 12.15 tengahari siap letak semua hidangan atas meja makan beradap.. Semoga pengantin semua berpuas hati ..

Rabu, 22 April 2015

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada cuti Mac yang lepas Ustazah satu keluarga sempat berziarah ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara. 


He he time kenduri berlangsung,time tu juga ustazah pergi berjalan- jalan ke pantai Batu Buruk, Masjid Terapung dsn Masjid Kristal.






               

             


            




Setelah selesai melawat, segera ke kenduri anak saudara. Sungguh ringkas majlis di sini. Sekadar pasang 2 khemah dan susun kerusi rapat-rapat tanpa meja. Itulah lain tempat lain caranya. Agak susah juga melihat tetamu makan tanpa meja.

          

Pada waktu petang setelah selesai majlis dengan cabutan bertuah untuk ahli keluarga kami sibuk pula nak ke pasar payang. Tidak sah kalau tak singgah ke situ untuk membeli keropok atau pun baju batik.

Sebelah malam pula ustazah dah letih tetapi anak-anak di bawa oleh sepupunya ke Dataran Shah Bandar..
            

Rasa tidak puas pula pergi sekadar 3 hari 2 malam.. Mahu menempuh perjalanan pulang terasa jauhnya..inilah pengalaman.

Seronok dan bahagia dapat bersama keluarga..

Jumaat, 17 April 2015

Bismillah dan Assalamualaikum 

Subhanallah sibuknya sekarang ni sampai nak update blog pun tak sempat. Alhamdulillah dapat banyak selesaikan tugas sekolah dan tempahan pelanggan.

Kali ni ustazah nak sharelah resepi buat kulit cheese tart yang rangup dan sedap in sha Allah.. Buat dengan penuh kasih sayang ye.

Bahan kulit@shell cheese tart.

45 gram buttercup
125 gram margerin pelangi
50 gram gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
290 tepung gandum

Satukan butter, margerin, gula dan esen vanilla. Gaul sebati menggunakan spatula .Jika guna mesin pengadun pun boleh tetapi jgn lama sangat nanti adunan lembik. Kemudian baru masukkan tepung gandum. 


Jika mahu sedap lagi simpan dahulu dalam peti ais selama 1jam atau adun malam esoknya baru kita cetak..

Bakar hingga kekuningan menggunakan suhu 170 darjah celcius dalam masa 20 minit.



Filling Cheese

250 gram cream cheese Taturra
50 gram gula kastor halus
1 biji telur gred B

Putar semua bahan di atas hingga halus dan licin.

Setelah sejuk kulit tart tersebut bolehlah diisikan dahulu dengan jem bluebery atau apa jua jem yang anda suka kemudian barulah letakkan cream cheese serta lorekkan sedikit corak di atasnya. Ketika mahu melorek cepat sikit ye kalumlambat nnti cream cheese agak mengeras dan lorekan nampak tidak kemas pula.




Bakar kembali sekadar area 6 minit sudah cukup.. Makan ketika baru keluar oven amat terasa kerangupannya..

Ustazah jual satu pcs rm0.80 bersaiz 4.5 inci.. Satu box 10x10 dapat isi 36 pcs dengan harga RM28.

Jom cuba jual n bisness boleh tambah income tau..

Ma'aS Salamah ..Selamat mencuba ye


Isnin, 2 Februari 2015

Bismillah dan Asssalamualaikum 

Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang meminati Cheese Tart Blueberry ini. Pada asasnya sama sahaja pembuatan kulit atau shellnya, tinggal filing atau intinya bergantung kepada selera masing-masing. Ada yang suka Blueberry, strawberi dan coklat.


Baiklah bagi sesiapa yang ingin mencuba menikmati keenakan cheese tart ini bolehlah berhubung dengan dengan ustazah melalui wassap 01132195044. Sekotak RM28 dengan kuantiti 36 biji.

Terima kasih ye bagi pelanggan yang ulang tempahan dan pembeli baru. Semoga rezeki kalian semakin bertambah dan dirahmati Allah selalu.





Bismillah dan assalamualaikum

Alhamdulilah Allah terus dan pasti akan memberi rezeki pada kita, tinggal kita sahajalah kena pandai bersyukur dan berkongsi atas segala apa yang dikurniakan.

Lama sungguh ustazah tidak update entry blog dek gara-gara kesibukan tugasan sekolah dan memenuhi pelbagai tempahan.



Malam tadi sempatlah menyiapkan tempahan kek Cikgu Dewi yang simple iaitu kek span coklat blueberry.

Senang sahaja resepinya beli tepung kek span segera 500gm, pecahkan 8 biji telur dan tambahkan 125ml air... Pukul hingga kembang dan ringan barulah masukkan 125ml minyak masak. Pukul jangan terlalu lama. Kemudian bolehlah di bakar selama 30 minit bergantung pada oven anda. Melalui adunan ini akan dapat 2 biji kek seperti di bawah ini.


Harganya pula ustazah cuma ambil RM60 sahaja atau bergantung pada hiasan hingga mencecah RM80.

Siapa yang mahu order boleh hubungi ustazah 01132195044


Isnin, 12 Januari 2015

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dan tahniah untuk anak bongsu Ustazah iaitu Ahmad Hamka Hakeem yang telah menjejakkan kaki ke alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa.

            

Doa untuk anak-anak semoga dapat belajar dengan baik dan menjadi anak-anak yang soleh terpuji akhlak hingga mendapat kejayaan dunia akhirat.

Hati ustazah tidaklah bimbang di sebabkan Hamka mempunyai 3 orang kakak di sekolah yang sama. Bolehlah kakak-kakaknya memerhatikan adik Hamka terutama di waktu rehat.

Selain itu, amat berharap dan berdoa semoga rakan-rakan yang masih belum bersekolah di sebabkan banjir dapat kembali ke sekolah seperti sedia kala dan semoga Allah memberi ganjaran atas musibah dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim