Alhamdulillah Allahu Akbar..
Teringat pula pada keletah anak ketika mengawasi peperiksaan akhir tahun di sekolah. Maklum semalam bercuti 2 hari. Riangnya hati ketika melihat mereka bermain basikal, sekejap nanti bergaduh-gaduh manja, berjemaah solat, mengaji Al-Quran, esok nak sekolah baru teringat ada home work dan pelbagai ragam lagi.
Harapan kita sebagai ibu dan ayah pasti ingin melihat anak kita berjaya dan cantik akhlaknya. Jika itu pilihan yang kita mahukan pasti ada sesuatu yang perlu kita beri didikan agar mereka berjaya dunia akhirat. Dalam hal ini kitalah role model mereka .
Ya Allah sesungguhnya Kau telah cantikkan kejadian kami, maka perindahkanlah akhlak kami. Begitu jua ya Allah Jadilkanlah kami orang yang tetap mendirikan solat dan seluruh zuriat kami.
sentiasa teringatkan anak ustazah...sekarang ni pun sedang teringat... he he he...
BalasPadamTerima kasih Farah, lucu2 anak ustazah ni
Padamcomeynya anak2 ustazah ni. Semoga membesar menjadi anak yang memberi manfaat kepad ibubapanya
BalasPadamAmeen.. Begitu juga doa utk anak Noriza
Padamsungguh begitu Ustazah. Akak pun selalu ingat anak2 walau semua dah besar panjang. Waktu makan ingat, nak tidor ingat, waktu solat ingat, tengok anak oranglain pun ingat, waktu hujan ingat .... semoga mereka pun sentiasa ingat ibubapa mereka. Aamiin
PadamBegitulah insan yg bergelar ibu dan ayah sering teringatkan kat Anak..
Padambile teringat anak, tak kiralah bila2 pun, kadang boleh tersenyum sorang2, kadang boleh meleleh air mata, kadang boleh tergelak sorang2...
BalasPadamYe kan along..begitu jugalah ibu bapa kita, apabila kita menjadi ibu dan ayah barulah tahu bagaimana perasaan mereka
Padam