Rabu, 8 Oktober 2014

 10:34 PG         3 comments
Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ini sekolah Ustazah berjaya mengadakan program korban untuk tahun ini. Bermula daripada jam 7.30 diadakan taklimat ringkas berkaitan ibadah korban kepada murid tingkatan 4 dan 5 seterusnya proses sembihan pun dilaksanakan.


Ustazah doakan semoga guru-guru yang berkorban ibadahnya diterima oleh Allah SWT, dimurahkan rezekinya dan sentiasa mendapat keampunan dan kerahmatan hingga ke syurga.









Selepas proses penyembelihan, guru- guru lelaki dan pekerja upahan mengambil tugas melapah dan memotong daging untuk di masak oleh pihak dewan makan. Semua murid dikehendaki masuk ke kelas masing-masing untuk belajar seperti biasa.

In sha Allah pada jam 11.00 pagi ada satu ceramah berkaitan korban akan diadakan dan selepas itu sekitar jam 1.00 petang semua warga sekolah akan menikmati jamuan korban tersebut. Sebahagian daging ini juga telah diagihkan kepada murid yang kurang berkemampuan.

Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menyahut seruan Allah SWT dalam meninggikan syiar Islam.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah....samtaj semakin mantap...km ex samtaj mendoakn para guru yg pernh mengajar km sentiasa sihat dan berbakti pd ank bangsa....

    BalasPadam
  2. Bagus ustazah saya ex samtaj xkan lupakn ustazah yg pernah mengajar saya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim