Jumaat, 10 Oktober 2014

 1:52 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah semalam berkesempatan berjumpa dengan anak-anak Mentee Ustazah seramai 6 orang iaitu Rabiatul Adawiyah, Syahirah, Hidayah, Fatimah, Aishah dan Batrisyia untuk bertanyakan khabar dan memberikan kata- kata semangat untuk menghadapi PT3 pada 13 Oktober 2014 ini.



Antara intipati perjumpaan semalam Ustazah berpesan :

1. Usaha dan doa semaksima mungkin.
2. Jaga kesihatan diri dan jangan terlalu stres.
3. Lakukan solat hajat dan baca  Al-Quran setiap hari.
4. Berbuat baik pada ibu bapa, guru dan sahabat.
5. Ulangkaji mengikut teknik yang betul apatah lagi di saat- saat akhir.
6. Selepas peperiksaan jangan lupa diri, teruskan solat hajat dan doa agar guru yang menanda kertas kita sentiasa tenang dan menerima jawapan kita.
7. Silakan berjumpa ustazah pada bila- bila masa jika ada sebarang masalah atau pun sekadar bertanya khabar.

Semoga perjumpaan ini akan mengeratkan ukhwah antara kami mentor mentee. Sambil kami bersembang dan bertazkirah ustazah belanja anak- anak Mentee dengan sebiji kek cheese meleleh.




                                        



Apapun Ustazah doakan semoga semua calon PT3 yang sulong ini dapat menjawab soalan dengan baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Bittaufiq wannajah in sha Allah ...ameen









2 ulasan:

  1. minta2 kali ni smooth lah perjalanan anak2 kita. Tak mau dah jadi macam UPSR, anak tension, parents pun tension, cikgu pun tension. Semua rugi!!!

    BalasPadam
  2. Semoga anak2 didik ustazah mendapat kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim