Isnin, 20 Oktober 2014

 11:43 PG         7 comments
بسم الله الرحمن الرحيم دان السلام عليكم  

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus belajar dan beramal.Harapan kita semoga apa yang kita lakukan adalah dianggap satu ibadah oleh yang Maha Esa Allah SWT.

Baiklah hakikatnya dalam dunia ini apa yang baik pasti Allah suka. Sedaya upaya kita perlu lakukan apa yang diredhai malah disukai Allah dan menghindari apa yang dilarang atau dibenci oleh Nya.
 Ini tabiat orang bijak dan cakn dalam hubungan dengan Allah.Sudah tentu, strategi utamanya adalah dengan mengetahui apa-apa yang Allah suka.


Kredit Foto :Muzir


Antara perkara yang Allah suka:

1. Amalan berterusan biarpun kecil.
"Amalan yang paling Allah suka ialah yang paling konsisten biarpun sedikit".(Riwayat Muslim)

2. Ucapan سبحان الله وبحمده
" Sesungguhnya ucapan yang paling Allah suka ialah سبحان الله وبحمده ( Riwayat Muslim )

3. Abdullah dan Abdul Rahman
" Sesungguhnya nama yang paling Allah suka ialah Abdullah dan Abdul Rahman" ( Riwayat Muslim )

4. Masjid
" Tempat di muka bumi yang paling Allah suka ialah masjid-masjidnya". ( Riwayat Muslim )

5. Solat tepat waktu, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad
seorang sahabat bertanya:" Amalan apa yang paling Allah suka?"
Jawab Nabi: " Solat pada waktunya".
"Lagi?"
"Berbakti kepada ibu bapa"
"Lagi?"
"Berjihad di jalan Allah."( Riwayat Muslim )

6.Menjadi Kuat
" Seorang Mukmin yang kuat lebih Allah suka berbanding Mukmin yang lemah."( Riwayat Ibn Hibban)

7. Solat berjemaah seramai mungkin.
" Solat berjemaah seorang dengan lebih seorang lebih baik daripada solat bersendirian. dan solat berjemaah seseorang dengan dua orang lain lebih baik daripada solat berjemaah sama seorang. Maka semakin ramai semakin Allah suka." ( Riwayat Al-Nasa'i )

8. Seorang yang pemurah
" Seorang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia dan jauh daripada neraka."

" Seorang yang bakhil pula jauh daripada Allah, jauh dari daripada manusia dan dekat dengan neraka."

" Dan si jahil yang pemurah lebih Allah suka daripada si alim yang kedekut! " ( Riwayat Al-Tirmizi )

9. Pemimpin yang adil.
" Sesungguhnya  manusia yang paling Allah suka pada hari kiamat bahkan yang paling dekat dengan-Nya ialah pemimpin yang adil."( Riwayat Al-Tirmizi )

10. Titisan air mata dan darah demi Allah
" Tiada sesuatu pun yang paling Allah suka melebihi dua jenis titisan dan dua jenis kaki; titisan air mata kerana takutkan Allah, titisan darah yang mengalir dalam jihad di jalan Allah, jejak kaki untuk berjihad di jalan Allah dan jejak kaki dalam melaksanakan amalan fardu." ( Riwayat Al-Tirmizi )

Ilmu sudah ada, jadi pohonlah pada Allah SWT agar kita diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

Salam penuh kasih sayang daripada Ustazahain.com💜💜

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. tahniah ustazah anda ada blog yg banyak info..
    jemput blogwalking di www.yatiadam.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Yati..salam perkenalan juga dr ustazah

      Padam
  2. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ini kak, semoga ini sentiasa menjadi amalan kita, dari suka membuat perkara yang mencabar hukum Allah, macam kes hangat minggu ini, Ya Allah takutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen..betul tu Aju banyak lagi benda yang berfaedah boleh kita lakukan yang masih kita belum laksanakan

      Padam
  3. Subhanallah. Terima kasih untuk perkongsian.

    Moga makin bertambah rezeki Ustazah :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian.. Byknya ilmu yg saya dpt hari ini. Semoga murah rezeki ustazah x lokek sharing ilmu. Amin

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Teruskan menyebar ilmu. Salam ukhwah dari saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim