Rabu, 17 September 2014

 9:03 PTG         7 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah masih teringat lagi pada musim haji 3 tahun lepas. Ustazah mendapat satu bungkusan hadiah daripada seorang sahabat yang baru pulang menunaikan haji.

Beg tersebut penuh berisi dengan tamar, minyak habbatussauda, minyak wangi dan seutas tasbih. Semuanya selamat digunakan dengan baik dan semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buat sahabat ustazah ini. 

Tasbih yang diberikan ustazah gunakan di dalam kereta dan malangnya ia telah terputus talinya. Sayu dan terasa sedih sangat sebab bertaburan apatah lagi ia dibeli di Mekah. Tanpa segan silu, ustazah tanya lagi sabahat ustazah bertanyakan ada tak lagi tasbih. He he alhamdulillah ada katanya dan ia akan berikan lagi yang baru.


Sehingga kini ustazah masih menggunakan tasbih ini dengan baik dan semoga ianya memberi manfaat pada sahabat ustazah yang memberikan dengan penuh keikhlasan.

Jika ada sahabat atau keluarga yang menunaikan haji atau umrah itulah hadiah yang paling ustazah suka. Ketika kakak ustazah menunaikan umrah pun beliau telah membelikan seutas tasbih yang agak besar berharga 30 Riyal. Senang digunakan.

Asal sebut hadiah, siapa sahaja yang tidak suka. Maka sebagai tanda syukur kita pujilah Allah sebanyak mungkin agar si pemberi memperoleh rahmat dan rezeki yang baik daripada Allah swt selain tautan hati antara sahabat dan keluarga terjalin.


7 ulasan:

  1. ramai yg suka dpt haidah, lebih2 lagi yg bernilai utk kita...

    Recent Post by MananQayyim : 5 Universiti di Malaysia, Terbaik di Dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye apatah lg hadiah tersebut mampu kita gunakan utk dekat dgn Allah swt

      Padam
  2. Alhamdulillah..
    Pemberian bila kita suka + guna, dapat pahala jugak, kan Ustazah..

    p/s: Kek tu Myra tak reti buat, compare dengan Ustazah lagi jauh beza..
    Ustazah lg pandai buat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu MJ, he2 kek tu asal rajin buat in sha Allah jadi je

      Padam
  3. cantik warna tasbih ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, cantik kan farah, guna pun best

      Padam
  4. memang cantik tasbih ni kak, berbunga rasa hati dapat hadiah ni ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim