Bismillah dan Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ini dapat menyiapkan tempahan anak murid yang inginkan kek cheese meleleh perisa strawberry. Saja buat dua biji kek mana tahu ada yang mahu membeli yang mini dalam tupperware dan alhamdulillah sangkaan menjadi kenyataan. Dua sahabat Ustazah ,teringin untuk menikmati kek cheese meleleh ini sebanyak 6 tupperware dan bakinya anak-anak yang makan kerana daripada awal sudah siap mahu juga kek ini.
Jom! Siapa yang mahu menikmati kek ini atau berniaga boleh cuba dengan resepi ini.
Kek Cheese Meleleh Strawberry
Bahan-bahannya:
4 biji telur
2 biji telur kuning sahaja
100 gm gula castor
1 sudu makan ovellet
- pukul bahan di atas dengan kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.
100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
1sudu kecil baking powder
1 sudu kecil perisa strawberry
Sedikit pewarna pink
- ayak bahan di atas dan campurkan dengan adunan bahan di atas yang telah dipukul gebu.
50gm air sejuk daripada peti sejuk
75gm planta yang dicairkan
- masukkan bahan di atas dengan adunan tepung tadi.
- letakkan adunan di loyang yang telah digris planta dan tepung.
- Panaskan oven pada 160c dan biarkan panas barulah masukkan adunan kek, Bakar selama 40 minit.
Bahan Cheese meleleh
250gm cream cheese
120gm susu pekat manis
100gm susu segar/ susu cair
* sedikit parutan keju Cheddar
- Pukul dan sebatikan bahan di atas.
- Setelah kek sejuk, belah 2 kek tersebut dan lepakan bahagian atas dengan Cheese, kemudian lapiskan dengan satu lagi lapisan kek dan siramkan sekali lagi dengan cheese.
- Parutkan Cheese Cheddar di atas kek.
- Bolehlah hias kek ikut kreativiti anda.
SIAP !
Selamat Mencuba
ya allah sedapnya, meleleh2 makan cheese ni, kalau dpt memang x tgk kiri kanan dah makan ni hehe
BalasPadamKek tu aju puas hati sebab lembut sangat
Padamni bukan kek je yang meleleh ni.. yg tgk ni pun dah meleleh2.. hihihi...
BalasPadamBuat la yana
PadamSatu beras kecil tu jual berapa? Nampak sedap..sy kongsi resepi ye Ustazah.
BalasPadamRm5 shj
PadamAssalamualaikum, ustazah...bekas kecil yg jual ustazah letak kek strawberi cheese leleh ni,,,, berape anggaran kos nye ye
BalasPadamWslm.. Lebih kurang rm25
Padamsalam ustazah...
BalasPadamtelur tu semuanya 6 biji la ya??
2biji kuning saja
4 biji putih dan kuning??
Wslm ye betul tu
PadamAssalam.
BalasPadamUstazah Guna dulang bape inci ye?
10.5 inci
PadamAssalam
BalasPadamLoyang bape inci ustazah Guna utk bkar kek strawbery no ye
10.5
PadamSalam ustzh..air tu dlm gm tu cmne..?klu ml sy tau..
BalasPadamSalam ustzh..sukatan air tuh dlm gm mcmane ye..nk kna timbang ye..klu ml sy tau...
BalasPadamsalam ustazah.turpeware tu ustazah beli mana ye?
BalasPadamSedapnya ustazah meniaga kat skolah je ke
BalasPadamAssalam ustazah .kek tu klau kukus blh x .
BalasPadam