Isnin, 29 September 2014

 11:57 PG         3 comments
Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah Allah SWT sentiasa memberikan kita panduan dalam menangani segala permasalahan. Cuma kita sebagai hamba perlu mencari ilmu dan amalkan segala ilmu yang diperolehi, semoga cara penyelesaian kita mendapat keredhaan Allah SWT.

Pada hari ini, tekanan dan stres dalam kehidupan banyak berlaku. Tekanan terhadap keluarga,kerjaya, masyarakat atau pun sahabat. Tekanan dalam kerjaya berkemungkinan kita adalah seorang yang berjawatan lebih daripada orang lain serta majikan begitu percaya akan kualiti hasil kerja yang kita lakukan. Tup2 tahun depan anda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, berbaloi stres yang begini.

Selain itu, seeloknya kita fikirkan tekanan itu kadangkala berpunca daripada sikap kita sendiri yang mungkin suka bertangguh dalam melakukan apa yang dikehendaki oleh majikan, sikap garang atau tidak bertolak ansur juga mempengaruhi perhubungan sesama keluarga dan sahabat.

Baiklah Ustazah bagi satu petua daripada Al-quran tentang menghadapi tekanan atau stres yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim ketika beliau ingin dicampakkan ke dalam api dan kesannya alhamdulillah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun telah dibakar oleh kaumnya. Amalkanlah setiap  hari supaya tenang dan sentiasa bergantung harap dengan Allah semata-mata serta boleh terlepas daripada kesan stres yang boleh memudaratkan diri dan orang lain.

Ayat tersebut ialah :


Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". ( A-li'Imraan 3:173 )

Semoga kita semua terhindar daripada tekanan dan stres yang melampau. Biarlah tekanan atau stres itu menjadikan kita seorang yang proaktif dengan cuba mencari jalan penyelesaian yang akan memberi keuntungan kepada semua pihak.

Salam sayang daripada Ustazah..

3 ulasan:

  1. terima kasih kak, paling stress dengan mulut orang yang bercakap tanpa memikirkan perasaan org lain, geram dan marah serta malu, saya menangis dalam diam hanya Allah yang tahu, bykkan istighfar takut nanti syaitan menghasut mcam2 kan

    BalasPadam
  2. hanya kepada Allah sebaik2 tempat kita mengadu.

    kadang2 fikir kita nangis huhuhu, orang buat kita stress relaks jer ketawa hahahha. Tak boleh jadi. jangan biarkan stress menguasai kita, kita yg mesti kawal stress.

    terima kasih ustazah Ain

    BalasPadam
  3. Terima kasih ustazah. Kekadang ja saya amalkan ayat ni, Lepas ni kena istiqamah la mengamalkannya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim