Jumaat, 19 September 2014

 12:07 PG         3 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bila pulang ke kampung pasti emak ustazah suka buatkan cekodok nasi yang lembut hingga ke petang walau sudah sejuk.

Kali ini, nekad mahu belajar dengan emak dengan menyukat air dan tepung serta nasi yang digunakan. Maklumlah emak kita ini stile orang dulu just pakai agak-agak tapi menjadi, tapi kalau ustazah buat begitu alamatlah jadi cekodok batu pula. He he 😃.


Ok kita cuba ye in sha Allah jadi.

Bahan A

1 1/2 cawan nasi
3 cawan air
Blenderkan hingga halus

Bahan B

3 cawan tepung gandum
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit bilis
Tumbuk bahan tersebut hingga separuh halus

Cili besar dan daun sup dipotong halus
Garam secukup rasa.

 

Kemudian campurkan kesemua bahan A dan B hingga sebati dan mesra. Panaskan minyak dan jemputlah kecil-kecil. Goreng hingga kekuningan..

Angkat dan nikmatilah sambil ucap alhamdulillah jadi cekodok nasi ini.

Agak banyak juga cekodok yang akan dihasilkan daripada 3 cawan tepung gandum ini lebih kurang 2 pinggan. Jadi bolehlah adun setengah adunan jika rasa terlalu banyak.

Selamat mencuba





3 ulasan:

  1. salam singgah. emak kita orang dulu2 memang pandai kan. agak2 ja tapi memang menjadi. sedap lak tu. tu lah kelebihan seorang emak kan ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ummi,he2 bila kita dah jd emak anak pun suka sgt masakan kita walhal gitu2 je masaknye

      Padam
  2. pestime dgr cekodok nasi ni.nanti nak try la jgk buat hehe..terasa ke nasi tu? ke mcm tepung jugak rasa dia?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim