Selasa, 30 September 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia aka membuka tawaran Permohonan Secara Online ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM 2015. Ustazah amat berharap kepada guru dan ibu bapa agar mengambil perhatian jika ingin anak bersekolah di SPB agar segera bertindak untuk memohon.

Permohonan akan dibuka mulai 1-30 Oktober 2014.

Direct link ke http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/spat1_2015/ untuk mula isi permohonan anda.
 
Atau Sila layari laman web KPM di www.kpm.gov.my  

.Semoga permohonan anak-anak kita dipermudahkan dan lulus dalam temuduga yang akan dihadapi/

Isnin, 29 September 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini berkesempatan memerhati dan menyemak praktikal solat maghrib anak Ustazah yang berusia 6 tahun Ahmad Hamka Hakeem.

Subhanallah Allahu akhbar menitis air mata apabila dia boleh membaca doa iftitah dan semua bacaan dalam solat dengan baik..


Betapa Ustazah amat berterima kasih pada guru yang mengajarnya di Tadika Pasti Luqmanul Hakim iaitu Cikgu Masroha Binti Siam. Besar jasa beliau dan betapa beruntungnya menjadi orang yang berjaya mendidik anak murid bersolat, dapat membayangkan pahalanya sentiasa mengalir pada guru tersebut selagi mana ia diamalkan. 4 anak Ustazah semuanya memulakan pendidikan formal di situ.

Begitu juga Ustazah ucapkan ribuan malah jutaan Jazakallahu khairan kathira pada semua guru kepada anak-anak di SK Tebok Jawa dan SRA Kampung Banting. Jasa kalian tidak akan pernah terbalas dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

Tugas kami sebagai ibu dan ayah banyak dilangsaikan oleh insan yang bergelar guru. Oleh itu wajiblah kita mengajar dan mendidik anak supaya taat akan perintah guru, bersabar ketika dididik dan jangan lupa doakan guru-guru bahagia hingga ke syurga selepas menunaikan solat atau pada bila-bila masa sahaja.


 Selesai sahaja anak solat, terus Ustazah peluk anak dengan penuh kesyukuran dengan linangan air mata sambil mendoakan agar Allah SWT sentiasa mengurniakan sifat ketakwaan kepada seluruh anak muslimin muslimat mukminin dan mukminat..

Bertambah sayu lagi apabila anak pula mengungkapkan doa juga dengan menyatakan bahawa mereka menyanyangi dan mendoakan kita juga bahagia hingga ke syurga.

Ameen ya Rabbal A'lamin memberikan kami anugerah yang menyebabkan kami merasai kebahagiaan dan ketenangan.




Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah Allah SWT sentiasa memberikan kita panduan dalam menangani segala permasalahan. Cuma kita sebagai hamba perlu mencari ilmu dan amalkan segala ilmu yang diperolehi, semoga cara penyelesaian kita mendapat keredhaan Allah SWT.

Pada hari ini, tekanan dan stres dalam kehidupan banyak berlaku. Tekanan terhadap keluarga,kerjaya, masyarakat atau pun sahabat. Tekanan dalam kerjaya berkemungkinan kita adalah seorang yang berjawatan lebih daripada orang lain serta majikan begitu percaya akan kualiti hasil kerja yang kita lakukan. Tup2 tahun depan anda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, berbaloi stres yang begini.

Selain itu, seeloknya kita fikirkan tekanan itu kadangkala berpunca daripada sikap kita sendiri yang mungkin suka bertangguh dalam melakukan apa yang dikehendaki oleh majikan, sikap garang atau tidak bertolak ansur juga mempengaruhi perhubungan sesama keluarga dan sahabat.

Baiklah Ustazah bagi satu petua daripada Al-quran tentang menghadapi tekanan atau stres yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim ketika beliau ingin dicampakkan ke dalam api dan kesannya alhamdulillah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun telah dibakar oleh kaumnya. Amalkanlah setiap  hari supaya tenang dan sentiasa bergantung harap dengan Allah semata-mata serta boleh terlepas daripada kesan stres yang boleh memudaratkan diri dan orang lain.

Ayat tersebut ialah :


Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". ( A-li'Imraan 3:173 )

Semoga kita semua terhindar daripada tekanan dan stres yang melampau. Biarlah tekanan atau stres itu menjadikan kita seorang yang proaktif dengan cuba mencari jalan penyelesaian yang akan memberi keuntungan kepada semua pihak.

Salam sayang daripada Ustazah..

Khamis, 25 September 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bulan Zulhijjah akan bermula esok dan  ada ibadah yang dijanjikan pahala besar dan hikmahnya jika kita tunaikan dengan niat semata-mata kerana Allah swt. Antara ibadah tersebut adalah berkorban . Allah SWT berfirman

  وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب                                                                    

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
 
Sebuah hadis juga  ada menyebut 

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم                                                      

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)" (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan

Pada masa kini, peluang berkorban amat mudah untuk dilakukan sama ada di dalam atau luar negara. Ustazah ingin mencadangkan jika kewangan kita terhad tetapi masih berkeinginan untuk berkorban bolehlah kita laksanakan niat tersebut di kemboja dengan nilai serendah RM280 untuk satu bahagian. 

Bagaimana caranya?

Pihak equrban adalah satu agen peneraju ibadah qurban dan aqiqah yang akan dilaksanakan di Kemboja. Pihak equrban setiap tahun berjaya membantu masyarakat Malaysia dan luar negara untuk menunaikan niat berkorban dan aqiqah dengan kadar yang amat berpatutan. Jika ingin tahu mengapa Kemboja adalah salah sebuah negara yang dipilih sila klik http://denaihati.com.my/kenapa-qurban-di-kemboja. Saksikan juga video ini untuk penjelasan lanjut untuk memberikan kita keyakinan dan keperluan berkorban di sana.

Sebahagian situasi masyarakat  Kemboja
 Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM 280, anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda.Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja.

Harga untuk satu ekor lembu pula adalah RM 1960. Seekor lembu mempunyai tujuh bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.Sijil akan diberikan selepas semua pembeli selepas segalanya selesai.

Harga untuk satu ekor kambing pula adalah RM 550. Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja. Sijil akan diberikan selepas semua pembeli selepas segalanya selesai.

http://www.equrban.com/hop.php?ref=Ainsamadi
Sila klik banner di atas.
                                                                   
Pendaftaran hendaklah dilakukan selewatnya pada 30 SEPTEMBER 2014 ini bagi memudahkan pihak pengurusan equrban membuat persiapan

Pelaksanaan Sepanjang Program Korban di Kemboja pada tahun 2013 / 1434

 Hari ini adalah tarikh gaji  bagi setiap kakitangan awam, apa kata kita infaqkan sedikit gaji bulan ini untuk memberikan kebahagiaan pada insan yang kurang berkemampuan. Berkat keyakinan itu pasti Allah swt akan memberikan kemurahan rezeki pada kita tanpa disangka-sangka.Apatah lagi di akhirat kelak pasti dapat  membantu kita. Jom sahabat-sahabat apa lagi yang mahu di tunggu ?  Semoga Allah swt menerima ibadah korban kita yang sedikit ini.  In sha Allah dan niatkan semata-mata kerana Allah swt. Ayuh! semua

kredit foto : denaihati.com

Ahad, 21 September 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini dapat menyiapkan tempahan anak murid yang inginkan kek cheese meleleh perisa strawberry. Saja buat dua biji kek mana tahu ada yang mahu membeli yang mini dalam tupperware dan alhamdulillah sangkaan menjadi kenyataan. Dua sahabat Ustazah ,teringin untuk menikmati kek cheese meleleh ini sebanyak 6 tupperware dan bakinya anak-anak yang makan kerana daripada awal sudah siap mahu juga kek ini.

Jom! Siapa yang mahu  menikmati kek ini atau berniaga boleh cuba dengan resepi ini.

Kek Cheese Meleleh Strawberry

Bahan-bahannya:

4 biji telur
2 biji telur kuning sahaja
100 gm gula castor
1 sudu makan ovellet
- pukul bahan di atas dengan kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
1sudu kecil baking powder
1 sudu kecil perisa strawberry
Sedikit pewarna pink

- ayak bahan di atas dan campurkan dengan adunan bahan di atas yang telah dipukul gebu.

50gm air sejuk daripada peti sejuk
75gm planta yang dicairkan

- masukkan bahan di atas dengan adunan tepung tadi.

- letakkan adunan di loyang yang telah digris planta dan tepung.

- Panaskan oven pada 160c dan biarkan panas barulah masukkan adunan kek, Bakar selama 40 minit.

Bahan Cheese meleleh

250gm cream cheese
120gm susu pekat manis
100gm susu segar/ susu cair

* sedikit parutan keju Cheddar

- Pukul dan sebatikan bahan di atas.
- Setelah kek sejuk, belah 2 kek tersebut dan lepakan bahagian atas dengan Cheese, kemudian lapiskan dengan satu lagi lapisan kek dan siramkan sekali lagi dengan cheese.
- Parutkan Cheese Cheddar di atas kek.
- Bolehlah hias kek ikut kreativiti anda.








SIAP !

Selamat Mencuba

Jumaat, 19 September 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bila pulang ke kampung pasti emak ustazah suka buatkan cekodok nasi yang lembut hingga ke petang walau sudah sejuk.

Kali ini, nekad mahu belajar dengan emak dengan menyukat air dan tepung serta nasi yang digunakan. Maklumlah emak kita ini stile orang dulu just pakai agak-agak tapi menjadi, tapi kalau ustazah buat begitu alamatlah jadi cekodok batu pula. He he 😃.


Ok kita cuba ye in sha Allah jadi.

Bahan A

1 1/2 cawan nasi
3 cawan air
Blenderkan hingga halus

Bahan B

3 cawan tepung gandum
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit bilis
Tumbuk bahan tersebut hingga separuh halus

Cili besar dan daun sup dipotong halus
Garam secukup rasa.

 

Kemudian campurkan kesemua bahan A dan B hingga sebati dan mesra. Panaskan minyak dan jemputlah kecil-kecil. Goreng hingga kekuningan..

Angkat dan nikmatilah sambil ucap alhamdulillah jadi cekodok nasi ini.

Agak banyak juga cekodok yang akan dihasilkan daripada 3 cawan tepung gandum ini lebih kurang 2 pinggan. Jadi bolehlah adun setengah adunan jika rasa terlalu banyak.

Selamat mencuba





Rabu, 17 September 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah masih teringat lagi pada musim haji 3 tahun lepas. Ustazah mendapat satu bungkusan hadiah daripada seorang sahabat yang baru pulang menunaikan haji.

Beg tersebut penuh berisi dengan tamar, minyak habbatussauda, minyak wangi dan seutas tasbih. Semuanya selamat digunakan dengan baik dan semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buat sahabat ustazah ini. 

Tasbih yang diberikan ustazah gunakan di dalam kereta dan malangnya ia telah terputus talinya. Sayu dan terasa sedih sangat sebab bertaburan apatah lagi ia dibeli di Mekah. Tanpa segan silu, ustazah tanya lagi sabahat ustazah bertanyakan ada tak lagi tasbih. He he alhamdulillah ada katanya dan ia akan berikan lagi yang baru.


Sehingga kini ustazah masih menggunakan tasbih ini dengan baik dan semoga ianya memberi manfaat pada sahabat ustazah yang memberikan dengan penuh keikhlasan.

Jika ada sahabat atau keluarga yang menunaikan haji atau umrah itulah hadiah yang paling ustazah suka. Ketika kakak ustazah menunaikan umrah pun beliau telah membelikan seutas tasbih yang agak besar berharga 30 Riyal. Senang digunakan.

Asal sebut hadiah, siapa sahaja yang tidak suka. Maka sebagai tanda syukur kita pujilah Allah sebanyak mungkin agar si pemberi memperoleh rahmat dan rezeki yang baik daripada Allah swt selain tautan hati antara sahabat dan keluarga terjalin.


Selasa, 9 September 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Apa khabar semua? lamanya tidak menulis gara-gara kesibukan tugas dan hal keluarga. Apabila hujung tahun maka banyaklah hal persekolah yang perlu dibereskan. Tidak mengapa cuba selesaikan dan atur jadual dengan baik in sha Allah semuanya ok.

Rakan sejawat Ustazah yang menguruskan Ujian Psikometrik ketika ini sedang cuti bersalin, jadi Ustazah adalah AJK yang tersenarai untuk melaksanakan Psikometrik Tingkatan 3 bersama Cikgu Siti Atiqah. Apa lagi, terus sahaja sedaya upaya memahami manual pentaksiran Psikometrik tingkatan 3 di web LPM.

Komponen Pentaksiran Psikometrik

Bagi guru yang ingin mengetahui tentang Panduan Pentadbiran Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3 bolehlah klik di link di bawah. Berkaitan soalan hanya pada 11.9.2014 baru boleh di download.


Semoga kita dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim