Khamis, 3 Julai 2014

 1:21 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur Ustazah pada Allah SWT dengan izin Nya, pada hari ini kita mendapat seorang lagi saudara baru iaitu Felixiayeap atau Rania. Membaca kisah di blognya, betapa terharu dan penuh ujian beliau ingin memeluk Islam bermula daripada berhijab selama 7 bulan.

Maka secara rasminya hari ini, mengambil sempena Hari Kelahirannya 3 Julai bersamaan 5 Ramadhan 1435 beliau  memeluk agama Islam. Betapa Allah kasih dan telah memilihnya.Apa yang penting sekarang, lupakanlah sejarah silam dahulu dan mulakanlah hidup baru bersama agama yang sempurna ini. Bersama kita beri sokongan agar beliau berjaya mendalami Islam dengan baik dan istiqamah.

Kredit Foto ; Blog Rania

 Beliau mendapat sokongan yang padu daripada ibunya walau ibunya tidak memeluk Islam. Apa yang membanggakan ibunya mengakui Rania kini semakin baik. Selain itu, Rania juga akan mengekalkan nama Cinanya yang bermaksud " ketenangan dan keanggunan " dan akan menambah nama di awal
nama asal berdasarkan mimpinya.

Harapan Ustazah dengan pengislaman beliau semakin ramai masyarakat beragama lain memeluk agama Islam dan menjadi ikon kepada umat Islam yang masih belum menutup aurat dengan sempurna supaya menutup aurat. Terbaru, seorang selebriti iaitu Neelofa juga telah berhijab bermula daripada awal Ramadhan

Doakanlah dengan penuh kasih sayang di Ramadhan yang mulia ini, agar ramai yang memperoleh hidayah daripada Allah. Manakala kita juga,sentiasa dikurniakan nikmat istiqamah mengamalkan dan patuh pada perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Sanah Helwa untuk Rania Felixiayeap..semoga Allah merahmati, mengampuni dan mengurniakan rezeki yang baik, bahagia hingga ke syurga. ameen . 




2 ulasan:

  1. Alhamdulillah hari penuh bersejarah buat saudara baru kita dan juga buat seluruh umat Islam umumnya. Gembira sangat dengan berita ini. Semoga beliau istiqomah dengan keindahan Islam.

    Salam ramadhan kak (^_^)

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan & Salam Perkenalan..
    Nanti jemput join GA saya ye :)
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim