Rabu, 2 Julai 2014

 3:52 PTG         15 comments
Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah pertama kali mencuba resepi ini, memang takut tak jadi. Atas desakan kak Azira yang teringin sangat mahu makan cream puff dan tak tahu nak tempah dengan siapa. Maka ustazah lah yang menjadi sasaran supaya menerima tempahan beliau.

Selain itu, rakan Sekolah lama juga mahu ustazah ajarkan step by step teknik menghasilkan cream puff ini. Maka satu kelas secara peribadi telah berjaya diadakan.

Terbaru anak murid pula mahukan resepi. Maaf ye ustazah ini selalunya sibuk dan kadang-kadang terlupa. Jangan syak Ustazah kedekut ilmu pula ye. He.. He.

Jom cuba buat, jangan takut untuk mencuba resepi ini. Amat mudah sekali dan rasa puas hati. Ramai yang menggemari apatah lagi jika baru keluar oven, terasa rangup dan bila dah sejuk amat lembut ditambah dengan keenakan sos kastad.

Cream Puff

100ml Air
45 butter
60gram tepung gandum diayak
2 biji telur

1. Panaskan air dan butter hingga mendidih


2. Biarkan sebati dan mendidih
3. Matikan api dan masukkan tepung. Sebatikan  dengan cepat dan tenang.
3. Masukkan pula 2 biji telur dan gaul sebati atas api sederhana sebentar sahaja dan matikan api.
4. Masukkan dalam beg piping dan gunakan nozle bunga atau guna sudu pun boleh cuma kurang kemaslah sedikit. Sapukan loyang dengan planta dahulu dan bolehlah dipipingkan ikut saiz yang anda suka.
5. Sudah sedia untuk dibakar.
6. Panaskan oven 200c selama 5 minit dan bakar 15 minit menggunakan suhu 200c dan turun ke 180c pada 10 minit atau sehingga kuning keemasan.
7. Setelah sejuk belah atau cucuk dibahagikan tengah puff dan istilah dengan inti kasad atau coklat pun boleh.
8. Sedia untuk dihidang dan dinikmati

Cream Custard

1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar 
1 biji telur
Sedikit esen vanila dan pewarna kuning.

Campurkan kesemua bahan dan masak atas api sederhana hingga pekat dan masak.
Setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam puff dan jadilah cream puff anda.

Mudahkan? Selamat mencuba dan semoga berjaya. Salam penuh kasih sayang daripada Ustazah.





15 ulasan:

  1. Mudah..klo gune periuk ajaib , boleh tak ?? Oven tak de lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah.. Dah nama ajaib

      Padam
    2. wah! bersemangat betul cikRA dengan periuk ajaib baru :)

      Padam
  2. wah menarik ni.. step by step lagi...

    BalasPadam
  3. salam ramadhan kak, mudahnya tgk tp kak saya ni minat makan, belajar tu belum lagi hehe. Setakat ni order dari kakak saya yg memang berniaga macam akak ;). seronok tgk org pandai baking ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok la kalau semua pakat buat siapa pula yang nak beli..

      Padam
  4. salam ramadhan kak ain, Allahuakbar senang pulak nengoknya disini hehe. Teringin sungguh nak cuba pasal anim ngan anak2 suka ngan cream puff ni. Tapi, kami ada microwave je kat umah, boleh juga ke? :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang pun HANIM, buat ye

      Padam
  5. Cream puff ni one of my peberet..
    Nak makan memang sedap, tapi nak buatnya tu yg tak berapa rajin..heheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang makan ramai rajin juga tapi kalau takat 2 orang tu yang segan kan MJ

      Padam
  6. akk..dah cuba resipi akk! sedap sngat thank you akk :D

    BalasPadam
  7. Saya pun penah cuba buat...mmg sng la..Tima Kasih atas resipi ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim