Isnin, 21 Julai 2014

 12:30 PTG         13 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini target Ustazah untuk menerima tempahan Biskut German tercapai. He he tapi tidaklah banyak sekadar mampu memenuhi 35 balang tempahan sahaja memandangkan jadual di bulan Ramadhan perlu diimbangi dengan ibadah sunat yang dijanjikan pahala berganda oleh Allah SWT.

Sebelum di bakar
 Kebanyakkan yang awal-awal lagi membeli terpaksa Order lagi kerana kehabisan dinikmati oleh anak-anak. Kasihannya sehingga mengigau-ngigau teringat nak juga biskut ini.Seronok Ustazah. Selain itu, ramai juga yang menghantar gambar di whatsapp di mana mereka berjaya menghasilkan sendiri biskut yang digemari ramai ini hasil perkongsian resepi yang ustazah berikan.

Baiklah bagi yang ingin mencuba kita lihat resepi biskut yang mudah ini.

Biskut German Cookies

100gm Butter
40g gula icing
1 sudu teh esen vanila
125gm tepung kentang
80gm tepung gandum@red rose

Cara:

1. Satukan butter,gula icing dan esen vanilla serta pukul seketika.
2. Masukkan tepung kentang dan tempuh gandum.
3. Adun sebati dan bolehlah diterap atau di bulatkan sahaja mengikut kreativiti .
4. Bakar selama 15 minit pada suhu 170c atau mengikut kesesuaian oven anda.

Selamat mencuba

Setelah selesai di bakar


RM28 untuk 74 biji

Alhamdulillah..inilah tempahan biskut sepanjang bulan ramadhan yang mampu disiapakan untuk tempahan.

13 ulasan:

  1. gambar bawah tu macam gambar anak-anak saya & Asma dalam entri Wajah Ceria Anak-Anak je - tanda best tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. He2.. Alhamdulillah , dapatlah beri duit raya pada tetamu nanti

      Padam
  2. Serius macam senang... boleh minta tolong Dude buat ni... hehehe...tak terbuat pun biskut raya kat sini sebab tak makan biskut sangat... order tat nanas je dari senior yg pandai buat... hehe...
    selamat hari raya ustazah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentu seronok utk beraya di negara orang kan Nadot, selamat hari raya kembali

      Padam
  3. seronoknya memang puashati bila hasil tangan menjadi kesukaan ramai, teringin pula nak rasa kuih german ni kak ;)

    BalasPadam
  4. Glemer nama biskut jerman, tapi rasanya belum pernah makan lg kot.. ;)

    BalasPadam
  5. wahh...biskut ni kegemaran orang jerman ker?hehe...ikut resipinya saya agak mesti rangup!nanti nak cuba lah!:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang hebat Mai Has ni, tengok bahan pun dah tahu sedap atau tak

      Padam
  6. Wuaaa bila dah habis raya lagi lah teringin biskut raya hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim