Isnin, 21 Julai 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini target Ustazah untuk menerima tempahan Biskut German tercapai. He he tapi tidaklah banyak sekadar mampu memenuhi 35 balang tempahan sahaja memandangkan jadual di bulan Ramadhan perlu diimbangi dengan ibadah sunat yang dijanjikan pahala berganda oleh Allah SWT.

Sebelum di bakar
 Kebanyakkan yang awal-awal lagi membeli terpaksa Order lagi kerana kehabisan dinikmati oleh anak-anak. Kasihannya sehingga mengigau-ngigau teringat nak juga biskut ini.Seronok Ustazah. Selain itu, ramai juga yang menghantar gambar di whatsapp di mana mereka berjaya menghasilkan sendiri biskut yang digemari ramai ini hasil perkongsian resepi yang ustazah berikan.

Baiklah bagi yang ingin mencuba kita lihat resepi biskut yang mudah ini.

Biskut German Cookies

100gm Butter
40g gula icing
1 sudu teh esen vanila
125gm tepung kentang
80gm tepung gandum@red rose

Cara:

1. Satukan butter,gula icing dan esen vanilla serta pukul seketika.
2. Masukkan tepung kentang dan tempuh gandum.
3. Adun sebati dan bolehlah diterap atau di bulatkan sahaja mengikut kreativiti .
4. Bakar selama 15 minit pada suhu 170c atau mengikut kesesuaian oven anda.

Selamat mencuba

Setelah selesai di bakar


RM28 untuk 74 biji

Alhamdulillah..inilah tempahan biskut sepanjang bulan ramadhan yang mampu disiapakan untuk tempahan.

Khamis, 3 Julai 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur Ustazah pada Allah SWT dengan izin Nya, pada hari ini kita mendapat seorang lagi saudara baru iaitu Felixiayeap atau Rania. Membaca kisah di blognya, betapa terharu dan penuh ujian beliau ingin memeluk Islam bermula daripada berhijab selama 7 bulan.

Maka secara rasminya hari ini, mengambil sempena Hari Kelahirannya 3 Julai bersamaan 5 Ramadhan 1435 beliau  memeluk agama Islam. Betapa Allah kasih dan telah memilihnya.Apa yang penting sekarang, lupakanlah sejarah silam dahulu dan mulakanlah hidup baru bersama agama yang sempurna ini. Bersama kita beri sokongan agar beliau berjaya mendalami Islam dengan baik dan istiqamah.

Kredit Foto ; Blog Rania

 Beliau mendapat sokongan yang padu daripada ibunya walau ibunya tidak memeluk Islam. Apa yang membanggakan ibunya mengakui Rania kini semakin baik. Selain itu, Rania juga akan mengekalkan nama Cinanya yang bermaksud " ketenangan dan keanggunan " dan akan menambah nama di awal
nama asal berdasarkan mimpinya.

Harapan Ustazah dengan pengislaman beliau semakin ramai masyarakat beragama lain memeluk agama Islam dan menjadi ikon kepada umat Islam yang masih belum menutup aurat dengan sempurna supaya menutup aurat. Terbaru, seorang selebriti iaitu Neelofa juga telah berhijab bermula daripada awal Ramadhan

Doakanlah dengan penuh kasih sayang di Ramadhan yang mulia ini, agar ramai yang memperoleh hidayah daripada Allah. Manakala kita juga,sentiasa dikurniakan nikmat istiqamah mengamalkan dan patuh pada perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Sanah Helwa untuk Rania Felixiayeap..semoga Allah merahmati, mengampuni dan mengurniakan rezeki yang baik, bahagia hingga ke syurga. ameen . 




Rabu, 2 Julai 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah pertama kali mencuba resepi ini, memang takut tak jadi. Atas desakan kak Azira yang teringin sangat mahu makan cream puff dan tak tahu nak tempah dengan siapa. Maka ustazah lah yang menjadi sasaran supaya menerima tempahan beliau.

Selain itu, rakan Sekolah lama juga mahu ustazah ajarkan step by step teknik menghasilkan cream puff ini. Maka satu kelas secara peribadi telah berjaya diadakan.

Terbaru anak murid pula mahukan resepi. Maaf ye ustazah ini selalunya sibuk dan kadang-kadang terlupa. Jangan syak Ustazah kedekut ilmu pula ye. He.. He.

Jom cuba buat, jangan takut untuk mencuba resepi ini. Amat mudah sekali dan rasa puas hati. Ramai yang menggemari apatah lagi jika baru keluar oven, terasa rangup dan bila dah sejuk amat lembut ditambah dengan keenakan sos kastad.

Cream Puff

100ml Air
45 butter
60gram tepung gandum diayak
2 biji telur

1. Panaskan air dan butter hingga mendidih


2. Biarkan sebati dan mendidih
3. Matikan api dan masukkan tepung. Sebatikan  dengan cepat dan tenang.
3. Masukkan pula 2 biji telur dan gaul sebati atas api sederhana sebentar sahaja dan matikan api.
4. Masukkan dalam beg piping dan gunakan nozle bunga atau guna sudu pun boleh cuma kurang kemaslah sedikit. Sapukan loyang dengan planta dahulu dan bolehlah dipipingkan ikut saiz yang anda suka.
5. Sudah sedia untuk dibakar.
6. Panaskan oven 200c selama 5 minit dan bakar 15 minit menggunakan suhu 200c dan turun ke 180c pada 10 minit atau sehingga kuning keemasan.
7. Setelah sejuk belah atau cucuk dibahagikan tengah puff dan istilah dengan inti kasad atau coklat pun boleh.
8. Sedia untuk dihidang dan dinikmati

Cream Custard

1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar 
1 biji telur
Sedikit esen vanila dan pewarna kuning.

Campurkan kesemua bahan dan masak atas api sederhana hingga pekat dan masak.
Setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam puff dan jadilah cream puff anda.

Mudahkan? Selamat mencuba dan semoga berjaya. Salam penuh kasih sayang daripada Ustazah.





Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat apatah lagi tika dan saat ini masih di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan  dan keampunan. Baiklah Ustazah ingin berkongsi maklumat tentang  Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015/2016 bermula 1 Julai 2014 hingga 10 Oktober 2014.

Oleh yang demikian, pelajar sekolah tingkatan 5 perlu membayar RM6.00 kepada kaunselor yang bertanggungjawab menguruskan Permohonan Melalui Internet atau membeli sendiri  nombor PIN di BSN.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manual permohonan, syarat program dan kelayakkan minimum, panduan mengisi borang serta hal berkaitan semakan permohonan boleh klik link di bawah:




Pelajar-pelajar diharap membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti supaya tidak berlaku kesilapan yang boleh menyebabkan gagal dalam permohonan. Selain itu, bersungguhlah dalam mengulangkaji pelajaran agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

Ustazah doakan yang terbaik untuk semua dan selamat maju jaya dunia malah di akhirat kelak.

http://www.ustazahain.com/2014/06/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim