Ahad, 15 Jun 2014

 11:25 PTG         5 comments

Bismillah dan Assaalamualaikum


Alhamdulillah kita masih mempunyai seorang ayah dan wajarlah kita menghargai serta mendoakan yang terbaik buat mereka.


Subhanallah .. Selamat Hari Bapa utk semua yg bergelar bapa, semoga jasa seorang bapa akan mendapat ganjaran terhebat drpd Allah SWT..  


Saya merahsiakan pada anak2 yg hari ini adalah hari bapa .. Tetapi mereka tahu juga, saya lihat kertas apa yang dipeluk ketika ia sedang tidur.. Rupa2 sekeping kad hari bapa.. Gugur juga air mata.



Tabahlah wahai anak-anak.. Allah SWT mahu kita menjadi seorang yang sabar dan bergantung hidup dengan Allah semata-mata.


Peluang menjadi anak soleh dengan mendoakan ayah selalu semoga dikurniakan keampunan dan tergolong dikalangan orang2 yang beriman..


In sha Allah esok selepas pulang dari Sekolah kita singgah ke pusara ayah sebagai tanda ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan..


Al- Fathehah untuk arwah suami dan seluruh muslimin dan muslimat ..



5 ulasan:

  1. Semoga diberikan kesabaran untuk akak dn family. ALfatihah untuk suami ...

    BalasPadam
  2. Sedihnya. Tabah ye ain. Anda insan terpilih

    BalasPadam
  3. Semoga ustazah sekeluarga tabah dengan ujian Allah..
    Allah menguji hambanya untuk mereka yang mampu hadapinya

    BalasPadam
  4. bergenang airmata ni, semoga akak tabah terutama anak2, memang kasih abah tiada tandingannya, saya mendoakan akak dan anak2 sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah, salam peluk cium saya buat anak2 akak

    BalasPadam
  5. Tabah ye kak..sedihnya bila anak kecil mengingati ayah mereka yabg telah tiada..

    Anak Anda Picky Eaters?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim