Selasa, 10 Jun 2014

 8:46 PTG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah malam tadi selesai majlis kenduri arwah untuk suami. Penat memang begitu terasa, anak-anak selepas solat subuh pun sambung tidur lagi. Apabila mengurus kenduri, memang beginilah penat mengemas dan memasak tapi bahagia dan seronok apabila ramai keluarga datang dan jiran tetangga berkumpul memeriahkan majlis.

Jazakallahu khairan kathira pada tetamu yang hadir, rasa terharu walau arwah suami tiada mereka tidak kisah ( jemaah lelaki ) daripada surau dan masjid sudi hadir. Penuh seluruh ruang rumah hingga ke beranda. In sha Allah bila rumah mereka kenduri pula Ustazah akan hadir juga walau diadakan selepas waktu solat isyak.


Bila mengemas periuk belanga, teringat pula langsung tidak menjamah sayur umbut kelapa dan ikan keli masak kencur. Begitu juga dengan hidangan nasi ambeng. Semalam seperti tidak teringin, tetapi bila teringat macam menyesal pula tidak makan.

Alhamdulillah seorang sahabat karib sekolah menengah Hani Hassan, sudi datang pada sebelah petang. Sempat juga merakam video untuk group whatApps.

Apa yang pentingnya dengan majlis ini, doa dan sedekah yang diniatkan untuk arwah suami sampai kepada Allahyarham Saiful Bahari Bin Abdullah yang telah 4 tahun 4 bulan meninggalkan kami sekeluarga. In sha Allah setiap hari kami sekeluarga akan mengirimkan doa dan bacaan Yasin sebagai tanda ingatan dan kasih sayang sentiasa bersemi disanubari.








0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim