Khamis, 12 Jun 2014

 12:40 PG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah pada tahun ini berkesempatan mengikuti rombongan Sekolah ke PBAKL 2014 sekitar penghujung April yang lalu. 2 buah bas telah kami tempah dan bertolak pada jam 8.00 pagi dengan disertai 80 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber dan ahli Kelab Pengguna diiringi 8 orang guru pengiring.


Mengenang kembali seronoknya ke Pesta buku kali ini kerana dapat bertemu dengan novelis kesukaan anak ustazah iaitu Ain Maisarah. Sempat juga anak bergambar dengan beliau dan membeli satu set buku blink berharga RM150, sementara itu ustazah berbual dengan suami Ain Maisarah Encik Syaizul Akmal tentang Prof. Kamil Ibrahim yang dijangka akan tiba daripada Madinah ke Pesta Buku kali ini. Tiada rezeki untuk berjumpa  dengan beliau kerana pada sebelah petang kami akan bertolak pulang ke Sungai Besar.
 
Ustazah sedih kerana pada masa ini kesihatan Ain Maisarah kurang sihat selepas PBAKL dan kini berada di hospital sehingga percutian ke Jepun telah diganti oleh ibu dn adiknya. Ustazah doakan semoga Ain cepat sembuh dan semoga Allah memberi ganjaran kebaikan atas kesukaran yang dihadapi. 


Selain itu, ustazah juga sempat bertemu dengan tokoh ilmuan Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed, memang tenang mendengar tazkirah beliau tentang buku Nabi Muhammad terbitan terbaru Telaga Biru. Buku tersebut ditanda tangan oleh beliau dan sempat juga beliau berpesan agar ustazah boleh menulis buku dan dihantar untuk diterbitkan melalui Telaga Biru Sdn Bhd. Terasa kerdil pula dan ilmu sangat cetek.



In sha Allah tahun hadapan cuba juga ke PBAKL 2015, semoga boleh bertemu dengan para penulis dan para ilmuan.















2 ulasan:

  1. Salam Ustazah,
    Jemput join GA ini
    http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html

    BalasPadam
  2. pengalaman yang sangat berharga di majlis ilmu yang sangat barakah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim