Jumaat, 6 Jun 2014

 11:28 PG         6 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini menerima tempahan dari seorang sahabat lama yang kini tinggal di Johor. Sempena beliau pulang ke kampung sempat menempahkan kek hari jadi untuk anak kembar terunanya. Siap berpesan jangan letak decoration berbunga-bunga lagi.



Kali ini berbeza resepi dengan resepi sebelum ini, teksturnya kek ini amat lembut dan apa yang menyeronokkan keknya rata sahaja setelah masak. Ketika baru di angkat keknya agak tinggi tetapi setelah seketika turun sedikit tanpa sebarang mendap. Alhamdulillah amat berpuas hati dengan hasil dan rasanya.

Jom, ustazah kongsikan resepi kek yang simple ini .
Kek Coklat Moist

Bahan  kek :

240 gm tepung gandum
240 gm gula kastor
60 gm Serbuk koko
250 minyak masak
4 biji telur gred b
250 air panas
1 tin susu pekat manis
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Caranya:

- Pukul gula dan telur hingga gebu dan ringan.
- Masukkan air, minyak masak dan susu pekat manis, gaul sebati.
- Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul seketika hingga sebati dan oleskan loyang 11 inci dengan planta dan tepung. Masukkan adunan dan tutupkan dengan alumunium foil.
- Kukus hingga masak sekitar 1 jam suku.


Bahan Topping :

150gm wip cream
200gm coklat masakan
1 sudu makan planta

Caranya : Satukan kesemua bahan dan masak secara double boiler.

Setelah kek sejuk bolehlah letakkan topping di atasnya. Jika mahu dibelah tengah pun boleh tetapi perlu berhati2 kerana kek ini sangat lembut dan letakkan topping dan lapiskan. Emm.. Semakin terlajak  moistnya nanti, pasti bestkan. Kek ini akan menghasilkan berat 1.5kg dan sesuai menggunakan loyang 11 inci. Apabila di letakkan topping akan bertambah beratnya menjadi 2kg+ siap dengan aksesori.

Selamat mencuba ye dan sebarkanlah pada orang lain resepi ini jika ada yang bertanya, semoga Ianya menjadi satu Jariah ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan kita di akhirat nanti.




6 ulasan:

  1. Nampak sedap dan cantik kek tu..budak-budak memang suka kalau kek coklat ni.. :-)

    BalasPadam
  2. sedapnya kak, terliur tgknya

    BalasPadam
  3. Nampak sedap...mmg feveret sy kalau kek coklat ni...

    BalasPadam
  4. nampak memang sedap ni. besar kek ni sampai 2kg, puas makan ramai-ramai.

    BalasPadam
  5. okeh.

    memang nampak sedap coklat nih.

    BalasPadam
  6. Cantik kek ini naik rata shj...sy nak trylah resipi nie...terimakasih kongsi resipi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim