Ahad, 1 Jun 2014

 11:39 PG         5 comments
Bismillah dan Assalamaualaikum

Alhamdulillah hari ini cuma bersarapan Jemput- jemput Rangup Tepung Faiza. Suka buat sarapan ini apabila rindu sangat dengan emak Ustazah, inilah sarapan yang beliau kerap buat zaman sekolah rendah dan kudapan minum petang.

Tepungnya halus
Anak pula sempat memperli Ustazah, hai! Jemput- jemput pun emak nak buat entri. Ustazah jawab " mestilah, biar anak-anak mak mudah nak buat dengan sukatan air yang betul dan tak ragu jika emak sudah tiada nanti". Anak membalas " emm ,, janganlah cakap macam tu kami nak mak panjang umur". He2.. Sekadar berlawak pada mereka tetapi sebenarnya mahu kongsi ilmu yang mudah-mudah untuk mereka yang masih kecil ini untuk tidak kekok di dapur.

Jemput-jemput ini rasanya rangup dan lembut serta sedap di makan dengan cili sos life. Ustazah suka gunakan tepung Faiza kerana tiada bahan pemutih pada tepung tersebut berbanding tepung gandum yang lain, tetapi susah mahu mendapatkan tepung ini dan harganya pun agak mahal sedikit.

Ok, Jom cuba resepi ini dan bolehlah disajikan untuk minum petang atau jika tetamu ada bertandang tanpa memberitahu, sepantas kilat boleh kita sediakan juadah ringan ini.

Jemput-jemput rangup tepung Faiza

450 gram tepung gandum Faiza
650ml air
1/2 sudu makan baking powder
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Daun sup
1 biji cili besar merah
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya.
1. Satukan tepung gandum Faiza, baking powder . Gaul sebati dengan senduk.
2. Tumbuk dengan lesung batu atau blender sebentar bawang merah dan putih serta bilis.Jangan terlalu halus.
3.Satukan bahan blender dengan tepung adunan. Potong daun sop dan cili merah ( buang bijinya untuk kesihatan ). Adun sebati dengan air dan siap untuk digoreng.
4. Panaskan minyak dan masak hingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk di nikmati.



450gm tepung gandum Faiza
Satukan kesemua bahan


Siap untuk digoreng.


Bismillah..inilah hasilnya.. rangup

5 ulasan:

  1. Bagus Tepung ni sebab tanpa benzoyl Peroxide...

    BalasPadam
  2. AS salam ustazah, saya pun suka makan jemput2 ni..tapi saya guna tepung gandum biasa je, kalau nak rangup saya bancuh tepung tu dengan air masak sejuk yang saya simpan dalam peti ais, memang jemput2 jadi rangup dan tak liat walaupun dah sejuk..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tips ni mcm buat tpg tempura jepun

      Padam
  3. Ye betul tu.. Macam2 versi ada, yang letak nasi blender pun ada dan sedap juga

    BalasPadam
  4. uishhh sedapnya kak, makan panas2 ni ngan air kopi hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim