Isnin, 2 Jun 2014

 3:28 PTG         33 comments
Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah pihak Lembaga Peperiksaan telah memberikan panduan berkaitan contoh soalan atau instrumen bagi Penilaian Tingkatan 3 atau PT3 bertarikh 30hb Mei 2014. Ustazah telah dimaklumkan oleh SU PBS sekolah berkaitan hal ini. Perkara ini pasti memudahkan guru untuk menyediakan soalan mengikut format yang dikehendaki oleh pihak LPM. Begitu juga untuk ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 yang sentiasa ternanti-nantikan bagaimanakah format PT3 yang sebenar memandangkan sudah terlalu hampir dengan tarikh pelaksanaannya.

Ustazah mahu maklumkan tentu ramai yang kecewa bila klik link di bawah tak dapat buka, Ini kerana terdapat gangguan di Laman Web Lembaga Peperiksaan buat masa ini. Maaf ye sebab ramai yag bertanya kenapa tidak boleh buka, kecuali yang ustazah update 23 Jun tentang muat turun bahan PT3 subjek Sejarah dan Geografi boleh dimuat turun kerana di link ke Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alhamdulillah pada hari ini Selasa, 24 Jun 2014 Pihak KPM telah memberikan link bagi menggantikan link Lembaga Peperiksaan yang tidak boleh dibuka buat sementara waktu. Sila klik

dan
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/KHB_Format_Instrumen_PT3.pdf

Subhanallah Alhamdulillah hari ini pula 25 Jun 2014 pihak LPM telah memberikan alternatif  link berkaitan semua maklumat PT3 di http://apps2.moe.gov.my/lponline bagi menggantikan web LPM yang tidak boleh diakses .Buat sementara waktu ini, layarilah web tersebut.


Format PT3 perlu kita fahami dan dirujuk di sini. Baiklah ,berikut ialah link mengikut subjek :

1. Bahasa Melayu ( ujian bertulis )

2. Bahasa Inggeris ( ujian bertulis)

3. Sejarah

4. Geografi

Update 23 Jun : PENTING ( sila klik link di sini untuk mengetahui tajuk kajian kes mata pelajaran Sejarah dan Geografi yang boleh dimuat turun mulai 23 Jun 2014 hingga 19 Julai 2014 )

5. Bahasa Arab

6. Bahasa Cina

7. Bahasa Tamil

8. Bahasa Iban

9. Bahasa Kadazandusun

10. Pendidikan Islam

11. Matematik

12. Sains

Kemahiran Hidup Bersepadu
         76 - Kemahiran Teknikal
         77 - Ekonomi Rumah Tangga
         78 - Pertanian
         79 - Perdagangan Dan Keusahawanan
Untuk mendapatkan info terkini dan semasa berkaitan PT3 sila lawati web Lembaga Peperiksaan Malaysia.Semoga maklumat ini banyak membantu guru dan pelajar serta ibu bapa.


Sempena bulan Ramadhan ini, Ustazah ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain dengan baik. Bagi yang ingin berbuka puasa di luar bolehlah intai-intai di Buffet Ramadhan Casa Ombak.

33 ulasan:

  1. satu perkongsian yang bermanfaat untuk para pelajar...terima kasih ustazah...

    BalasPadam
  2. Mmg ramai ternanti akan format PT3 ni Farah

    BalasPadam
  3. Terima kasih moga usaha anda akan diberkati

    BalasPadam
  4. terima kasih maklumat ni ustazah, nak masuk satu-satu link ni nanti.

    BalasPadam
  5. Salam...terima kasih atas info..psv napa tiada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Psv dan pjpk termasuk dlm penilaian psikometrik tiada ujian bertulis

      Padam
  6. ustazah..nak tanya knapa klu kita print untuk bahasa arab & pendidikan islam tulisan dia kluar lain mcm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke.. Nanti ustazah cuba bila balik rumah, sekarang di luar kawasan maklum cuti Sekolah lagi

      Padam
    2. menyelit sikit....printer x leh baca jawi...cuba install quran in word..kalau x bleh kena install jawi..wassalam..

      Padam
    3. syukran...terima kasih atas perkongsian...banyak manfaatnya

      Padam
  7. Terima kasih.... Mklmat ni bnyk membantu sya

    BalasPadam
  8. jazakallahu khairan kathiran ya ustazah :) sangat bermanfaat utk pelajar seperti saya. Syukran. Apa2 info pt3 terbaharu ustazah update lah ye? Kongsi ilmu dpt pahala. InsyaAllah ^_^

    BalasPadam
  9. ustajahh ,, skema jawapan ado dok?

    BalasPadam
  10. Terima kasih di atas perkongsian.
    Sharing is caring...

    BalasPadam
  11. Terima kasih. Mmg saaaangat bermanfaat. Skema ada tak, ustazah?

    BalasPadam
  12. jawapan tak ada ke?

    BalasPadam
  13. thk for u sharing,ada contoh lain tak?

    BalasPadam
  14. ummu darwish6/13/2014 1:22 PTG

    Tak boleh bukalah ustazah

    BalasPadam
  15. Oh ye ke, alhamdulillah ustzh cuba ok boleh buka, smg Allah permudahkan.

    Skema jawapan tiada setakat ini, in sha Allah jika ada contoh lain Ustazah akan update, maklum sahajalah kita baru tahu format .

    BalasPadam
  16. Kenapa saya tekan semuanya not found? :(

    BalasPadam
  17. Ya..ustazah dah klik termasuk lembaga peperiksaan memang tidak boleh buka setakat ini..harap kita cuba lagi pasti server ada masalah

    BalasPadam
  18. Terima kasih Farihah atas makluman dan ustazah telah refer pada KPM

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum ustazah. kenapa bile saya klik mata pelajaran yg saya nak tengok tpi tak kluar? kenape ye?

    BalasPadam
  20. Waalaikumsalam .. Buat masa ini memang tidak boleh buka soalan tersebut melalui link tersebut. KPM pun ada maklumkan bahawa ada sedikit masalah di link lembaga peperiksaan, harap bersabar ye. Tetapi link soalan kerja kursus Sejarah dan Geografi yg ustazah update di atas boleh buka.

    BalasPadam
  21. Mohamad Danish7/06/2014 3:30 PTG

    ustazah ...kenape link saye tekan die tulis URL not found??

    BalasPadam
  22. Rahana Hashim7/08/2014 2:05 PTG

    Terima kasih bebanyak Cikgu .

    BalasPadam
  23. thank you teacher

    BalasPadam
  24. THANK YOU SO MUCH TO MY TEACHER

    BalasPadam
  25. maitillimohan8/04/2015 10:59 PG

    saya suka sangat info disini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim