Khamis, 26 Jun 2014

 10:42 PTG         39 comments
Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah Casa Ombak akan mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak di bulan yang dinanti sebagai bulan menggapai rahmat dan merebut maghfirah iaitu Ramadhan Al-Mubarak hampir tiba. Perlu persiapan rohani dan jasmani menjalani ibadah puasa sebagai lambang ketaatan kita kepada Allah SWT.

Salah satu kemeriahan bila tiba Ramadhan ini adalah berkaitan mencari hidangan untuk berbuka puasa. Kadang-kadang menu juadah buka puasa esok  lusa, kita sudah fikir hari ini kan? Apa kata bulan Ramadhan kali ini kita berikan satu kelainan untuk keluarga berbuka di luar dengan suasana yang tenteram, harga makanan berpatutan dan yang paling penting tempat solat  disediakan. Memudahkan kita untuk berjemaah waktu maghrib.

Buffet Ramadhan @ Casa Ombak
Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Ombak Creative ada menyediakan Buffet Ramadhan. Maklumlah bulan puasa mana ada majlis berkaitan perkahwinan diadakan. Sesuai dengan creativenya team  Casa Ombak ini, mereka mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak dan terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan. Manalah tahu bos kita mahu belanja berbuka puasa, jadi moleklah kita cadangkan supaya diadakan di sini atau pun ada individu yang bermurah hati untuk menaja majlis berbuka puasa untuk anak yatim dan asnaf.

Hidangan Klasik dengan harga berpatutan.
Keistimewaan Buffet Ramadhan Casa Ombak.

1. Casa Ombak menyediakan buffet stall terbuka untuk anda memilih pelbagai juadah berbaloi dengan nilai wang yang kita belanjakan.

2. Berkonsep ala garden sambil tenang menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana santai. Ustazah dapat membayangkan berbuka puasa di sini pasti menyeronokkan. Sekurang-kurangya  dapat mengubat rindu berbuka puasa umpama di desa.
 
Meraikan anak yatim

3. Hidangan yang disediakan terdiri daripada masakan kampung yang meriah ditambah dengan pencuci mulut yang pelbagai cita rasa Malaysia.

Hidangan yang menyelerakan  dan teratur

4. Terdapat juga instant cook stall coner. Anak-anak kita mesti suka dan berselera setelah seharian berpuasa untuk berbuka.

5. Harga  amat berpatutan sesuai dengan hidangan yang disediakan.

Harga Buffet Ramadhan

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak ; RM27.00neet ( 5-12 tahun )



Tempahan boleh dibuat untuk individu, berkumpulan dan keluarga atau syarikat. Kepada yang ingin membuat tempahan Buffet Casa Ombak, boleh hubungi dengan segera ditalian :

Call/Whatsaap : Akma Omar 013 2680001
Tel: 03 21818750
Call/Whatsaap: 013 6241417
Call/Whatsaap : 012 6621062
Facebook page : Ombak Creative page
Website : www.OmbakCreatives.com
Lokasi event di atas adalah terletak di Casa Ombak Banglo, No, 22 Jalan Damai off Jalan Ampang.

Lokasi Maps Ombak Creative @ Casa Ombak

Tidak sah rasanya jika Ustazah tidak menerangkan tentang bisnes Casa Ombak ini selain menguruskan Buffet Ramadhan.

Latar belakang Ombak Creative.

Paling membanggakan Ombak Creative adalah sebuah syarikat milik Bumiputera dan di bawah pengurusan Ombak Sdn. Bhd.

Casa Ombak telah berdiri teguh dengan menjalankan event lebih dari sepuluh ( 10 ) tahun. Team Ombak Creative begitu berpengalaman menguruskan event seperti Booth Decoration, majlis pertunangan, BBQ Diner, Birthday Party, menguruskan catering,majlis perkahwinan, majlis koperat dan persedirian.

Pasti anda teruja melihat hasil sentuhan team Ombak Creative dalam menguruskan event yang dikehendaki pelanggan. Sentuhannya tampak kemas, moden dan penuh gaya kreativiti ditambah dengan konsep ala garden yang sukar untuk diperolehi bandar raya.

Perkhidmatan yang ditawarkan.

Booth Decoration

BBQ Diner

Birthday Party

Pelamin

Hiasan Meja & Kerusi

Hantaran
  ( foto kredit : ombakcreatives.com )

Bolehlah sambil berbuka puasa di sini, bagi keluarga yang ingin mengadakan kerja kahwin atau syarikat yang ingin mengadakan sebarang event berbincang dengan managment Casa Ombak serta mendapatkan harga yang berpatutan. Maklumlah bulan Ramadhan ialah bulan yang digalakkan berinfaq, manalah tahu dapat lagi murah daripada harga biasa. Berbaloi bukan?.

Salam Ramadhan daripada Ustazah dan semoga Ramadhan kali ini dapat kita melakukan amal ibadah dengan baik serta memperolehi keampunan daripada Allah SWT.

Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

39 ulasan:

  1. Buffet Ramadhan Casa Ombak menawarkan juadah berbuka puasa yang pastinya menepati citarasa kita semua!
    Makanan tu nampak menyelerakan..beznye klo berbuka kat sana
    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul tu Yumida, semoga Ramadhan ini lebih baik utk kita terus beramal

      Padam
  2. Perkongsian yg meanrik ^____^

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita ada rezeki ye khalid

      Padam
  3. semoga berjaya dalam contest ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen, begitu juga doa ustazah utk Hero

      Padam
  4. Nampak macam menarik saja buffet ni. Boleh cuba kalau ada rezki.

    BalasPadam
  5. Assalam Ustazah...Terima kasih kerana sudi menyertai contest saya in sayang ustazah hehe.. semoga berjaya ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Akma, in sha Allah ada rezekinya dan syg Akma kembali

      Padam
  6. Bestnya jika dapat berbuka di sini.ada tak gambar menu hidangan

    BalasPadam
  7. Ok nanti ustazah update kan ye

    BalasPadam
  8. kalau lah dapat pergi juga kan ke best..fuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weekend bolehlah .. Selamat berpuasa reezluv

      Padam
  9. menarik...sempoi...selamat berjaya

    BalasPadam
  10. insyaAllah boleh berbuka kat sini bila berkesempatan nanti.
    semoga sukses ustazah untuk kontes ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saja mencuba ni Tuan denaihati..ramai yang hebat

      Padam
  11. Memang teringin nak berbuka di Casa Ombak ni, kalau ada Ustazah lagi best..boleh kita berbuka sambil berkenal mesra kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak Hanny mesti banyak yang boleh dibualkan

      Padam
  12. salam ustazah.. bagus entri ni.. moga ustazah berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amen, ramai peserta yang hebat2, ustazah saja meriahkan dan tanda kasih pada adik Akma Omar

      Padam
  13. Buffet Ramadhan Casa Ombak memang berbaloi dicuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat bayangkan betapa banyaknya makanan

      Padam
  14. Salam Ramadhan... semoga mendapat keberkatan dan pahala berganda-ganda. Semoga berjaya dengan contest yang disertai, peluang menang tetap ada untuk semua.

    BalasPadam
  15. En.kamil hebat in sha Allah ada harapan menang

    BalasPadam
  16. persaingan sengit betul untuk conest ni tapi seronok juga baca corak penulisan kawan-kawan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sengat lizz, kita sama meriahkan

      Padam
  17. harga buffet ramadhan di casa ombak berbaloi kan... teringin nak pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la kan..tinggal berapa hari lg

      Padam
  18. wah entry yang sangat menarik..all the best ye..jom ke blog saya pula Buffet Ramadhan Casa Ombak

    BalasPadam
    Balasan
    1. He2.. Biasa je ,ok ustazah singgah blog shahida

      Padam
  19. Kalau saya menetap area KL atau Selangor, nak juga mencuba Buffet Casa Ombak nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustazah pun masih belum kesempatan lg

      Padam
  20. Ramai yang join contest Buffet Ramadhan Casa Ombak . Good luck ya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim