Khamis, 26 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah Casa Ombak akan mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak di bulan yang dinanti sebagai bulan menggapai rahmat dan merebut maghfirah iaitu Ramadhan Al-Mubarak hampir tiba. Perlu persiapan rohani dan jasmani menjalani ibadah puasa sebagai lambang ketaatan kita kepada Allah SWT.

Salah satu kemeriahan bila tiba Ramadhan ini adalah berkaitan mencari hidangan untuk berbuka puasa. Kadang-kadang menu juadah buka puasa esok  lusa, kita sudah fikir hari ini kan? Apa kata bulan Ramadhan kali ini kita berikan satu kelainan untuk keluarga berbuka di luar dengan suasana yang tenteram, harga makanan berpatutan dan yang paling penting tempat solat  disediakan. Memudahkan kita untuk berjemaah waktu maghrib.

Buffet Ramadhan @ Casa Ombak
Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Ombak Creative ada menyediakan Buffet Ramadhan. Maklumlah bulan puasa mana ada majlis berkaitan perkahwinan diadakan. Sesuai dengan creativenya team  Casa Ombak ini, mereka mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak dan terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan. Manalah tahu bos kita mahu belanja berbuka puasa, jadi moleklah kita cadangkan supaya diadakan di sini atau pun ada individu yang bermurah hati untuk menaja majlis berbuka puasa untuk anak yatim dan asnaf.

Hidangan Klasik dengan harga berpatutan.
Keistimewaan Buffet Ramadhan Casa Ombak.

1. Casa Ombak menyediakan buffet stall terbuka untuk anda memilih pelbagai juadah berbaloi dengan nilai wang yang kita belanjakan.

2. Berkonsep ala garden sambil tenang menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana santai. Ustazah dapat membayangkan berbuka puasa di sini pasti menyeronokkan. Sekurang-kurangya  dapat mengubat rindu berbuka puasa umpama di desa.
 
Meraikan anak yatim

3. Hidangan yang disediakan terdiri daripada masakan kampung yang meriah ditambah dengan pencuci mulut yang pelbagai cita rasa Malaysia.

Hidangan yang menyelerakan  dan teratur

4. Terdapat juga instant cook stall coner. Anak-anak kita mesti suka dan berselera setelah seharian berpuasa untuk berbuka.

5. Harga  amat berpatutan sesuai dengan hidangan yang disediakan.

Harga Buffet Ramadhan

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak ; RM27.00neet ( 5-12 tahun )



Tempahan boleh dibuat untuk individu, berkumpulan dan keluarga atau syarikat. Kepada yang ingin membuat tempahan Buffet Casa Ombak, boleh hubungi dengan segera ditalian :

Call/Whatsaap : Akma Omar 013 2680001
Tel: 03 21818750
Call/Whatsaap: 013 6241417
Call/Whatsaap : 012 6621062
Facebook page : Ombak Creative page
Website : www.OmbakCreatives.com
Lokasi event di atas adalah terletak di Casa Ombak Banglo, No, 22 Jalan Damai off Jalan Ampang.

Lokasi Maps Ombak Creative @ Casa Ombak

Tidak sah rasanya jika Ustazah tidak menerangkan tentang bisnes Casa Ombak ini selain menguruskan Buffet Ramadhan.

Latar belakang Ombak Creative.

Paling membanggakan Ombak Creative adalah sebuah syarikat milik Bumiputera dan di bawah pengurusan Ombak Sdn. Bhd.

Casa Ombak telah berdiri teguh dengan menjalankan event lebih dari sepuluh ( 10 ) tahun. Team Ombak Creative begitu berpengalaman menguruskan event seperti Booth Decoration, majlis pertunangan, BBQ Diner, Birthday Party, menguruskan catering,majlis perkahwinan, majlis koperat dan persedirian.

Pasti anda teruja melihat hasil sentuhan team Ombak Creative dalam menguruskan event yang dikehendaki pelanggan. Sentuhannya tampak kemas, moden dan penuh gaya kreativiti ditambah dengan konsep ala garden yang sukar untuk diperolehi bandar raya.

Perkhidmatan yang ditawarkan.

Booth Decoration

BBQ Diner

Birthday Party

Pelamin

Hiasan Meja & Kerusi

Hantaran
  ( foto kredit : ombakcreatives.com )

Bolehlah sambil berbuka puasa di sini, bagi keluarga yang ingin mengadakan kerja kahwin atau syarikat yang ingin mengadakan sebarang event berbincang dengan managment Casa Ombak serta mendapatkan harga yang berpatutan. Maklumlah bulan Ramadhan ialah bulan yang digalakkan berinfaq, manalah tahu dapat lagi murah daripada harga biasa. Berbaloi bukan?.

Salam Ramadhan daripada Ustazah dan semoga Ramadhan kali ini dapat kita melakukan amal ibadah dengan baik serta memperolehi keampunan daripada Allah SWT.

Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
 Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dan terima kasih Nuffnang atas pemberian CPUV Ke 3 daripada IKEA Children. Semarak Ustazah untuk menulis jika berkelapangan. Tahniah untuk blogger yang sentiasa mendapat CPUV berganda seperti sifu Ustazah iaitu ciklaili.com.

He2..tak berani tunjuk sebab ciput je


IKEA-Children


Tahniah juga untuk Nuffnang! yang telah berwajah baru, tampak lebih segar dan kemas.

Rabu, 25 Jun 2014

Bismillah dan Assalamulaikum..

Allahu Akbar dan segala puji bagi Allah yang mentakdirkan sesuatu untuk kita tanpa sia-sia, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat yang diredhai Allah SWT.

Ditakdirkan menjadi ibu berdikari adalah suatu cabaran dan bukan masalah dalam kehidupan seorang wanita. Kita perlu hadapi dan cari jalan untuk menghadapi cabaran yang hebat ini. Pengalaman selama 4 tahun ditinggalkan oleh suami tercinta buat selama-lama yang telah dijemput oleh Allah SWT benar-benar memberikan satu ujian yang mana apabila ditempuh dengan penuh kesabaran dan tanpa keluh kesah menghasilkan satu rasa syukur pada Allah SWT diuji begini.

Alhamdulillah kami bahagia diuji

Antara  3  cabaran sebagai Ibu Berdikari :

1. Fitnah.
Bergantung kepada diri untuk mengelakkan bahana fitnah di tempat kerja,masyarakat atau komuniti. Seandainya kita bijak mengikut panduan syariat etika pergaulan seperti membataskan diri daripada program percampuran antara lelaki dan perempuan. Jika terlibat pun pastikan kita dikelompok wanita dan jaga tingkah laku.Pendek kata pandai membawa diri. Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan keluar oleh lelaki sama ada yang dikenali atau tidak. Begitu juga dengan panggilan telefon daripada kaum adam, pastikan panggilan di waktu yang sesuai dan jangan dilayan jika melibatkan hal yang terlalu peribadi dan melanggar syariat Allah SWT.

Selain itu, faktor pemakaian begitu perlu dititik beratkan. Tidak kira sebagai Ibu berdikari bahkan semua wanita sebelum melangkah keluar rumah pastikan melihat diri di cermin dan tanyakan diri adakah pakaian kita memenuhi syarat seperti yang Allah SWT dan rasul tetapkan. Pakaian ahli syurga atau sebaliknya. Sebagai penanda aras etika berpakaian kita pastikan pakaian yang kita pakai boleh atau tidak untuk dibawa bersolat..jika boleh sahlah pakaian kita berada dipiawaikan yang betul. Jika tidak secara langsung kita secara automatik mengundang fitnah.

Alhamdulillah dengan mengamalkan perkara di atas fitnah dapat dielakkan malah nampak masyarakat lebih menghormati kita berbanding menfitnah atau mengusik. Hidup memang benar selesa dan rasa terpelihara.

2.Kewangan
Semua perbelanjaan yang dahulu ditanggung berdua kini ditanggung sepenuhnya seorang diri. Cukupkah? Bayaran kereta, pinjaman rumah, pembayaran gaji pembantu rumah, pembayaran bil2 dan saraan makanan dan pakaian diri dan anak-anak yang semakin membesar. Kalau dikira dan dicongak memang tidak mencukupi, mahu sahaja kaki melangkah ke Pusat Zakat atau kebajikan masyarakat memandangkan peruntukkan ada bagi golongan yang memerlukan tetapi setakat ini masih mampu juga menanggung segalanya pasti hasil pertolongan daripada Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi.

Alhamdulillah cabaran ini saya atasi dengan cara :

1. Berusaha menggunakan kemampuan dan kebolehan diri dengan menerima tempahan kuih, kek dan roti.

2. Istiqamah atau tetap menunaikan solat dhuha setiap hari.

3. Berbuat baik kepada ibu bapa. Alhamdulillah hingga kini masih tinggal serumah dengan ibu mertua dan dia memang banyak membantu walau kini ibu mertua sudah tidak berdaya berjalan tetapi masih boleh bergerak menggunakan tongkat.

4. Mengamalkan bacaan surah Al- Waqiah setiap malam mengharapkan keredhaan Allah SWT supaya dipelihara rezeki di dunia apatah lagi di akhirat.

5. Mengajak diri dan anak-anak supaya ada amalan bersedekah walau kita tidak berkemampuan dalam nilai yang banyak..kadang-kadang sekadar RM0.20 beri pada setiap 4 orang anak dan minta disampaikan pada rakan-rakannya di sekolah kerana konsep sedekah adalah makin tambah rezeki daripada pelbagai sudut. Selain itu suka kami menanam pokok betik di keliling rumah sebagai makanan untuk burung- burung setiap hari.

6. Percaya, yakin dan tawakkal bahawa soal rezeki adalah urusan Allah SWT dan Allah jamin sesiapa yang bertaqwa akan diberi rezeki tanpa disangka- sangka. Pokoknya adalah takwa kepada Allah berdasarkan surah Al-Tholaq Ayat 2

3.Pendidikan anak-anak.
Cabaran paling membahagiakan kerana peluang untuk mencorakkan anak terletak ditangan kita tanpa percampuran orang kedua di dalam rumah. Kitalah ketua dan pemimpin pada anak- anak. Pendidikan yang diterapkan mestilah berdasarkan ilmu yang kita pelajari selaras dengan Al-Quran dan Al- Sunnah. Pendidikan solat seawal usia 7 tahun .Terkesan di hati akan kebenaran hadis Nabi yang menyatakan agar anak didik solat seawal usia.Kesannya apabila menginjak ke 9 atau 10 tahun anak-anak sudah peka dan ada rasa tanggungjawab , mereka mencintai solat berjemaah dan suka solat di masjid. Terkadang malah mereka yang mengingatkan kita. Teringat anak yang kedua iaitu Hafsah Hafizah,9 tahun tergesa- gesa menerpa ke kereta usai kembali sekolah rendah agama kerana dia belum menunaikan solat asar lagi kerana kainnya terkena tahi burung. Selain itu, hasil solat berjemaah yang Ustazah praktikkan pada anak-anak berjaya mendidik anak sulung Farah Fathehah 10 tahun dan anak kedua untuk menjadi imam siap dengan bacaan doa setelah selesai solat. Ini semua tentu rahmat daripada Allah SWT.

Cabaran pembahagian masa untuk menumpukan membimbing anak-anak ketika membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran adalah cabaran terhebat dalam hidup Ustazah. Ini kerana keterikatan waktu bekerja, kelas pengajian Al-Quran pada anak- anak jiran, memenuhi jemputan kelas pengajian di masjid selain keterlibatan untuk mencari pendapatan sampingan menerima tempahan kek dan kuih kuih sebagai sumber tampungan menyara anak-anak. Sering Ustazah memanjangkan doa agar pendidikan anak-anak dipermudahkan kerana urusan kesibukan Ustazah bukanlah untuk berseronok-seronok tetapi lebih kepada keperluan amal ma'fur kepada masyarakat. Malah Ustazah amat bersyukur kepada Allah SWT setakat ini keputusan peperiksaan anak berlegar antara top five dan sering menerima hadiah setiap hujung tahun.

Apa yang perlu bagi Ibu Berdikari malah para ibu bapa doa adalah sangat perlu dipanjatkan untuk anak-anak semoga anak mudah dilentur, diatur agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu berdikari perlu menunjukkan semangat dan contoh tauladan bagi anak- anak yang sedang membesar. Rasailah nikmat memiliki anak- anak yatim, berpeluang mengusap kepalanya setiap hari yang mana pahalanya yang kita perolehi sebanyak mana helaian rambut yang terdapat di kepala mereka.

Ustazah sentiasa berdoa bagi wanita yang menerima ujian sebagai ibu tunggal sentiasa tabah dan berusaha mengorak langkah untuk mengurus diri dan anak-anak. Allah mahu kita bergantung hidup kepada Nya dan yakinilah ayat 5 surah Al-Fatehah yang bermaksud " Hanya kepada Mu yang kami Sembah dan kepada Mu kami mohon pertolongan".

Isnin, 23 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah, masa begitu pantas berlalu dan tarikh 1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014 merupakan tarikh yang ditetapkan untuk kajian kes Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3 ) bagi Mata Pelajaran Sejarah dan Geografi 2014. Oleh yang demikian diharap guru mata pelajaran tersebut bolehlah memuat turun  bahan kajian kes beserta memahami setiap arahan yang diberikan. Sila rujuk pada link berikut mulai 23 Jun 2014 hingga 19 Julai 2014 :

Mata Pelajaran Geografi



Mata Pelajaran Sejarah



Ustazah berharap setiap murid meneliti dengan baik setiap arahan yang diberikan dengan menghasilkan kajian kes yang berkualiti. Peluang untuk mendapat gred A begitu cerah kerana perbincangan, rujukan dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak boleh diperolehi. Jangan meniru hasil karya seseorang dan pastikan setiap  sumber ditulis sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh gagal atau diberikan gred F. Sila baca arahan murid dengan jelas.

Selain itu, bolehlah rujuk contoh soalan dan intrumen PT3 bagi semua mata pelajaran di sini. Buat sementara ini laman web Lembaga Peperiksaan tidak boleh dibuka.

Ustazah juga doakan semoga Allah permudahkan tugasan guru dan murid sekalian serta dapat menyelesaikan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan. Selamat menjawab dan semoga kejayaan menjadi milik kita..Ameen.


Jumaat, 20 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada hari ini tinggal 9 hari lagi kita akan menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pada tahun ini mungkin cabaran kita hebat untuk menjalani ibadah berpuasa di mana cuaca amat panas dan kering. Sesuailah dengan makna Ramadhan. Inilah jihad kita dalam melaksanakan Rukun Islam yang ketiga.



Pihak JAKIM telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M seperti berikut :

1.   Negeri Sabah



4.   Negeri Johor












Cabaran Ustazah ialah untuk mengajar anak yang berusia 8 tahun dan 6 tahun untuk  berpuasa. Apatah lagi memang mereka berdua ini tidak tahan lapar. In sha Allah kita usaha memberikan motivasi tentang faedah dan fadhilat berpuasa serta memberikan makanan  berkhasiat yang mampu membekalkan tenaga seharian. Pohon pada Allah agar mereka diberi kekuatan. 

Barakallahu fiekum dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa serta Perbanyakan Amalan.

Khamis, 19 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

http://web.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=353:pentaksiran-berasaskan-sekolah&catid=19:banner

Alhamdulillah selepas KPM mengumumkan penambahbaikan sistem PBS pada April lalu, pihak Lembaga Peperiksaan telah memberikan panduan yang seragam berkaitan cara untuk merekod perkembangan pembelajaran murid PBS Tahun 1 hingga 3 dan Tingkatan 1 hingga 3. Modul ini amat baik kerana selama ini, pihak sekolah berbeza-beza dalam merekod pencapaian murid. Baiklah untuk memudahkan guru-guru dalam merekod gerak kerja PBS anak murid masing-masing Ustazah berikan link mengikut tahun bagi sekolah rendah dan tingkatan bagi sekolah menengah ;

Sekolah Rendah 




Sekolah Menengah




Pendidkan Khas Sekolah Rendah




Semoga perkongsian ini dapat memudahkan guru-guru untuk merekod perkembangan pembelajaran murid mengikut mata pelajaran yang di ajar.




Update 20 Jun : Untuk makluman Laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia dan link di atas buat masa kini tidak boleh di buka dan Ustazah telah membuat laporan ke Kementerian Pelajaran atas masalah ini.

Ahad, 15 Jun 2014

Bismillah dan Assaalamualaikum


Alhamdulillah kita masih mempunyai seorang ayah dan wajarlah kita menghargai serta mendoakan yang terbaik buat mereka.


Subhanallah .. Selamat Hari Bapa utk semua yg bergelar bapa, semoga jasa seorang bapa akan mendapat ganjaran terhebat drpd Allah SWT..  


Saya merahsiakan pada anak2 yg hari ini adalah hari bapa .. Tetapi mereka tahu juga, saya lihat kertas apa yang dipeluk ketika ia sedang tidur.. Rupa2 sekeping kad hari bapa.. Gugur juga air mata.



Tabahlah wahai anak-anak.. Allah SWT mahu kita menjadi seorang yang sabar dan bergantung hidup dengan Allah semata-mata.


Peluang menjadi anak soleh dengan mendoakan ayah selalu semoga dikurniakan keampunan dan tergolong dikalangan orang2 yang beriman..


In sha Allah esok selepas pulang dari Sekolah kita singgah ke pusara ayah sebagai tanda ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan..


Al- Fathehah untuk arwah suami dan seluruh muslimin dan muslimat ..



Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah PT3 akan bermula mulai 1 Julai ini kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini bermakna tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk anak-anak kita menghadapinya. PT3 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut mata pelajaran dan kaedah. Berikut adalah tarikh pelaksanaan mengikut mata pelajaran :

1 hingga 18 Julai
Kajian kes subjek Sejarah dan Geografi

6 hingga 29 Ogos
Kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

12 hingga 17 Oktober
Ujian bertulis untuk semua subjek.

ATAU layari link : JADUAL0PT32014.pdf


Muhyiddin juga berkata, seramai 63,000 guru tingkatan 3 telah pun diberi latihan sewajarnya dan pihak sekolah akan diberi bantuan daripada LPM yang akan menyediakan 'tabung soalan' untuk dipilih oleh guru Sekolah bagi menguji kecekapan pelajar.

Semoga PT3 dapat dilaksanakan dengan baik dan guru serta pelajar dapat bersedia dalam tempoh masa yang amat singkat ini.

Jumaat, 13 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah dan salam hari Jumaat, semoga kita mendapat kerahmatan dan keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan rezeki  yang baik.

           Smg kekal hingga ke syurga

Terima kasih pada Cik Ida Dayana yang menempah kek untuk sepupunya yang akan bertunang pada 14.6. 2014. Begitu juga dengan anak saudara Ustazah yang bernama Khairunnisa , in sha Allah ustazah akan menghadiri majlis tersebut di Negeri Sembilan Kg Gagu Jelebu. Jauh juga ni jika di kira daripada Sabak Bernam.  

                  Tahniah Kak Yani

Ok jom layan sekejap tempahan kek yang sudah Ustazah siapkan.

        Gambar di atas ialah mini cheese        meleleh.

 
              1/2kg kek cheese meleleh

         Cup cake coklat moist & cheese    
        Biskut German & Red Velvet 


Jazakillahu khairan kathira .. Lain kali tempah lagi ye.

Khamis, 12 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah pada tahun ini berkesempatan mengikuti rombongan Sekolah ke PBAKL 2014 sekitar penghujung April yang lalu. 2 buah bas telah kami tempah dan bertolak pada jam 8.00 pagi dengan disertai 80 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber dan ahli Kelab Pengguna diiringi 8 orang guru pengiring.


Mengenang kembali seronoknya ke Pesta buku kali ini kerana dapat bertemu dengan novelis kesukaan anak ustazah iaitu Ain Maisarah. Sempat juga anak bergambar dengan beliau dan membeli satu set buku blink berharga RM150, sementara itu ustazah berbual dengan suami Ain Maisarah Encik Syaizul Akmal tentang Prof. Kamil Ibrahim yang dijangka akan tiba daripada Madinah ke Pesta Buku kali ini. Tiada rezeki untuk berjumpa  dengan beliau kerana pada sebelah petang kami akan bertolak pulang ke Sungai Besar.
 
Ustazah sedih kerana pada masa ini kesihatan Ain Maisarah kurang sihat selepas PBAKL dan kini berada di hospital sehingga percutian ke Jepun telah diganti oleh ibu dn adiknya. Ustazah doakan semoga Ain cepat sembuh dan semoga Allah memberi ganjaran kebaikan atas kesukaran yang dihadapi. 


Selain itu, ustazah juga sempat bertemu dengan tokoh ilmuan Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed, memang tenang mendengar tazkirah beliau tentang buku Nabi Muhammad terbitan terbaru Telaga Biru. Buku tersebut ditanda tangan oleh beliau dan sempat juga beliau berpesan agar ustazah boleh menulis buku dan dihantar untuk diterbitkan melalui Telaga Biru Sdn Bhd. Terasa kerdil pula dan ilmu sangat cetek.



In sha Allah tahun hadapan cuba juga ke PBAKL 2015, semoga boleh bertemu dengan para penulis dan para ilmuan.















Selasa, 10 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah malam tadi selesai majlis kenduri arwah untuk suami. Penat memang begitu terasa, anak-anak selepas solat subuh pun sambung tidur lagi. Apabila mengurus kenduri, memang beginilah penat mengemas dan memasak tapi bahagia dan seronok apabila ramai keluarga datang dan jiran tetangga berkumpul memeriahkan majlis.

Jazakallahu khairan kathira pada tetamu yang hadir, rasa terharu walau arwah suami tiada mereka tidak kisah ( jemaah lelaki ) daripada surau dan masjid sudi hadir. Penuh seluruh ruang rumah hingga ke beranda. In sha Allah bila rumah mereka kenduri pula Ustazah akan hadir juga walau diadakan selepas waktu solat isyak.


Bila mengemas periuk belanga, teringat pula langsung tidak menjamah sayur umbut kelapa dan ikan keli masak kencur. Begitu juga dengan hidangan nasi ambeng. Semalam seperti tidak teringin, tetapi bila teringat macam menyesal pula tidak makan.

Alhamdulillah seorang sahabat karib sekolah menengah Hani Hassan, sudi datang pada sebelah petang. Sempat juga merakam video untuk group whatApps.

Apa yang pentingnya dengan majlis ini, doa dan sedekah yang diniatkan untuk arwah suami sampai kepada Allahyarham Saiful Bahari Bin Abdullah yang telah 4 tahun 4 bulan meninggalkan kami sekeluarga. In sha Allah setiap hari kami sekeluarga akan mengirimkan doa dan bacaan Yasin sebagai tanda ingatan dan kasih sayang sentiasa bersemi disanubari.








Jumaat, 6 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini menerima tempahan dari seorang sahabat lama yang kini tinggal di Johor. Sempena beliau pulang ke kampung sempat menempahkan kek hari jadi untuk anak kembar terunanya. Siap berpesan jangan letak decoration berbunga-bunga lagi.



Kali ini berbeza resepi dengan resepi sebelum ini, teksturnya kek ini amat lembut dan apa yang menyeronokkan keknya rata sahaja setelah masak. Ketika baru di angkat keknya agak tinggi tetapi setelah seketika turun sedikit tanpa sebarang mendap. Alhamdulillah amat berpuas hati dengan hasil dan rasanya.

Jom, ustazah kongsikan resepi kek yang simple ini .
Kek Coklat Moist

Bahan  kek :

240 gm tepung gandum
240 gm gula kastor
60 gm Serbuk koko
250 minyak masak
4 biji telur gred b
250 air panas
1 tin susu pekat manis
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Caranya:

- Pukul gula dan telur hingga gebu dan ringan.
- Masukkan air, minyak masak dan susu pekat manis, gaul sebati.
- Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul seketika hingga sebati dan oleskan loyang 11 inci dengan planta dan tepung. Masukkan adunan dan tutupkan dengan alumunium foil.
- Kukus hingga masak sekitar 1 jam suku.


Bahan Topping :

150gm wip cream
200gm coklat masakan
1 sudu makan planta

Caranya : Satukan kesemua bahan dan masak secara double boiler.

Setelah kek sejuk bolehlah letakkan topping di atasnya. Jika mahu dibelah tengah pun boleh tetapi perlu berhati2 kerana kek ini sangat lembut dan letakkan topping dan lapiskan. Emm.. Semakin terlajak  moistnya nanti, pasti bestkan. Kek ini akan menghasilkan berat 1.5kg dan sesuai menggunakan loyang 11 inci. Apabila di letakkan topping akan bertambah beratnya menjadi 2kg+ siap dengan aksesori.

Selamat mencuba ye dan sebarkanlah pada orang lain resepi ini jika ada yang bertanya, semoga Ianya menjadi satu Jariah ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan kita di akhirat nanti.




Khamis, 5 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah keputusan peperiksaan Matrikulasi boleh di semak mulai 5 Jun 2014 hinnga 30 Jun 2014. untuk semakan sila klik link di bawah :


Seterusnya bolehlah membuat permohonan ke UPU fasa 2 yang akan ditutup permohanan pada 9 Jun 2014. Ustazah ucapkan tahniah dan selamat  menuntut ilmu lagi, Semoga cemerlang akademik dan juga sahsiah.

Barakallahuli wa alakum..




Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur pada Allah swt jika kita melihat sahabat, keluarga atau orang yang kita kenali sentiasa bahagia sama ada memperolehi rezeki, rumah baru, rumahtangga bahagia dan pelbagai lagi nikmat yang Allah swt kurniakan.

Kali ini, Ustazah ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-8 buat google.+SyuhadaBaharudin. Ketika ini beliau sedang berada di Bali untuk meraikan hari indah ini. Ustazah doakan semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia, sentiasa dirahmati Allah swt, anak-anak yang soleh solehah serta bahagia hingga ke syurga.

Sempana itu, beliau bermurah hati utuk mengadakan Giveaway Tunai RM500. Wah! semakin murahlah   rezeki beliau nampaknya dengan segmen ini. Apa tidaknya, setiap satu kebaikan yang kita buat pasti akan digandakan menjadi 10 kebaikan oleh Allah swt.

http://syuhadabaharudin.com/2014/06/03/giveaway-tunai-rm500-syuhadabaharudin-com-2/
Klik Banner Ini Untuk Menyertai

Segmen ini bermula daripada 3 Jun 2014 hingga 30 Jun 2014. Untuk mengetahui hadiah dan syarat menyertainya sila ke syuhadabaharudin.com. Tujuan Ustazah menyertai segmen ini adalah dengan asbab silaturrahim dan sebagai tanda sokongan blogger. Jika ada rezeki in sha Allah kita boleh berjumpa dan bercerita tentang pelbagai isu yang menarik.

Barakallahu li wa lakum..

Isnin, 2 Jun 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah pihak Lembaga Peperiksaan telah memberikan panduan berkaitan contoh soalan atau instrumen bagi Penilaian Tingkatan 3 atau PT3 bertarikh 30hb Mei 2014. Ustazah telah dimaklumkan oleh SU PBS sekolah berkaitan hal ini. Perkara ini pasti memudahkan guru untuk menyediakan soalan mengikut format yang dikehendaki oleh pihak LPM. Begitu juga untuk ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 yang sentiasa ternanti-nantikan bagaimanakah format PT3 yang sebenar memandangkan sudah terlalu hampir dengan tarikh pelaksanaannya.

Ustazah mahu maklumkan tentu ramai yang kecewa bila klik link di bawah tak dapat buka, Ini kerana terdapat gangguan di Laman Web Lembaga Peperiksaan buat masa ini. Maaf ye sebab ramai yag bertanya kenapa tidak boleh buka, kecuali yang ustazah update 23 Jun tentang muat turun bahan PT3 subjek Sejarah dan Geografi boleh dimuat turun kerana di link ke Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alhamdulillah pada hari ini Selasa, 24 Jun 2014 Pihak KPM telah memberikan link bagi menggantikan link Lembaga Peperiksaan yang tidak boleh dibuka buat sementara waktu. Sila klik

dan
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/KHB_Format_Instrumen_PT3.pdf

Subhanallah Alhamdulillah hari ini pula 25 Jun 2014 pihak LPM telah memberikan alternatif  link berkaitan semua maklumat PT3 di http://apps2.moe.gov.my/lponline bagi menggantikan web LPM yang tidak boleh diakses .Buat sementara waktu ini, layarilah web tersebut.


Format PT3 perlu kita fahami dan dirujuk di sini. Baiklah ,berikut ialah link mengikut subjek :

1. Bahasa Melayu ( ujian bertulis )

2. Bahasa Inggeris ( ujian bertulis)

3. Sejarah

4. Geografi

Update 23 Jun : PENTING ( sila klik link di sini untuk mengetahui tajuk kajian kes mata pelajaran Sejarah dan Geografi yang boleh dimuat turun mulai 23 Jun 2014 hingga 19 Julai 2014 )

5. Bahasa Arab

6. Bahasa Cina

7. Bahasa Tamil

8. Bahasa Iban

9. Bahasa Kadazandusun

10. Pendidikan Islam

11. Matematik

12. Sains

Kemahiran Hidup Bersepadu
         76 - Kemahiran Teknikal
         77 - Ekonomi Rumah Tangga
         78 - Pertanian
         79 - Perdagangan Dan Keusahawanan
Untuk mendapatkan info terkini dan semasa berkaitan PT3 sila lawati web Lembaga Peperiksaan Malaysia.Semoga maklumat ini banyak membantu guru dan pelajar serta ibu bapa.


Sempena bulan Ramadhan ini, Ustazah ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain dengan baik. Bagi yang ingin berbuka puasa di luar bolehlah intai-intai di Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Ahad, 1 Jun 2014

Bismillah dan assalmualaikum

Alhamdulillah cuti sekolah kali ini pasti ramai guru yang sedang menanda kertas soalan. Termasuklah Ustazah. Sementara rehat ,apabila ternampak segmen ini memalui blog cikgu Ita terus rasa nak turut serta. Sebenarnya Ustazah ini jarang ikuti segmen begini, tetapi hari ini tergerak pula nak joint dan memberi sokongan pada adik Ayu Insyirah

http://www.ayuinsyirah.my/2014/05/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html
Klik banner ini untuk sertai segmen ini.

Segmen ini akan berakhir  pada hari 7 Jun 2014 jam 11.00. Semoga silaturraharim akan bertaut in sha Allah.

Barakallahuli walakum
Bismillah dan Assalamaualaikum

Alhamdulillah hari ini cuma bersarapan Jemput- jemput Rangup Tepung Faiza. Suka buat sarapan ini apabila rindu sangat dengan emak Ustazah, inilah sarapan yang beliau kerap buat zaman sekolah rendah dan kudapan minum petang.

Tepungnya halus
Anak pula sempat memperli Ustazah, hai! Jemput- jemput pun emak nak buat entri. Ustazah jawab " mestilah, biar anak-anak mak mudah nak buat dengan sukatan air yang betul dan tak ragu jika emak sudah tiada nanti". Anak membalas " emm ,, janganlah cakap macam tu kami nak mak panjang umur". He2.. Sekadar berlawak pada mereka tetapi sebenarnya mahu kongsi ilmu yang mudah-mudah untuk mereka yang masih kecil ini untuk tidak kekok di dapur.

Jemput-jemput ini rasanya rangup dan lembut serta sedap di makan dengan cili sos life. Ustazah suka gunakan tepung Faiza kerana tiada bahan pemutih pada tepung tersebut berbanding tepung gandum yang lain, tetapi susah mahu mendapatkan tepung ini dan harganya pun agak mahal sedikit.

Ok, Jom cuba resepi ini dan bolehlah disajikan untuk minum petang atau jika tetamu ada bertandang tanpa memberitahu, sepantas kilat boleh kita sediakan juadah ringan ini.

Jemput-jemput rangup tepung Faiza

450 gram tepung gandum Faiza
650ml air
1/2 sudu makan baking powder
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Daun sup
1 biji cili besar merah
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya.
1. Satukan tepung gandum Faiza, baking powder . Gaul sebati dengan senduk.
2. Tumbuk dengan lesung batu atau blender sebentar bawang merah dan putih serta bilis.Jangan terlalu halus.
3.Satukan bahan blender dengan tepung adunan. Potong daun sop dan cili merah ( buang bijinya untuk kesihatan ). Adun sebati dengan air dan siap untuk digoreng.
4. Panaskan minyak dan masak hingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk di nikmati.



450gm tepung gandum Faiza
Satukan kesemua bahan


Siap untuk digoreng.


Bismillah..inilah hasilnya.. rangup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim