Isnin, 19 Mei 2014

 12:04 PTG         9 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini berjaya menghasilkan kek Red Velvet yang sedap dan hasil yang memuaskan berbanding sebelum ini. Maklumlah sumber resepi adalah pelbagai jadi kena rajin cuba dan buat perbandingan.

Baiklah, resepi kali ini amat mudah dan keknya memang lembut dan moist pula. Jika kita perhatikan setiap penghasilan kek pasti rasanya amat manis, jadi kita perlu bijak mengurangkan kadar gula tersebut agar tidak memudaratkan kesihatan, tetapi jika kurang manis kadar ketahanan kek adalah berkurangan. Bagi hal tersebut, jika tidak habis makan simpanlah di dalam peti sejuk.

Ramai yang mahukan resepi ini  jadi apa lagi ,Jom kita kongsi resepi kek ini.

Bahan-bahannya:

360gm tepung naik sendiri
360gm gula kastor( ustazah guna 340gm sahaja)
250 mentega 
250ml susu segar & tambahkan 2 sudu makan cuka masakan( biarkan selama 10 minit)
4 biji telur
4 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan pewarna merah 
1 sudu teh garam 
1 sudu teh cuka makan

Caranya 
1. Pukul mentega dengan gula hingga lembut dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul hingga lembut dan gebu.
3. Tepung hendaklah diayak dengan serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan.
4. Sambil pukul secara perlahan masukkan susu segar, perwarn merah, garam dan  cuka makan. Pukul hingga sebati.
5. Oleskan loyang dengan planta dan tepung serta dilapik dengan kertas kek supaya mudah untuk mengeluarkan daripada loyang.
6. Suhu kepanasan ketuhar adalah 180 darjah.
7. Bakar sehingga masak dan boleh dihias mengikut citarasa.

Sebenarnya, bahan susu segar adalah menggantikan buttermilk yang sukar didapati di tempat Ustazah. Kek yang dihasilkan kali ini cukup cantik hasil bakarannya di mana tidaklah membonjol di tengah dengan tingginya. Maklumlah jika membonjol kita perlu potong dan buang, amat membazir. So ini adalah resepi terbaik untuk menghasilkan kek ini.

Sekian untuk perkongsian resepi kali ini.. Barakallahu lana wa lakum..












9 ulasan:

  1. itu yang bestnya buat sendiri, boleh kawal gula. tak puas takde gambar kek lah ustazah...heeee

    BalasPadam
  2. saya nak tengok gambar juga sebenarnya!

    BalasPadam
  3. sangat menyelerakan. tq for info

    BalasPadam
  4. owh kalau saya, saya guna buttermilk.tp kalau xde butter milk, yoghurt + cuka pun bole juga.

    BalasPadam
  5. nak mintak izin nak ambik resepi ni ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok ambillah, semoga perkongsian ini amat bermanfaat utk kita

      Padam
  6. Salam....saya nak tanya adunan kek pakai loyang saiz berapa ye?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim