Khamis, 22 Mei 2014

 2:54 PTG         5 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah atas segala nikmat dan selawat serta salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat yang diredhai Allah SWT.

Sibuk melayan pelajar di koperasi tiba-tiba seorang pelajar menghulurkan sekeping sampul surat tertera nama Ustazah. Ingatkan kad jemputan kahwin rupa-rupanya kad ucapan selamat hari guru. Kawan di sebelah Ustazah pun dapat juga tetapi yang membuatkan beliau cemburu kerana ada gambar comel Ustazah memakai topi sedangkan pada kad beliau tiada. He he .. Mesti anak murid ini ambil daripada galeri FB Ustazah.

Nama anak murid Ustazah yang memberi kad ucapan itu ialah Safura dan amat kasihan pada dia kerana ada mengalami sakit yang kerap pengsan di sekolah. Boleh katan setiap minggu pasti ambulans akan datang ke sekolah untuk menghantarnya ke hospital. Check up telah dilakukan dan tiada sebarang masalah, bapanya menyatakan tidak lama lagi akan ke hospital untuk scan bahagian kepala. Ustazah doakanlah semoga ia terus sihat dan sembuh daripada penyakitnya yang tidak diketahui laginya statusnya.

Selain itu, atas meja pula terdapat satu kotak hadiah lagi dan di dalamnya ada sebuah mug tertera nama ahli Parlimen Sabak Bernam Tuan Hj Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh. Oh! Alhamdulillah dan jazakallahu khairan kathira atas ingatan dan kiriman hadiah ini.

Sebenarnya, kami guru-guru amat berterima kasih atas segala pemberian daripada pelbagai pihak dan amat mengharapkan apa yang kami ajar dan curahkan kepada anak murid dapat membentuk diri mereka daripada segi akademik dan sahsiah yang unggul bahagia dunia akhirat.
Kami cuba sedaya upaya mengajar dan mendidik semata-mata kerana Allah SWT...

Barakallahu li wa lakum

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah rezeki ustazah, saya tumpang gembira untuk ustazah...

    BalasPadam
  2. ewahhh seronoknya kan ustazah, taniah ustazah! jasa seorang guru memang tak ternilai. ^^

    BalasPadam
  3. alhamdulillah tahniah kak, kasihan mendengar cerita pelajar ini, semoga Allah sentiasa memberkati hidupnya ameen

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah rezeki... :)

    Comel la ustazah pakai topi tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim