Jumaat, 30 Mei 2014

 10:51 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah makin seronok pula berblog sekarang. Thank You Nuffnang kerana akhirnya memberi juga pada blog kerdil ini CPUV pertama Oreo Better Together dan kedua DiGi - WWWOW 2014 setelah hampir setahun setengah berblog . CPUV yang pertama hanya tahan beberapa hari sahaja. Maklumlah traffic pun biasa-biasa sahaja itulah agaknya tidak bertahan lama. Selang beberapa hari masuk pula CPUV kedua. Cash out pun sudah boleh jika mahu, tetapi biar dahululah.

Memang benar kata- kata blogger yang sudah berpengalaman bahawa kita perlu banyak bersabar dan berusaha dalam arena blog ini. Ustazah hanya santai- santai sahaja dengan blog ini untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan silaturrahim, semoga apa yang kita lakukan ini memberi manfaat pada diri dan orang lain untuk bekalan kehidupan dunia malah di akhirat sana.

Baiklah kita sama-sama berusaha dalam menyebarkan ilmu melalui blog ini. Catatkanlah yang baik kerana semua ada penilaiannya. In Sha Allah akan terus belajar lagi dalam arena blogging ini.

2 ulasan:

  1. Waaahh.. baru dapat dah boleh cash out..hebatla Ustazah!..Semoga dimurahkan lagi rezeki dalam berblogging :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki ustazah dari Nuffnang ni. Tahniah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim