Selasa, 20 Mei 2014

 12:50 PG         8 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah, ustazah bersyukur sangat dengan menulis blog banyak perkara yang boleh kita kongsi pada para pembaca. Kali ini, Ustazah mendapat soalan daripada group whatsapp yang mahukan ayat Al-Quran untuk mudahkan urusan temuduga. Maafkan ustazah lambat menjawab kerana rutin harian yang sibuk apatah lagi anak2 ketika ini perlu ditemankan untuk mengulangkaji kerana peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan disamping menyiapkan tempahan kek.

Baiklah, Satu amalan ringkas ketika keluar rumah setiap hari agar urusan kita dipermudahkan amalkan doa ini :

" Li redhaAllah.. Subhanaka inni kuntu minazhalimin.." < untuk menuntut keredhaan Allah..Maha Suci Engkau( Allah )sungguh aku ini orang-orang yang zalim>

Doa di atas ustazah perolehi daripada pensyarah semasa di Maktab dan katanya guru pondoknya mengamanahkan agar doa tersebut diamalkan setiap hari semasa keluar rumah. Fadhilatnya semoga kita niatkan segala perbuatan kita pada hari tersebut semata-mata mengharapkan redha Allah SWT dan kita mengiktiraf Allah SWT Maha Suci dan kita mengakui yang diri kita ini memang kerap berbuat kezaliman. Setelah diamalkan akan memberi kesan urusan kita sentiasa mudah, orang yang mendengar hujah atau pendapat kita sentiasa bersetuju dengan idea yang diutarakan. Ustazah memang amalkan ayat di atas dan Subhanallah memang berkesan.

Selepas itu, jika kita mahu menghadiri temuduga perbanyakkan membaca ayat daripada surah Ali-Imran ayat 173 bermula daripada " Hasbunallah wa ni'mal wakil "..ulang banyak kali, ayat ini merupakan satu penyerahan malah kepercayaan tauhid kita pada Allah SWT yang Maha Membantu urusan kita..harapan agar penemuduga kita berhati lembut dan boleh menerima jawapan kita. Bukankah hati mereka Allah yang jaga jadi kita pohon dan serahkan pada Allah SWT. Yakinlah seyakin yakinnya.

Pendek dan mudah dihafaz ayat tersebut.

Satu kisah, terjadi pada diri Ustazah yang perlu menghadiri temuduga perlantikan sebagai guru tetap di SPP Putrajaya. Entah mengapa, nama Ustazah lewat sungguh untuk ditemuduga so nama kawan sahaja yang naik. Maka sibuklah Ustazah mengkhabarkan pada mereka tentang tarikh dan masa temuduga. Tup tup bila nama Ustazah naik, ustazah tidak semak pun maka tidak tahulah akan temuduga tersebut. Seperti biasa pergi sekolah dan ketika jam 8.00'pagi, pegawai SPP telefon dan menyatakan sepatutnya Ustazah sudah berada di SPP Putrajaya untuk ditemuduga..Masya Allah..bagaimana ini? Daripada Sabak Bernam ke Putrajaya memakan masa 3 jam lebih kurang..menangis memang menangis..

Syukur alhamdulillah segala dokumen telah Ustazah sediakan sebab sudah tahu memang bila-bila masa sahaja akan ditemuduga dan alhamdulillah juga diberi tempoh untuk sampai ke Putrajaya sebelum pukul 12.00 tengahari. Memandu laju dan cuba bertenang dengan membaca ayat di atas tidak putus-putus. Akhirnya sampai juga sebelum pukul 12.00 walau tidak tahu selok belok Putrajaya dan bangunan SPP, hanya berpandukan alamat dan pasti daripada bantuan Allah SWT.

Ketika mahu ditemuduga oleh 2 panel seorang berpangkat Dato', Ustazah lupa siapa namanya dan seorang lagi adalah guru cemerlang daripada Johor..mereka tersenyum dan katanya tidak perlulah tanya soalan yang berat sebab mesti kurang bersedia kerana tidak tahu pun hari ini akan ditemuduga. Mereka juga menyatakan inilah kali pertama mereka menunggu orang yang hendak ditemuduga berbanding selalunya calonlah yang menunggu mereka.

Tidak sudah- sudah Ustazah ucapkan terima kasih atas jasa baik mereka kerana sudi menunggu daripada awal pagi sedangkan calon yang mahu ditemuduga adalah 2 orang sahaja. Amat bersyukur pada Allah SWT kerana urusan telah dipermudahkan dan lulus juga dalam temuduga tersebut.

Selain itu, janganlah lupa untuk bersolat hajat, minta doa ibu bapa dan rakan sejawat agar mudah urusan kita bertemuduga.

Baiklah Ustazah sudah mengantuk , mahu membaca surah mulk sebelum tidur ..semoga Allah mudahkan segala urusan kita selalu dan menjadi harapan Ustazah agar entri ini dapat membantu sesiapa yang ingin menghadiri temuduga.

Barakallahu li wa lakum ..


8 ulasan:

  1. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian kak. Anim dulu2 masa diinterbiu tak putus selawat. Nak baca doa lain2 tak fasih lagi huhu.

    Tapi, alhamdulillah rezeki Allah Taala bagi, akhirnya anim dapat job tu :)).

    BalasPadam
  2. masa inteview macam-macam boleh jadi bila ngelabah. mudahan perkongsiaanya sama-sama dapat manfaatnya.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah dipermudahkan urusan oleh Allah, surah Al mulk tu memang diamalkan baca selepas solat maghrib sejak tingkatan 1 lagi, mmg byk fadhilatnya, terima kasih atas perkongsian ini kak

    BalasPadam
  4. Tq ustazah bagi ayat-ayat ni. Tau, tapi jarang amalkan sebab tak ingat... huhuhu.. Semoga akan ingat selalu :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih kongsikan..leh amalkan nanti..

    BalasPadam
  6. 16hb ni saya akan mnghdiri tmudga kerajaan, smoga allah pmudhkan rezeki saya, terima aksih ustzah atas perkongsian ilmu.. in shaa allah sy akn amalkan.
    _im-shah_

    BalasPadam
  7. Tahniah dan ustazah doakan semoga urusan im dipermudahkan Allah SWT ..lancar temuduganya an memperolehi keputusan yg baik

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim