Jumaat, 30 Mei 2014

 12:56 PTG         1 comment
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah time cuti sekolah ini dapatlah Ustazah masak tengahari untuk anak-anak dan ibu mertua. Menu hari ini mudah sahaja , sayur rebus bayam dan ayam goreng berempah kari..emm sedapnya walau ringkas.

Ayam goreng rempah kari ini amat mudah disediakan dan rasanya berlainan jika dibandingkan ayam goreng berkunyit sahaja. Ada rasa spice dan aromanya sungguh menyelerakan . Bagi yang baru berjinak-jinak mahu belajar masak macam anak Ustazah boleh ikut resepi yang amat simple dan mudah ini. Anak-anak pun amat suka, belum time makan sudah dimakan begitu sahaja.

Ayam Goreng Berempah Kari Ikan & Udang Baba's

1/2 ekor ayam dipotong sederhana
2 sudu makan rempah kari ikan dan udang Baba's
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa

- Gaulkan semua bahan di atas dan perap seketika barulah digoreng dengan minyak yang panas. Kecilkan sedikit api kerana jika terlalu besar akan mengakibatkan kelihatan hagus ayam tu nanti.

Mudahkan, selamat mencuba.

Barakallahu li wa lakum.i

1 ulasan:

  1. salam jumaat ustazah... wah sedap ni boleh cuba, farah juga pernah buat ayam goreng kari tapi versi lain sikit ustazah...boleh tengok di sini kalau sudi...

    http://www.bubblynotes.com/2013/09/ayam-goreng-kari.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim