Khamis, 15 Mei 2014

 8:55 PG         1 comment
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat yang diredhai Allah SWT.

Bagaimana saudara saudari hari ini, semoga bahagia, sihat dan sentiasa berusaha membuat kebaikan untuk kebaikan bersama semata-mata kerana Allah SWT .

Sambil mengawas peperiksaan Ustazah membaca Majalah Solusi dan fokus utamanya adalah berkaitan kezaliman. Apa yang menarik perhatian Ustazah adalah berkaitan 10 golongan yang menzalimi dirinya sendiri. Sungguh ayatnya pendek tetapi mampu menyorot untuk kita bermuhasabah adakah kita termasuk dalam 10 golongan tersebut. Jom kita perhatikan ;

10 Golongan yang Zalim pada Diri Sendiri.

1. Apabila berdoa, tidak mendoakan orang lain.

2. Tidak membaca Al-Quran.

3. Apabila masuk ke dalam masjid tidak menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.

4.Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.

5. Tidak menunaikan solat Jumaat apabila tiba di sesuatu tempat.

6, Tidak mahu pergi menuntut ilmu apabila ada orang alim datang di tempatnya.

7. Tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu.

8. Tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri kenduri.

9. Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar.

10. Makan sehingga kenyang tetapi membiarkan jiran kelaparan.

Perkara di atas adalah perkara yang sering berlegar dalam kehidupan kita. In sha Allah sama-sama kita usaha agar tidak tergolong antara 10 golongan tersebut.

Barakallahu lana wa lakum da'iman

1 ulasan:

  1. salam. thanks share. perkongsian yang sungguh bermenfaat :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim