Isnin, 7 April 2014

 12:34 PTG         11 comments
Bismillah dan Assalamulaikum

Alhamdulillah pada petang Jumaat 4.4.2014 Ustazah paksakan diri juga untuk tukar tayar kereta Avanza yang sudah berusia hampir 4 tahun. Lamakan?. Apabila di lihat tayar depan sudah makan dalam risau juga jika membuat perjalanan jauh.

Memang patut diganti.
Pejamkan mata tukar 4 biji tayar sekaligus dan berhabis sebanyak RM914. Kali ini Ustazah memilih jenama TOYO buatan Jepun. Harga asal RM235 sebiji dan tawar punya tawar dapatlah RM210 setiap satu. Seperti biasa pemeriksaan lain juga dilaksanakan itu yang berjumlah RM914.

Alhamdulillah hampir siap.
Apa rasanya menggunakan tayar jenama TOYO ini. Sebelum ini tidak pula tahu akan jenama ini. Subhanalllah memang bestlah, pemanduan menjadi ringan dan sangat lancar apatah lagi jika berada di jalan yang rata dan selesa. Memang terasa perbezaannya. Tayar bersifat agak lembut dan bungaan tayar agak dalam.

Lokasi kedai tayar ini di Pekan Sabak Bernam berhadapan dengan station minyak Caltex. Lupa pula Ustazah apa nama pusat servis tayar tersebut dan tidak pula snap gambar. Perkhidmatannya juga memuaskan dan cepat.

Sekarang memandu dengan penuh kepuasan dan keselesaan walaupun terpaksa berhabis duit menggunakan duit pendapatan jualan kek. Selepas ini mahu tukar minyak hitam dan automatik oil serta bayar cukai jalan pula. Banyak juga tu, alhamdulillah Allah SWT Maha Kaya mohonlah pada Allah SWT agar rezeki Ustazah murah dan mudah untuk menguruskan kehidupan harian sebagai single parent setelah suami kembali ke rahmatullah 4 tahun yang lalu.

Semoga akan lebih lancar perjalanan







11 ulasan:

  1. Ini mmg keputusan yg betul..insyaAllah..

    Toyo mmg antara jenama tayar terbaik..saya pun dah merancang utk tukar tayar jenama ini atau machelin bila tiba masanya nanti

    Terima kasih ustazah berkongsi pengalaman...

    Semoga ustazah terus cekal dan dimurahkan rezeki oleh Allah jua...ameen

    BalasPadam
  2. patutlah laju aje bawa Avanza ke sekolah. dah tukar tayar baru rupanya :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah ..Sekarang ni memang tawakkal sungguh2 pada Allah swt agar membantu dalam segala urusan.

    BalasPadam
  4. kak 4 tahun tu lama kak, biasanya 2 tahun dah kene check dan tukar klu tayar tidak dlm keadaan sesuai utk memandu, wahh berdesup perginya ;)

    BalasPadam
  5. Disebabkan kurang bergerak jauh tu yang berani nekad je Aju..doa tak habis2 sepanjang perjalanan.

    BalasPadam
  6. assalammualaikum

    info yg bagus
    tayar sememangnya wajib diganti. takleh pandang ringan bab tayar, minyak enjin & brek nih :).

    BalasPadam
  7. Jenama yang dipercayai dan berkualiti, mahal sikit tapi alah membeli menang memakai peribahasa melayu kata.
    mudahan urusan harian ustazah Allah permudahkan.

    BalasPadam
  8. Memang itulah yang saya amalkan menyebabkan nak sesuatu kena kumpul duit dulu..terima kasih atas doa

    BalasPadam
  9. cuba www.mytayar.com untuk cari tayar. pelbagai pilihan dari kedai ysng berbeza.

    BalasPadam
  10. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...
    Terima kasih tuan tanah.

    BalasPadam
  11. tak pernah guna tayar toyo ni sebelum ni, thanks atas review, mungkin lain kali boleh consider :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim