Jumaat, 11 April 2014

 9:10 PTG         11 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Allahu Akbar, satu harapan semoga Allah SWT  pilih kita antara hamba yang mudah dan sabar dalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Nya. Ibarat orang yang mabuk bercinta pasti ada sahaja yang perlu dilakukan untuk memikat pasangan masing-masing.Begitulah dalam ingin terus meraih cinta dari Allah swt.

Pernahkah kita terfikir utuk meraih cinta Allah swt? Jalannya mudah sebenarnya, tidaklah Allah letakkan syarat mahu mendapat cinta Nya perlu mendaki Gunung Everest atau berenang secara solo di lautan Inggeris. Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, walaupun kita tidak berusaha meraih cinta Nya, Allah SWT tetap memberikan ni'mat yang tidak terkira. Cuba fikirkan? Malu jika difikirkan, 
perintah Nya banyak yang kita ambil lewa dan larangan Nya selalu kita buat.

Astaghfirullah..ampunkan kami Ya Allah..

Ayuh diri, sahabat-sahabat dan anak-anak kita amalka tip meraih cinta Allah SWT supaya hidup sentiasa bahagia dicintai Allah SWT :

1. Baca Al-Quran dan faham maknanya.

2. Lakukan segala ibadah wajib dan sunat untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

3. Basahi lidah dengan zikir kepada Allah sebagai tanda kita sentiasa ingatkan Nya.

4. Melihat kebesaran yang diciptakan oleh Allah dan kenali sifat Nya.

5. Merenung ni'mat dan kurniaan Allah yang diberikan kepada kita. Sebagai contoh ni'mat keluarga bahagia, harta yang kita perolehi dan punyai sahabat yang ramai.

6. Bangun pada waktu sepertiga malam untuk melakukan qiamullail, ,membaca Al-Quran dan beristighfar.


7. Bersahabat dengan orang yang baik-baik dan sentiasa mengajak ke arah kebaikkan.

8. Rajin untuk hadirkan diri ke kelas-kelas pengajian ilmu seperti ceramah agama.

9. Ikutilah sunnah Rasulullah SAW.

10. Doa selalu agar Allah SWT cintai kita.

Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus memburu cinta Nya.


11 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsiannya kak.

    Suka tengok blog baru. Lebih segaaaaaaarrrr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..semoga ada peningkatan blog kita sebagai wadah untuk kebaikan dan perkongsian

      Padam
  2. Assalamualaikum ustazah. Alhamdulillah. Tenang dan best singgah blog ustazah. Terima kasih atas ilmu dan nasihat ni.

    Moga ustazah terus cekal dan bhgia dunia akhirat..ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam,apa kurangnya blog Hafiz dan semoga Hafiz pun bahagia dunia akhirat

      Padam
  3. Terima kasih Ustazah, mudahan dengan mengamalkan tip-tip ni kita semua mendapat kebahaggian dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  4. Ameen ..semoga kita bahagia dan berharap Kita mampu berusaha meraih cinta Allah swt

    BalasPadam
  5. salam.itulah yang terbaik wajar kita lakukan.kalau perlu merintih kita patut merintih sebab kita hina sangat di sisiNya. wahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waslm , betul tu suri hidup kita terlalu singkat, begitu mengharap redha dan rahmat Allah

      Padam
  6. dengan meraih cinta Allah terasa tenang dan jiwa terisi dengan perkara yang bermanfaat

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian.. Banyak membantu.. =)

    BalasPadam
  8. ustazah...pengisian jiwa dan recharging iman memang kena buat selalu especially orang yg macam saya ni...
    kadang-kadang ujian yg Allah berikan pun bleh dekatkan diri kepadaNya..cuma kena kuat dan cari hikmah dalam ujian tu..

    Kegunaan Basic H Shaklee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim