Sabtu, 12 April 2014

 12:21 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum 

Lahaula wa la quwwata illa billah. Malang tidak berbau, selesai membancuh teh dan ingin bersiap untuk ke seminar, anak ustazah Hamka menangis secara tiba-tiba kerana disengat serangga berbisa dan terkesan hingga nampak kesan sengatan dan terus bengkak sedikit di lehernya.


Jangan risau jika insiden ini berlaku pada kita di rumah. Petuanya segera ambil ais batu dan balut dengan kain bersih kemudian tuamkan pada kawasan yang terkena sengatan. Jangan lupa baca Bismillah pula ye. Sambil menuam Ustazah bacakan pula ayat 69 daripada Surah Al-Anbiya' berulang kali. Alhamdulillah tidak sampai 5 minit anak ustazah sudah tidak menangis lagi. 


Sudah banyak kali kes begini berlaku pada anak-anak ustazah. Paling tidak boleh dilupakan anak yang kedua ketika itu baru berusia 30 hari disengat lipan tanah ketika tidur waktu malam di cuping telinganya. Besar lipan yang menyengat dan sempat dibunuh oleh mak ustazah. Menangis tak tahu nak katalah hingga hilang suara anak ustazah.Cepat-cepat Ustazah ambil ais dan tuam berkali-kali dan terus bergegas ke klinik 24 jam. Doktor mahu pegang cuping telinganya pun tak berani dan tiada sebarang ubat diberikan kerana masih terlalu bayi. Alhamdulillah dengan izin Allah kesan bengkak pun tiada.

Apabila di sekolah pun begitu jika anak murid disengat tebuan atau lebah, sebelum dihantar ke klinik pasti ustazah buat begini dulu. In sha Allah mujarab.








2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, terima kasih ustazah berkongsi..
    Boleh dijadikan amalan ni

    BalasPadam
  2. Petua yang menarik. Sengatan binatang berbisa juga boleh menyebabkan tindakbalas alahan dan anafilaksis iaitu tekanan darah menjadi rendah, sesak nafas, pening kepala, palpitasi dan koma. Oleh itu, bagi mereka yang disengat dengan banyak atau pernah mempunyai sejarah alahan seperti lelah, sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim