Selasa, 1 April 2014

 2:13 PTG         6 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada minggu lepas Ustazah dapat menyiapkan kek red velvet 3 tingkat untuk bekas anak murid Nasaruddin Munjari. Malu juga nak menerima tempahan daripadanya sebab abang beliau adalah seorang yang terror dalam membuat kek apatah lagi kemas decorationnya. Ustazah cadangkan agar tempah di Secret Recipe sahaja sebab di Sungai Besar sudah ada cawangannya.

Inilah hasilnya
Setelah didesak, dengan rela hati buat juga dan seperti biasa terimalah bagaimana decorationnya nanti. Terus terang Ustazah tidak pernah pun menghadiri sebarang kelas buat kek dan deco. In sha Allah satu hari nanti Ustazah nak juga belajar dengan yang pakar agar ada peningkatan ilmu decoration kek 

Bertemakan pink dan biru berjaya juga ustazah siapkan. Sedang sibuk menyiapkan kek, datang pula 2 pasangan pengantin baru daripada Klang Farhah dan suami serta 1 pasangan pengantin dari Pekan Baru Sumatera Indonesia. Layan mereka sambil menunggu kek siap dibakar.

Untuk resepinya boleh klik http://www.azlitamasammanis.com , umm..memang sedap keknya. Terima kasih pada kak ita semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kebaikan yang banyak pada beliau sekeluarga.


Semoga mereka berpuas hati


6 ulasan:

  1. Bolehlah saya tempah kek RV dengan kak Ain

    BalasPadam
  2. in sha Allah boleh..suka juga dengan kek ni ye laili selain kek carrot

    BalasPadam
  3. cantik kek tu ustazah, mesti puashati sangat tuan pengantin tu nanti.

    BalasPadam
  4. He2.. Kek orang kampung je tuan denaihati

    BalasPadam
  5. sedapnya kak, saya bab kek ni mmg tak pernah menolak haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haahkan Aju .. Lagi2 kalau free

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim