Rabu, 2 April 2014

 1:41 PTG         6 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur atas segala kurniaan-Nya terutama ni'mat Islam dan Iman, semoga Allah sentiasa mengampuni dan merahmati kita selalu.

Berbalik pada tajuk entri kali ini, Ustazah mahu berkongsi resepi kek pelangi yang lembut dan sedap pula rasanya. Kek ini amat simple bahannya dan ramai yang order kek ini. Bagi mereka yang tidak suka kek yang disaluti krim pasti suka dengan kek ini.

Kali ini, mendapat order daripada cikgu Maizatul Ardziah yang baru mendapat token daripada KPM so beliau belanjalah rakan-rakan guru sekolah. Ustazah pun tumpang sekaki dengan menambahkan bilangan kilo kek tersebut. Tidak mahal kek ini, boleh jual antara RM25 -RM28.

Baiklah, Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

250gm planta < ustazah guna jenama pelangi je, sedap >
200gm gula castor
5 biji telur gred B
220 tepung kek < ayak bersama baking powder >
1 sudu kecil baking powder
50ml susu cair
1 sudu kecil esei vanila
Sedikit pewarna merah dan hijau atau ikut sukalah mahu warna apa.

Cara membuatnya:

1. Pukul planta dan gula hingga gebu dan bertukar warna putih krim menggunakan mesin pengadun.
2. Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
3. Masukkan pula tepung + baking powder yang telah di ayak bersenang sei dengan susu cair dan masukkan pula ejen vanila.
4.Siap adunan bahagikan 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
5. Untuk kek yang tebal dan cantik gunakan loyang 9 inci yang disapu dengan planta dan tepung.
6. Sedia untuk di bakar menggunakan kepanasan 180 darjah celcius sehingga masak.
7. Sejukkan dahulu dan bolehlah dinikmati..

Ok selamat mencuba dan berjayalah hendaknya. Ustazah malam ini nak buat talam berlauk pula, sudah lama sahabat ini order so kena buatlah juga sebelum ditanya bila nak tunaikan permintaannya.


6 ulasan:

  1. memang sedap ustazah, ni sama dengan yang kita makan kat sbb2014 kan

    BalasPadam
  2. Ye kak, sampai 4 pagi baru siap packing

    BalasPadam
  3. emm sedapnya kak, kalau dekat memang selalu order ni phewww ;)

    BalasPadam
  4. Sedapnya kek ni.. Ermmmm

    BalasPadam
  5. aduiiiii haiiii ustazah saya memang suka sangat2

    BalasPadam
  6. Alhandulillah .. terima kasih ustazah .. dah cuba resepi ni .. menjadi .. thums up

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim