Bismillah dan Assalamualaikum
Alhamdulillah pada petang Ahad semalam teringin pula mahu ikuti contest yang dianjurkan oleh DENAIHATI iaitu dengan menyenaraikan 5 entri beliau yang paling banyak disebarkan oleh pembaca. Gawat juga mahu semak entri daripada tahun 2012-2014 sehinggakan malam terakhir masih mengedit lagi entri. Harap sempatlah sebelum jam 11.59 pm.
Bermula selepas Zohor, mulalah Ustazah beroperasi menyemak dan membaca satu persatu entri beliau. Ustazah menyemak menggunakan lap top dan anak sulong menggunakan iPad. Kami bahagikan ikut tahun dan tergendala sebentar kerana ada anak saudara datang, alhamdulillah ada Yeo's Teh Bunga,keropok Terengganu dan potato wedges itulah kudapan petang untuk mereka.
Baiklah di sini Ustazah senaraikan " Hebatnya 5 Entri Denaihati Tersebar Menjadi Perkongsian Jariah " daripada pembaca :
Ada entri yang lucu seperti ada yang menganggap denaihati ini adalah seorang perempuan dan mereka sibuk mahu melihat gambar siapakah sebenarnya denaihati ini. Begitu juga perkenalan antara beliau dan blogger lain.Hubungan itu berkekalan hingga ke hari ini hanya kerana bermula daripada berblog.
Subhanallah,
apabila disemak banyaknya tentang ilmu berkaitan blog yang Ustazah
perolehi maka apabila dicermin dengan blog Ustazah terlalu banyak yang
perlu ditambah baik malah malu pun ada. Jauh..jauh memang jauh. Tidak
mampu untuk diungkapkan di sini dan in sha Allah sifu ustazah ada di
sekolah iaitu Cik Laili.Com akan sentiasa menjadi rujukan dan guru terbaik. Beliau tidak sedikit pun lokek dengan ilmu yang ada.
Membaca
pengalaman Denaihati terkena Phishing Attack rasa macam tidak percaya
ada hal sedemikian. Begitu juga dengan pengalaman rumah beliau dimasuki
pencuri, syukur Alhamdulillah semua jiwa terselamat tetapi banyak barang
berharga yang di ambil. Harta boleh dicari dan pasti penjenayah itu tidak akan terlepas balasan daripada Allah SWT.
Semak punya semak, gembiranya terjumpa gambar Ustazah sendiri ada termuat di entri Denaihati di sepanjang SBB2013 kerana ipad-mini-bulan-jatuh-ke-riba. Satu lagi adalah entri yang Ustazah tulis sendiri ipad-mini-rezeki-yang-tidak-disangka-sangka sebagai penulis jemputan.
![]() |
Bersama Kak sweetkurma |
Terlalu banyak entri ( keagamaan,contest, tips, sukan,
gadget,travel, pengalaman,kekeluargaan, isu semasa dan lain-lain ) yang
memberi manfaat dan kegembiraan kepada orang lain jika ingin dicatatkan
di sini. Sebuah blog yang lengkap dan tidak hairanlah beliau berjaya
dengan cemerlang memenangi banyak anugerah dalam penulisan dan penjenamaan
blog. Perkongsian sebuah ilmu yang berjaya diamalkan oleh beliau lantas
kita semua merasai malah berkongsi pula hasilnya. Bukan suatu perkara
yang mudah untuk mecapai kejayaan tersebut di mana pengorbanan masa dan
wang ringgit serta kesungguhan perlu diterapkan dalam diri kita jika
ingin berjaya seperti beliau.
Akhir coretan, Ustazah doakan semoga sebaran yang baik ini mendapat ganjarannya di sisi Allah SWT kepada Denaihati dan keluarga yang mana sebaran ini banyak memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain. Bukankah Allah SWT menyediakan 10 kali lipat ganjaran bagi 1 kebaikan..jadi gunakanlah blog sebagai medan untuk menyebarkan kebaikan untuk diri kita malah kepada orang lain.Janganlah sebarkan perkara keaiban dan sesuatu entri yang boleh menyebabkan dosa kita bertambah dan bertambah yang boleh mengakibatkan timbangan kiri semakin berat pasti kita akan melarat di akhirat kelak.
Akhir coretan, Ustazah doakan semoga sebaran yang baik ini mendapat ganjarannya di sisi Allah SWT kepada Denaihati dan keluarga yang mana sebaran ini banyak memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain. Bukankah Allah SWT menyediakan 10 kali lipat ganjaran bagi 1 kebaikan..jadi gunakanlah blog sebagai medan untuk menyebarkan kebaikan untuk diri kita malah kepada orang lain.Janganlah sebarkan perkara keaiban dan sesuatu entri yang boleh menyebabkan dosa kita bertambah dan bertambah yang boleh mengakibatkan timbangan kiri semakin berat pasti kita akan melarat di akhirat kelak.
betul tu kak. masa mula2 kenal blog DH ingatkan penulisnya seorang perempuan :)
BalasPadamSenyum sendiri baca masa tu..banyak sungguh ilmu yang boleh dikongsi
BalasPadamSungguh blog denaihati entri2nya insyaAllah banyak manfaatnya.
BalasPadamPaling penting, tiada entri2 yg kontroversi dan menyakitkan hati pihak2 lain. Respek for Denaihati n teamwork dalam menjaga kualiiti entri blog ni.
selamat berjaya ustazah utk segmen kali ni =)
Banyaknya saham di akhirat nanti kalau kita tulis benda2 yang baik tapi masih tersebar walaupun kita sudah mati.
BalasPadamKita hidup cuma sementara dan kena labur saham sehabis baik semoga Allah terima
BalasPadam