Selasa, 15 April 2014

 11:28 PG         6 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Allahumagfirlaha warhamha wa'fu'anha untuk arwah Cikgu Zaiton. Benarlah kata Imam Ghazali bahawa kematian itu adalah perkara yang paling hampir dengan kita. Mendapat perkhabaran daripada rakan setugas ,tidak menyangka Kak Ton meninggal dunia malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam. Beliau hanya demam biasa sahaja dan didapati bacaan kencing manisnya adalah tinggi. Rasanya tidak pernah pula beliau bercerita yang beliau ada mengidap kencing manis.

Cikgu Zaiton ini baik orangnya dan mengajar subjek Geografi di SAMTAJ. Beliau baru sahaja menamatkan perkhidmatannya di SAMTAJ pada Februari 2013. Selepas pencen ada beberapa kali beliau datang menziarahi kami di sekolah. Pasti ada sahaja ole-ole yang dibawa untuk kami. Beliau ini seorang yang suka memberi sama ada wang atau pakaian pada sahabat-sahabat. Ustazah pun hingga kini ada menyimpan dan memakai tudung pemberiannya.

Setakat ini sudah 5 orang rakan di sekolah yang telah kembali kerahmatullah. Arwah Ustazah Jamilah, Arwah Cikgu Dzuikifli, Arwah Cikgu Syafawati, Arwah Ustaz Hj. Samsuddin dan hari ini Cikgu Zaiton. Ustazah amat berharap dan mendoakan semoga mereka ini tergolong di kalangan orang-orang yang beriman. Alhamdulillah sempat kami warga SAMTAJ mengadakan bacaan Yaaseen dan tahlil di awal pagi menggantikan perhimpunan pagi.

Astgfirullah teringat pula pada arwah suami..sentiasa mendoakan semoga abang sentiasa dikurniakan keampunan, dirahmati dan tergolong di antara orang yang beriman. In sha Allah anak-anak akan sentiasa diperingatkan untuk mengirimkan hadiah doa dan bacaan Al-Quran setiap hari. Sedihnya setiap kali mengirimkan surah Al-Kahfi pasti anak ketiga Mumtazah dan adiknya Hamka akan menangis teringatkan arwah bapanya. Ketika ditinggalkan mereka baru berusia 4 dan 1 tahun 8 bulan, manakala anak sulung darjah 1 dan anak kedua 6 tahun.

Ibrah atau pengajaran perlu kita ambil atas pemergian mereka. Perlu sentiasa beringat dan bersedia selalu. Ya Allah akhiri akhir hayat kami dengan ucapan kalimah yang mulia La ilaha illallah..la ila ha illallah..

Al-Fathehah untuk mereka yang telah meninggalkan kita. In sha Allah akan berziarah selepas selesai taklimat sebagai hakim di Shah Alam.

6 ulasan:

  1. bila sudah pergi ia sesutau yang agak sukar untuk di cari ganti. hanya doa iringan buat arwah.

    al fatihah

    BalasPadam
  2. Berat mata memandang berat lagi bahu ayng memikulnya.

    Salam takziah buat arwah cikgu zaiton dan juga arwah suami ustazah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Suri dan MJ, semuanya ada hikmah yg perlu dihayati

      Padam
  3. salam takziah dan juga al-fatihah...

    BalasPadam
  4. kematian itu pasti.
    sedih juga bila teringat rakan2 yang telah kembali kepada Pencipta.
    sama-samalh kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka...

    BalasPadam
  5. alfatihah, kak semoga tabah, saya baru tau akak menjaga anak2 sendirian, semoga bertemu di jannah nanti kan kak, mmg itu doa kita, mati itu pasti, allahuakbar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim