Sabtu, 26 April 2014

Bismillah dan Assalamulaikum

Alhamdulillah dan rasa bahagiakan jika  punyai kenalan yang mampu merealisasikan impian hidup kita sebagai seorang blogger. Tentulah gadget seperti Smart Phone, Camera dan Note Book serta bermacam-macam lagi keperluan demi memenuhi kriteria seorang blogger.

Apabila membaca entri Tuan DENAIHATI di dalam blognya terlalu banyak contest yang dianjurkan dan membawa kejayaan dalam merialisasikan impian para blogger dalam impian masing-masing. Ustazah yakin, walaupun ada para blogger yang tidak mendapat apa yang diimpikan, ramai yang bangga dan seronok mengikuti event yang dianjurkan oleh denaihati seperti Majlis sepetang Bersama Blogger dan Buat Duit dengan Blog serta event bagi team denaihati makan-makan santai.

Jazakallahu Khairan Kathira pada DENAIHATI Ustazah ucapkan dan itu adalah ucapan terbaik yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad untuk diucapkan kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apa tidaknya, Ustazah bukanlah blogger hebat seperti beliau dan potensi untuk dikenali amat tipis tetapi berkat menghadiri event SBB2013 dan SBB2014 Ustazah bertuah memenangi cabutan bertuah 2 tahun berturut-turut. Gadget utama iaitu iPad Mini dan iPhone 5s dalam event tersebut adalah milik Ustazah kini. Secara tidak langsung Ustazah dapat dikenali gara-gara menang cabutan bertuah.

Sentiasa digunakan ke arah kebaikan agar pahalanya sentiasa mengalir bagi yang menaja hadiah ini.
Apabila membaca entri beliau, ramai para blogger berhempas pulas berjuang untuk mendapatkan gajet impian. Ya Allah..Subhanallah..Ustazah kagum dengan semangat juang mereka malah hadiahnya pula bukan murah. Cuba kita lihat  entri popular  tuan DENAIHATI yang berusaha merialisasikan impian blogger dan entri tersebut berjaya mendapat komen ribuan.

 10 entri blog Denaihati tahun 2012 - 2013 yang paling banyak dapat komen.



3.Nikon d90 Gadget Impian MJ [ 3,281 komen ]

4. Samsung Galaxy Tab 10.1 [ 1,512 komen ]



7. ipad2 gadget Impian Hans [ 1,064 komen ] 



10. Jadual Euro 2012 [ 862 komen ]

Jika dilihat tajuk entri di atas memang banyak denaihati menganjurkan contest berbentuk impian dan bilangan komennya masha Allah begitu banyak.

Awal April  ini juga  DENAIHATI ada menganjurkan 2 cabaran mudah untuk blogger dan hadiahnya berbentuk token tunai. Ustazah sengaja mencuba buat pertama kalinya dan alhamdulillah berjaya pada 2 cabara tersebut. Banyak lagi sebenarnya cabaran yang diadakan cuma terkadang kekangan masa yang menyebabkan terhalang untuk sertai.

Menerima SMS berjaya dalam menyertai cabaran Denaihati dan Inilah pertama kali menyertai sebarang contest.
 Apa yang perlu kita lakukan?

Ustazah sentiasa mendokan seperti mana doa Nabi Muhammad untuk Anas Bin Malik iaitu :

"Ya Allah perbanyakkan hartanya dan anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatikanlah kesemua kurnian Mu kepadanya, perbaikikanlah amalannya, ampunkan dosanya"


Sungguh Ustazah cemburu melihat kejayaan beliau dengan usahanya dapat Madrasah Tahfiz di Johor dibangunkan begitu juga Madrasah di Kemboja serta banyak lagi usaha beliau. Betapa beliau yakin itu adalah suatu pelaburan untuk akhirat dan kemanisan amal tersebut telah dirasai di dunia ini. Semoga Allah swt merahmati usaha beliau serta keluarganya mendapat kebahagiaan di dunia malah di akhirat. Begitu juga bagi yang terlibat membantu kejayaan beliau selama ini.


Pada kali ini Tuan DENAIHATI bermurah hati lagi dengan menganjurkan cabaran  kepada rakan Blogger yang  free hujung minggu ini.Nampak seperti mudah tapi sekali Ustazah cuba lihat entrinya bukan sedikit dan mahu dibanding bezakan pula bilangan komen yang ada perlu penelitian. Baiklah antara syarat contest tersebut ialah :

1. Buat satu entri bebas sepanjang 350 perkataan dengan memasukan 10 entri blog Denaihati tahun 2012 - 2013 yang paling banyak dapat komen. (jangan lupa letak jumlah komen di hujung setiap entri pilihan).

2. Tajuk bebas tapi mesti ada perkataan "Denaihati"

3. PM url entri ke fanpage Denaihati Network

4. 20 entri paling awal yg cukup syarat akan dapat token tunai.

5. Tutup pada 11.59 pm, 28/4/2014 (Isnin)

  #contestdenaihati

La haula wala quwwata illa billah..memang penat mengira komen yang tertera dan semoga berbaloilah menyertai cabaran kali ini.

Sekian..barakallahu minna wa minkum..


Khamis, 24 April 2014


Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah pihak KPM telah memaklumkan mulai 24.04.2014 tentang keputusan jaya ke  Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015. Untuk semakan secara online anda boleh klik web tersebut :


Semakan melalui SMS dengan :

*Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>No KP dan hantar ke 1588
*Contoh MOE MAT 170376105566 

Sebarang pertanyaan dan masalah bolehlah hubungi Bahagian Matrikulasi di 88844083/4036/4040 atau klik di sini.

Tahniah Ustazah ucapkan bagi yang berjaya.


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah keputusan tawaran dan rayuan ke tingkatan 6 bagi tahun 2014 sudah boleh di semak. Bagi Ustazah memang beruntung yang dapat sambung belajar lagi sama ada untuk aliran STAM atau STPM. Baiklah bagi yang berjaya sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan di http://apps5.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2014/ dan bersetuju dengan tawaran itu, surat tawaran mesti di cetak segera dan di bawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 05 Mei 2014.

Sukacita dimaklumkan bahawa murid yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2014 dan sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2, mereka diberi pelepasan awal iaitu pada 02 Jun 2014. Mereka akan mula mendaftar masuk ke Tingkatan Enam pada 04 JUN 2014 (Rabu). Sementara itu, calon yang terpilih untuk mengikuti PLKN Kumpulan 3 dikehendaki membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui laman web JLKN www.khidmatnegara.gov.my.


Selasa, 15 April 2014


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bagi pensyarah matrikulasi yang ada membuat permohononan pertukaran mulai 14.4.2014 semakan boleh dibuat melalui laman wab berikut : 



Ustazah ucapkan tahniah bagi yang berjaya memohon pertukaran, jika sebaliknya pasti ada hikmah yang tersembunyi, sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. 


Bismillah dan Assalamualaikum

Allahumagfirlaha warhamha wa'fu'anha untuk arwah Cikgu Zaiton. Benarlah kata Imam Ghazali bahawa kematian itu adalah perkara yang paling hampir dengan kita. Mendapat perkhabaran daripada rakan setugas ,tidak menyangka Kak Ton meninggal dunia malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam. Beliau hanya demam biasa sahaja dan didapati bacaan kencing manisnya adalah tinggi. Rasanya tidak pernah pula beliau bercerita yang beliau ada mengidap kencing manis.

Cikgu Zaiton ini baik orangnya dan mengajar subjek Geografi di SAMTAJ. Beliau baru sahaja menamatkan perkhidmatannya di SAMTAJ pada Februari 2013. Selepas pencen ada beberapa kali beliau datang menziarahi kami di sekolah. Pasti ada sahaja ole-ole yang dibawa untuk kami. Beliau ini seorang yang suka memberi sama ada wang atau pakaian pada sahabat-sahabat. Ustazah pun hingga kini ada menyimpan dan memakai tudung pemberiannya.

Setakat ini sudah 5 orang rakan di sekolah yang telah kembali kerahmatullah. Arwah Ustazah Jamilah, Arwah Cikgu Dzuikifli, Arwah Cikgu Syafawati, Arwah Ustaz Hj. Samsuddin dan hari ini Cikgu Zaiton. Ustazah amat berharap dan mendoakan semoga mereka ini tergolong di kalangan orang-orang yang beriman. Alhamdulillah sempat kami warga SAMTAJ mengadakan bacaan Yaaseen dan tahlil di awal pagi menggantikan perhimpunan pagi.

Astgfirullah teringat pula pada arwah suami..sentiasa mendoakan semoga abang sentiasa dikurniakan keampunan, dirahmati dan tergolong di antara orang yang beriman. In sha Allah anak-anak akan sentiasa diperingatkan untuk mengirimkan hadiah doa dan bacaan Al-Quran setiap hari. Sedihnya setiap kali mengirimkan surah Al-Kahfi pasti anak ketiga Mumtazah dan adiknya Hamka akan menangis teringatkan arwah bapanya. Ketika ditinggalkan mereka baru berusia 4 dan 1 tahun 8 bulan, manakala anak sulung darjah 1 dan anak kedua 6 tahun.

Ibrah atau pengajaran perlu kita ambil atas pemergian mereka. Perlu sentiasa beringat dan bersedia selalu. Ya Allah akhiri akhir hayat kami dengan ucapan kalimah yang mulia La ilaha illallah..la ila ha illallah..

Al-Fathehah untuk mereka yang telah meninggalkan kita. In sha Allah akan berziarah selepas selesai taklimat sebagai hakim di Shah Alam.

Sabtu, 12 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Lahaula wa la quwwata illa billah. Malang tidak berbau, selesai membancuh teh dan ingin bersiap untuk ke seminar, anak ustazah Hamka menangis secara tiba-tiba kerana disengat serangga berbisa dan terkesan hingga nampak kesan sengatan dan terus bengkak sedikit di lehernya.


Jangan risau jika insiden ini berlaku pada kita di rumah. Petuanya segera ambil ais batu dan balut dengan kain bersih kemudian tuamkan pada kawasan yang terkena sengatan. Jangan lupa baca Bismillah pula ye. Sambil menuam Ustazah bacakan pula ayat 69 daripada Surah Al-Anbiya' berulang kali. Alhamdulillah tidak sampai 5 minit anak ustazah sudah tidak menangis lagi. 


Sudah banyak kali kes begini berlaku pada anak-anak ustazah. Paling tidak boleh dilupakan anak yang kedua ketika itu baru berusia 30 hari disengat lipan tanah ketika tidur waktu malam di cuping telinganya. Besar lipan yang menyengat dan sempat dibunuh oleh mak ustazah. Menangis tak tahu nak katalah hingga hilang suara anak ustazah.Cepat-cepat Ustazah ambil ais dan tuam berkali-kali dan terus bergegas ke klinik 24 jam. Doktor mahu pegang cuping telinganya pun tak berani dan tiada sebarang ubat diberikan kerana masih terlalu bayi. Alhamdulillah dengan izin Allah kesan bengkak pun tiada.

Apabila di sekolah pun begitu jika anak murid disengat tebuan atau lebah, sebelum dihantar ke klinik pasti ustazah buat begini dulu. In sha Allah mujarab.








Jumaat, 11 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Allahu Akbar, satu harapan semoga Allah SWT  pilih kita antara hamba yang mudah dan sabar dalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Nya. Ibarat orang yang mabuk bercinta pasti ada sahaja yang perlu dilakukan untuk memikat pasangan masing-masing.Begitulah dalam ingin terus meraih cinta dari Allah swt.

Pernahkah kita terfikir utuk meraih cinta Allah swt? Jalannya mudah sebenarnya, tidaklah Allah letakkan syarat mahu mendapat cinta Nya perlu mendaki Gunung Everest atau berenang secara solo di lautan Inggeris. Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, walaupun kita tidak berusaha meraih cinta Nya, Allah SWT tetap memberikan ni'mat yang tidak terkira. Cuba fikirkan? Malu jika difikirkan, 
perintah Nya banyak yang kita ambil lewa dan larangan Nya selalu kita buat.

Astaghfirullah..ampunkan kami Ya Allah..

Ayuh diri, sahabat-sahabat dan anak-anak kita amalka tip meraih cinta Allah SWT supaya hidup sentiasa bahagia dicintai Allah SWT :

1. Baca Al-Quran dan faham maknanya.

2. Lakukan segala ibadah wajib dan sunat untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

3. Basahi lidah dengan zikir kepada Allah sebagai tanda kita sentiasa ingatkan Nya.

4. Melihat kebesaran yang diciptakan oleh Allah dan kenali sifat Nya.

5. Merenung ni'mat dan kurniaan Allah yang diberikan kepada kita. Sebagai contoh ni'mat keluarga bahagia, harta yang kita perolehi dan punyai sahabat yang ramai.

6. Bangun pada waktu sepertiga malam untuk melakukan qiamullail, ,membaca Al-Quran dan beristighfar.


7. Bersahabat dengan orang yang baik-baik dan sentiasa mengajak ke arah kebaikkan.

8. Rajin untuk hadirkan diri ke kelas-kelas pengajian ilmu seperti ceramah agama.

9. Ikutilah sunnah Rasulullah SAW.

10. Doa selalu agar Allah SWT cintai kita.

Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus memburu cinta Nya.


Khamis, 10 April 2014


Bismillah dan Assalamualaikum
Alhamdulillah Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Guru Tajaan KPM Ambilan 2014 (PPISMP/PPC Lulusan SPM, SMA/SMU dan UEC) boleh dibuat mulai 9 April 2014 sehingga 18 April 2014
 Maklumat lanjut klik Semakan Ujian Kelayakan
Tahniah bagi yang berjaya dan siap sedia untuk ujian pula, Ustazah doakan semoga terus berjaya.





Kredit : http://www.lobam.my/
Add caption


Rabu, 9 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah terasa pantas masa berlalu, sudah hampir kita untuk menyambut sambutan Hari Guru 2014. Tentu setiap sekolah akan mengadakan majlis sambutan Hari Guru 2014 pada 16 Mei 2014 nanti.

Bagi Ustazah, sambutan ini adalah sebagai satu penghargaan daripada semua pihak kepada insan yang bergelar guru. Apa pula hadiah yang sesuai utuk diberikan pada guru anak-anak Ustazah ye. Kami sudah ada perancangan dan semoga ianya berjalan lancar.

Baiklah, Ustazah ingi kongsikan tema Hari Guru 2014 ini ialah :

" GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"



Ustazah ucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru yang menjalankan tanggungjawab dan amanah dan mendokan semoga apa yang kita curahkan kepada anak murid akan menjadi satu amalan jariah kita untuk menjadi jutawan akhirat in sha Allah.

Isnin, 7 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada petang Ahad semalam teringin pula mahu ikuti contest yang dianjurkan oleh DENAIHATI iaitu dengan menyenaraikan 5 entri beliau yang paling banyak disebarkan oleh pembaca. Gawat juga mahu semak entri daripada tahun 2012-2014 sehinggakan malam terakhir masih mengedit lagi entri. Harap sempatlah sebelum jam 11.59 pm.



Bermula selepas Zohor, mulalah Ustazah beroperasi menyemak dan membaca satu persatu entri beliau.  Ustazah menyemak menggunakan lap top dan anak sulong menggunakan iPad. Kami bahagikan ikut tahun dan tergendala sebentar kerana ada anak saudara datang, alhamdulillah ada Yeo's Teh Bunga,keropok Terengganu dan potato wedges itulah kudapan petang untuk mereka.

Baiklah di sini Ustazah senaraikan " Hebatnya 5 Entri Denaihati Tersebar Menjadi Perkongsian Jariah " daripada pembaca :















Ada entri yang lucu seperti ada yang menganggap denaihati ini adalah seorang perempuan dan mereka sibuk mahu melihat gambar siapakah sebenarnya denaihati ini. Begitu juga perkenalan antara beliau dan blogger lain.Hubungan itu berkekalan hingga ke hari ini hanya kerana bermula daripada berblog.

Subhanallah, apabila disemak banyaknya tentang ilmu berkaitan blog yang Ustazah perolehi maka apabila dicermin dengan blog Ustazah terlalu banyak yang perlu ditambah baik malah malu pun ada. Jauh..jauh memang jauh. Tidak mampu untuk diungkapkan di sini dan in sha Allah sifu ustazah ada di sekolah iaitu Cik Laili.Com akan sentiasa menjadi rujukan dan guru terbaik. Beliau tidak sedikit pun lokek dengan ilmu yang ada.

Membaca pengalaman Denaihati terkena Phishing Attack rasa macam tidak percaya ada hal sedemikian. Begitu juga dengan pengalaman rumah beliau dimasuki pencuri, syukur Alhamdulillah semua jiwa terselamat tetapi banyak barang berharga yang di ambil. Harta boleh dicari dan pasti penjenayah itu tidak akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Semak punya semak, gembiranya terjumpa gambar Ustazah sendiri ada termuat di entri Denaihati di sepanjang SBB2013 kerana ipad-mini-bulan-jatuh-ke-riba. Satu lagi adalah entri yang Ustazah tulis sendiri ipad-mini-rezeki-yang-tidak-disangka-sangka sebagai penulis jemputan.



Bersama Kak sweetkurma

Terlalu banyak entri  ( keagamaan,contest, tips, sukan, gadget,travel, pengalaman,kekeluargaan, isu semasa dan lain-lain ) yang memberi manfaat dan kegembiraan kepada orang lain jika ingin dicatatkan di sini. Sebuah blog yang lengkap dan tidak hairanlah beliau berjaya dengan cemerlang memenangi banyak anugerah dalam penulisan dan penjenamaan blog. Perkongsian sebuah ilmu yang berjaya diamalkan oleh beliau lantas kita semua merasai malah berkongsi pula hasilnya. Bukan suatu perkara yang mudah untuk mecapai kejayaan tersebut di mana pengorbanan masa dan wang ringgit serta kesungguhan perlu diterapkan dalam diri kita jika ingin berjaya seperti beliau.

Akhir coretan, Ustazah doakan semoga sebaran yang baik ini mendapat ganjarannya di sisi Allah SWT kepada Denaihati dan keluarga yang mana sebaran ini banyak memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain. Bukankah Allah SWT menyediakan 10 kali lipat ganjaran bagi 1 kebaikan..jadi gunakanlah blog sebagai medan untuk menyebarkan kebaikan untuk diri kita malah kepada orang lain.Janganlah sebarkan perkara keaiban dan sesuatu entri yang boleh menyebabkan dosa kita bertambah dan bertambah yang boleh mengakibatkan timbangan kiri semakin berat pasti kita akan melarat di akhirat kelak.


























Bismillah dan Assalamulaikum

Alhamdulillah pada petang Jumaat 4.4.2014 Ustazah paksakan diri juga untuk tukar tayar kereta Avanza yang sudah berusia hampir 4 tahun. Lamakan?. Apabila di lihat tayar depan sudah makan dalam risau juga jika membuat perjalanan jauh.

Memang patut diganti.
Pejamkan mata tukar 4 biji tayar sekaligus dan berhabis sebanyak RM914. Kali ini Ustazah memilih jenama TOYO buatan Jepun. Harga asal RM235 sebiji dan tawar punya tawar dapatlah RM210 setiap satu. Seperti biasa pemeriksaan lain juga dilaksanakan itu yang berjumlah RM914.

Alhamdulillah hampir siap.
Apa rasanya menggunakan tayar jenama TOYO ini. Sebelum ini tidak pula tahu akan jenama ini. Subhanalllah memang bestlah, pemanduan menjadi ringan dan sangat lancar apatah lagi jika berada di jalan yang rata dan selesa. Memang terasa perbezaannya. Tayar bersifat agak lembut dan bungaan tayar agak dalam.

Lokasi kedai tayar ini di Pekan Sabak Bernam berhadapan dengan station minyak Caltex. Lupa pula Ustazah apa nama pusat servis tayar tersebut dan tidak pula snap gambar. Perkhidmatannya juga memuaskan dan cepat.

Sekarang memandu dengan penuh kepuasan dan keselesaan walaupun terpaksa berhabis duit menggunakan duit pendapatan jualan kek. Selepas ini mahu tukar minyak hitam dan automatik oil serta bayar cukai jalan pula. Banyak juga tu, alhamdulillah Allah SWT Maha Kaya mohonlah pada Allah SWT agar rezeki Ustazah murah dan mudah untuk menguruskan kehidupan harian sebagai single parent setelah suami kembali ke rahmatullah 4 tahun yang lalu.

Semoga akan lebih lancar perjalanan







Ahad, 6 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah keputusan ujian [1] Mac 2014 bagi anak kita boleh disemak sekarang. Keputusan ujian ini hanya melibatkan tahun 5 dan 6 bagi sekolah rendah dan tingkatan 4 ke atas sahaja. bagi sekolah menengah. 

Anak Ustazah ada seorang yang tahun 5 dan sibuk dia mahu tahu keputusannya. Terus dia semak dan alhamdulillah banyak peningkatannya tetapi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris perlu perhatian lagi kerana dia berjaya mendapatkan gred B sahaja berbanding mata pelajaran lain.

Baiklah , jom semak keputusan anak-anak di link :


Cara Menyemak :

1. Pilih semakan ibubapa

2. Masukkan no kad pengenalan anak

3. Pilih tahap persekolah 

4. Klik Semak Laporan

5. Pilih Jenis Peperiksaan ( Pilih Ujian 1 )


6. Paparan keputusan

Sabtu, 5 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pihak Lembaga Peperiksaaan telah mengeluarkan pekeliling terbaru berkaitan penambahbaikan Petaksiran Berasaskan Sekolah PBS. Sila rujuk di sini untuk mengetahui perubahan pelaksanaan PBS tersebut.

Ustazah terlibat mengajar tingkatan 1, jadi perlu cakna pada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid [PPPM] menggantikan Dokumen Standard Prestasi [DSP] yang diguna pakai sebelum ini. Nampaknya semakin ringkas dan mudah. Adakah ia semakin berkesan kepada anak murid atau sebaliknya, itu yang menjadi tanda tanya Ustazah.

Baiklah, berikut PPPM disertakan link bagi setiap mata pelajaran untuk murid tingkatan 1

 PPPM PENDIDIKAN ISLAM











PPPM PENDIDIKAN MUZIK

PPPM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PPPM PENDIDIKAN MORAL

PPPM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

PPPM SEJARAH

PPPM GEOGRAFI

Kemahiran Hidup Bersepadu :

PPPM Kemahiran Teknikal

PPPM Ekonomi Rumah Tangga

PPPM Pertanian

PPPM Perdagangan dan Keusahawanan

Setelah kita semak PPPM ini bolehlah merancang untuk membuat borang senarai semak individu dan kelompok. Semoga bermanfaat perkongsian ini.






Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhmadulillah malam tadi sempat menyiapkan tempahan talam berlauk dan pencuci mulut coklat Multy Hershey's.

Bagi yang minat dengan cheese memang tidak jemu untuk menikmati kudapan ini. Apatah lagi jika biskut marienya rangup dan sedap ditambah dengan sirap coklat Hershey's.

Jom ustazah kongsikan resepi yang mudah.

Bahannya :

250gm cream cheese
120gm susu pekat manis
50gm wip cream
100gm susu cair

-Biskut marie secukupnya.
-Sirap Coklat Multy Hershey's.
-Coklat rice untuk hiasan

*Satukan cheese, susu pekat manis dan wip cream hingga sebati barulah masukkan susu cair.

* Menggunakan bekas, letakkan cream cheese pada lapisan bawah.

* Patah-patahkan biskut marie dan susun atas cream cheese tadi dan siramkan dengan sirap coklat Hershey's .

* Letakkan sekali lagi cream cheese dan tabur coklat rice atau mahu letakkan strawberry sebagai hiasan pun boleh.

* Simpan dalam peti sejuk seketika atau mahu enak lagi tunggu jadi macam icecream lagi sedap.

Letakkan cream cheese

Taburkan biskut
Mahu perasa strawberry pun boleh

Siramkan sirap coklat Hershey's

Hiaskan dengan coklat rice

Siap untuk disimpan dalam peti sejuk









Selamat mencuba!

Rabu, 2 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur atas segala kurniaan-Nya terutama ni'mat Islam dan Iman, semoga Allah sentiasa mengampuni dan merahmati kita selalu.

Berbalik pada tajuk entri kali ini, Ustazah mahu berkongsi resepi kek pelangi yang lembut dan sedap pula rasanya. Kek ini amat simple bahannya dan ramai yang order kek ini. Bagi mereka yang tidak suka kek yang disaluti krim pasti suka dengan kek ini.

Kali ini, mendapat order daripada cikgu Maizatul Ardziah yang baru mendapat token daripada KPM so beliau belanjalah rakan-rakan guru sekolah. Ustazah pun tumpang sekaki dengan menambahkan bilangan kilo kek tersebut. Tidak mahal kek ini, boleh jual antara RM25 -RM28.

Baiklah, Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

250gm planta < ustazah guna jenama pelangi je, sedap >
200gm gula castor
5 biji telur gred B
220 tepung kek < ayak bersama baking powder >
1 sudu kecil baking powder
50ml susu cair
1 sudu kecil esei vanila
Sedikit pewarna merah dan hijau atau ikut sukalah mahu warna apa.

Cara membuatnya:

1. Pukul planta dan gula hingga gebu dan bertukar warna putih krim menggunakan mesin pengadun.
2. Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
3. Masukkan pula tepung + baking powder yang telah di ayak bersenang sei dengan susu cair dan masukkan pula ejen vanila.
4.Siap adunan bahagikan 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
5. Untuk kek yang tebal dan cantik gunakan loyang 9 inci yang disapu dengan planta dan tepung.
6. Sedia untuk di bakar menggunakan kepanasan 180 darjah celcius sehingga masak.
7. Sejukkan dahulu dan bolehlah dinikmati..

Ok selamat mencuba dan berjayalah hendaknya. Ustazah malam ini nak buat talam berlauk pula, sudah lama sahabat ini order so kena buatlah juga sebelum ditanya bila nak tunaikan permintaannya.


Selasa, 1 April 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada minggu lepas Ustazah dapat menyiapkan kek red velvet 3 tingkat untuk bekas anak murid Nasaruddin Munjari. Malu juga nak menerima tempahan daripadanya sebab abang beliau adalah seorang yang terror dalam membuat kek apatah lagi kemas decorationnya. Ustazah cadangkan agar tempah di Secret Recipe sahaja sebab di Sungai Besar sudah ada cawangannya.

Inilah hasilnya
Setelah didesak, dengan rela hati buat juga dan seperti biasa terimalah bagaimana decorationnya nanti. Terus terang Ustazah tidak pernah pun menghadiri sebarang kelas buat kek dan deco. In sha Allah satu hari nanti Ustazah nak juga belajar dengan yang pakar agar ada peningkatan ilmu decoration kek 

Bertemakan pink dan biru berjaya juga ustazah siapkan. Sedang sibuk menyiapkan kek, datang pula 2 pasangan pengantin baru daripada Klang Farhah dan suami serta 1 pasangan pengantin dari Pekan Baru Sumatera Indonesia. Layan mereka sambil menunggu kek siap dibakar.

Untuk resepinya boleh klik http://www.azlitamasammanis.com , umm..memang sedap keknya. Terima kasih pada kak ita semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kebaikan yang banyak pada beliau sekeluarga.


Semoga mereka berpuas hati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim