Ahad, 2 Mac 2014

 10:07 PG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah telah selesai kenduri di rumah jiran yang baik dan rapat dengan Ustazah. Rumah En. Samudi dan Puan Asmah yang mengadakan sambut menantu pengantin di pihak lelaki pada 23 Feb 2014.

Pelamin dihias indah menanti mempelai
Sungguh ramai tetamu yang hadir bermula daripada petang Jumaat lagi. Ustazah sempatlah juga gejobos daripada petang Sabtu hingga petang Ahad. Sesekali berkumpul, bertemu jiran tetangga memang menyeronokkan. Masing-masing sibuk bertukar-tukar cerita dan bertanyakan khabar.

Kepanasan Pengantin dan Pengiring
Suasana kemeriahan semakin memuncak ketika mempelai diarak, khemah yang disediakan sesak, lauk pun hampir habis, kelam kabut kami para ahli gejobos memasak nasi dan menggoreng ayam lagi. Tahniah pada ahli keluarga terutamanya tuan rumah dan Erni anak menantu yang bertungkus lumus memastikan segala persiapan adik iparnya berjalan lancar. Tentu penatnya tak terkata.

Banyak camera yang snap gambar .
Serius betul pengantin lelaki
Ustazah ucapkan tahniahlah pada mempelai Yazid dan pasangannya Khatijah yang telah selamat diijab kabulkan dan disandingkan dengan begitu meriah. Barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fi khair. Semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah bahagia hingga ke syurga. Belajarlah untuk memahami hati budi masing-masing in sha Allah keluarga bahagia dan sentiasalah solat berjemaah.

Alhamdulillah..sama cantik sama padan

Sempatlah juga Ustazah panggangkan sosej dan masakan sup sayur untuk diletakkan dimeja pengantin dan pengiring. Setelah selesai majlis dan siap basuhkan pinggan mangkuk yang digunakan di meja pengantin dan pengiring barulah Ustazah terasa lapar. Jom kita layan gambar sekitar majlis Walimah tersebut.


Sesak








Tunggu giliran untuk makan


Sibuk membungkus berkat untuk ahli gejobos


Meriah kenduri di kampung


Antara yang hebat untuk masak jenis berkawah


Semangat gotong royong
Pada 1 Mac ini pun Ustazah ada gejobos juga..memang kurang rehat bulan Mac ini. In sha Allah akan hadir juga sebagai tanggungjawab seorang jiran.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim