Ahad, 2 Mac 2014

 11:06 PG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah malam tadi sempat menghadirkan diri di majlis Malam Santai bersama para murid, guru dan ibu bapa warga Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa.Tahniah Ustazah ucapkan kepada warga guru SKTJ seramai 20 orang yang bertungkus lumus merancang dan berjaya melaksanakan majlis sebegini. Begitu besar pengorbanan mereka untuk mengumpul dana bagi program kecemerlangan murid-murid di SKTJ.

Seawal jam 8.00 tetamu mulai hadir dan memang santai sahaja majlisnya. Datang-datang terus boleh plih menu apa yang kita mahu. Terasa lapang kerana tiada sebarang ucapan rasmi atau acara perasmian. Sekadar ucapan alu-aluan, tayangan video dan beberapa persembahan yang menarik. Acara yang dinanti adalah acara cabutan bertuah. Ustazah tidak ada rezeki pula malam ini.Tidak mengapa rezeki kita berbeza-beza.

Banyak kaunter makanan antaranya kaunter roti canai, keropok lekor, bubur. Mee hoon sup, nasi lemak, air cendol, air kelapa, mee rebus dan lain-lain lagi. Kita makan sahaja kerana kupon telah kita bayar untuk kategori dewasa RM30 dan kanak-kanak RM10.

2 orang anak Ustazah terlibat dengan persembahan.Wah! Memang meriah dan murid-murid sibuk menonton persembahan rakan-rakan mereka. Mereka gigih menjalani latihan beberapa hari sebelum majlis. Dapat Ustazah gambarkan kepenatan guru-guru melatih dan membuat persiapan agar majlis berjalan lancar. Semoga Allah merahmati dan mengganjari usaha guru-guru di SKTJ.

Bila jam sudah menginjak ke pukul 11.00, anak-anak Ustazah pun sudah merengek mahu pulang kerana sudah mengantuk. Alhamdulillah mereka sudah solat isyak di surau sekolah jadi bila balik tinggal tidur sahaja.


Terfikir juga jika sekolah Ustazah buat majlis begini elok juganya..semoga majlis ini menjadi inspirasi kepada sekolah lain untuk mencari dana bagi program kecemerlangan murid-murid.

















0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim