Khamis, 6 Mac 2014

 1:26 PTG         9 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada hari Ahad lepas rasa bahagia dapat memasak untuk anak-anak. Anak Ustazah jenis yang tidak cerewet tentang hal makanan yang penting ada ayam goreng atau telur goreng sudah mencukupi. Sayur tiada masalah mereka lebih sukakan sup sayur dan tom yam.

Ustazah masak amat ringkas iaitu sayur rebus mudah atau "jangan bening" menurut istilah jawanya. Masakan ini kanak-kanak pun boleh masak. Jom kita explore apa resepinya. Semuanya kira agak-agak sahaja jika sayurnya banyak jadi banyaklah bahan asasnya seperti bawang dan ikan bilis.

Sayur Rebus ( Jangan Bening )

Bahan A

Bawang merah
Bawang putih
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
( tumbuk semua bahan di atas atau dihiris halus, lebih sedap ditumbuk dengan lesung batu)

Bahan B

Air untuk rebusan sayur
Sedikit kobis
Sedikit kentang
Sedikit lobak metah
Sedikit suhon.
Sedikit daun sup atau daun cekur

Cara memasak.

1. Sediakan periuk yang berisi air yang agak banyak dan masukkan bahan A.
2. Rebuskan kentang dan lobak merah hingga empuk.
3. Setelah kentang dan lobak merah empuk masukkan kobis hingga agak layu sedikit.
4. Masukkan sedikit gula dan sedia untuk dihidang.

Ustazah amat suka hidangan ini dan enak dimakan dengan ikan masin serta sambal belacan.




9 ulasan:

  1. sayur mcm ni mmg kegemaran anak2 kan ustazah, bertambah2 nasinya nnti ;)

    BalasPadam
  2. Lagi2 untuk hidangan tengahari

    BalasPadam
  3. Nampak gambar macam sedap aje..leh try nanti..sama lah.,.anak saya pun tak cerewet bab makanan..hehe

    BalasPadam
  4. pembuka selera sayur ni, makan sayur saja pun sodap.

    BalasPadam
  5. Sedap ni makan sayur.. Nak kena cuba.

    BalasPadam
  6. "jangan bening" ni kesukaan mak dan suami saya..memang sedap kl dpt mkan time musim pns, lepastu ada pulak sambal totok..mmg terbaik!

    BalasPadam
  7. jangan bening tu mcm ayat untuk jgn smpai masak tapi sebenarnya tebus mudah ye ustazah :)

    BalasPadam
  8. saya pon suka masak sayur ala2 mcm ni.bak kata asben...sayur ala2 org dlm pantang.
    pertamanya utk kesihatan.xde guna santan atau minyak.
    keduanya simple.hehe...

    BalasPadam
  9. Haduihhh... terliur ler pulak di malam yg bening nih.... slurp...slurp...
    klu wat nih kompem berpinggan2 anak2 makan nih.... nak pinjam resepi ya ustazah....

    http://supernifzvitamin.com/khasiat-madu-lebah/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim